Semasa memasuki kawasan
perkuburan Kaira terserempak dengan beberapa orang yang sedang berjalan keluar
dari kawasan tersebut. Mereka sempat bertegur sapa. Kaira menuju kearah
sahabat-sahabatnya yang masih lagi bersimpuh di atas tikar berhadapan dengan
kubur arwah Nadia. Dia menghampiri kawasan tersebut dan turut duduk di atas
tikar tersebut. Mereka duduk dalam keadaan yang senyap tanpa bersuara.
Tiba-tiba kedengaran Iman mengeluh sambil mukanya mendongak ke atas langit.
“aku harap Nadia tenang
kat sana….dia dah banyak menderita semasa dia hidup kat dunia ni, aku harap
dunia yang dia pergi sekarang dapat membuatkan dia hidup bahagia”. Iman
kelihatan seperti menitiskan air matanya. Dia tidak dapat menahan diri daripada
menangis apabila mengingati adik mereka yang telah banyak menderita itu. Baginya
biarlah Nadia pergi jauh dari mereka
daripada dia terus hidup terseksa.
“aku pun harap begitu
la Man….Arwah seorang yang baik dan dia berhak untuk hidup bahagia. Bukannya
hidup seperti dulu. Orang yang membuat dia hidup menderita pun dah mendapat
balasan yang setimpal. Biar dia rasa apa yang Nadia rasa”. Kaira bersuara
setelah lama mendiamkan diri.
“macam mana dengan Mak
Cik tadi..dah okey ke..? Tania bertanya kepada Kaira. Kaira yang menghantar Ibu
Nadia pulang ke rumah sebentar tadi. Melihat akan keadaan ibu Nadia, Kaira
terus mempelawa untuk menghantarnya pulang. Mak Cik Rabiah kelihatan sangat
murung kerana berasa bersalah dengan anaknya. Baginya Nadia meninggal
disebabkan dia.
“macam tu la Tania, aku
pun dah tak tahu nak kata apa kat Mak Cik….dah puas aku nasihat tapi dia tetap
menyalahkan diri dia juga atas kematian Nadia. Dia kata Kalau dia tahu lebih
awal tentang tu, pasti perkara ni tak berlaku. Dah lah, dah lama kita kat sini,
jom balik. Mak Cik pesan suruh pergi rumah, ada buat majlis tahlil sikit malam
ni”. Mereka bertiga terus bangun dan melipat tikar yang diduduki mereka tadi.
Setelah itu mereka terus keluar dari kawasan kubur tersebut.
Lima
Bulan lepas
Tania berlari ke arah
kedai makan yang menempatkan
kawan-kawannya yang sedang berbual rancak. Mereka berjanji untuk makan
tengah hari bersama. Dia terlewat kerana semasa dalam perjalanan tadi dia telah
menolong seorang budak perempuan yang kelihatan tergesa-gesa berlari seperti
sedang ketakutan. Budak tersebut terjatuh dan kakinya terseliuh. Dia membantu
budak tersebut bangun dan ingin menolong untuk menghantar ke hospital tetapi
budak tersebut menolak. Dia terus berlalu dengan keadaan berjalan
terhinjut-hinjut. Tania tak sempat untuk berkata apa-apa. Sampai saja kat meja
kawan-kawannya, Tania menarik kerusi dan terus duduk.
“wei…kau apahal lambat.
Dah waktu makan tengah hari kita ni tak lama. Kau pergi mana, tadi aku call kau cakap dah on the way, sampai-sampai jer kau taka da lagi…apa lah kau ni…”.
Kaira terus menembak Tania sebelum sempat Tania minta maaf sebab terlewat
sampai.
“Kaira boleh bagi aku
bernafas kejap tak…aku tengah semput ni. Aku bukan sengaja, aku terserempak
denagn budak perempuan tadi, dia terjatuh aku nak tolong tapi tak sempat aku
cakap apa-apa dia dah belah. Yang hairannya dia Nampak macam ketakutan lah wei.
Macam lari daripada sesuatu. Tu yang lambat ni”. Tania menerangkan sebab
kelewatannya sambil meneguk air Iman
yang berada di depannya.
“wei…kau ni agak-agak
la, air aku tu…nak pergi la order sendiri. Iman terus Tarik gelas air yang dipegang oleh
Tania.
“kedekut la kau ni. Dah
la aku nak pergi ambik nasi. Aku lapar tau tak”. Tania terus berlalu ke arah
kawasan nasi campur yang terletak di hujung kedai makan. Kaira dan Iman yang
melihat ke arahnya hanya mengelengkan kepala melihat perlakuan Tania yang pada
mereka sangat tidak matang dan kebudak-budakan. Dalam hati mereka hanya manpu
berkata “menyampah mak tengok kau nyah”.
Tania terus kembali ke
tempat duduknya selepas membayar dan mengoder
minumannya di kaunter. Dia memandang pelik ke arah Kaira dan Iman yang melihatnya
dengan wajah seperti Lembu tak jumpa rumput setahun. “dah korang ni kenapa pulak
tengok aku macam tu…aku pakai baju terbalik ker…?. Tania berasa pelik kerana
Kaira dan Iman melihat dia pelik.
“kau ni dah berapa hari
tak makan…cara kau ambil nasi tu macam dah setahun kau tak makan. Melantak
betul lah lau ni…ni yang aku jeles nih….melantak tak ingat, tapi badan macam
ikan bilis. Benggang betul la aku”. Iman
meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Tania. Tania terus ketawa kuat
sehingga membuatkan beberapa orang pelanggang menoleh ke arah mereka. Kaira
terus menutup mulut Tania sambil membebel-bebel kepada Tania dan Iman.
‘kau ni Tania, kan tak
sempat makan nasi, kau makan kasut aku ni…nak ker…? Dah kau ketawa macam orang
gila kenapa…tak malu ke orang tengok?...kau pun satu Man, lantak pi la dia nak
melantak macam mana pun, dia makan guna mulut dia, masuk perut dia lepas tu
jadi najis pun, dia berak tak ajak
kau…kau susah kenapa…? Iman menjeling ke arah Kairan dan Tania. Mereka saling
menjeling dan selepas itu mereka ketawa serentak tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling yang memandang ke arah mereka.
Semasa
sedang keluar daripada kereta, Tania terlihat budak perempuan yang dia
terserempak hari tu. Budak itu kelihatan di tarik oleh seorang lelaki yang
kelihatan tinggi dan sasa. Budak perempuan itu kelihatan ketakutan. Tania terus
mengekori mereka sehinggalah mereka berhenti di belakang bangunan dimana tidak
ada seorang pun manusia yang lalu lalang. Lelaki tersebut terus menolak budak
perempuan itu sehingga dia terjatuh. “Nadia, kau cakap apa kat Emak kau
hah….dah macam polis pencen dia soal aku semalam. Kau jangan main-main dengan aku Nadia. Kalau
aku nak bila-bila masa aku boleh bunuh Emak kau tu tahu tak. Kau ingat kalau
kau cakap kat Emak Kau, dia percaya?. Dia tak kan percaya lah bodoh. Dia tu
sayang sangat kat aku, kalau aku cakap kau yang goda aku pun dia mesti percaya
lah”. Lelaki tersebut mencekam muka Nadia sepaya melihat ke arahnya.
“sumpah Pak cik, Nadia
tak cakap apa-apa pun kat Mak. Mak Cuma Nampak lebam kat pipi Nadia sebab tu
Mak Tanya macam-macam. Tolong la jangan apa-apakna Mak, Nadia sayangkan Mak”.
Sambil teresak-esak Nadia memberitahu lelaki tersebut.
“lagi satu, siapa
lelaki dengan kau tadi hah….? kau jangan sesekali nak bermesra dengan lelaki
lain, kau tu milik aku sorang jer tahu tak…tak ada lelaki lain yang boleh
sentuh kau selain aku…kau milik aku…malam ni macam biasa, jangan kunci pintu
bilik kau, aku nak masuk. Kalau kau kunci siap kau”. Lelaki tersebut terus
berlalu sambil menolak kepala Nadia.
Aku yang bersembunyi
terus berlari ke arah Nadia yang sedang menangis. Apabila terlihat saja aku,
dia terus berdiri dan ingin berlalu, tapi aku sempat menarik tangannya. “ini
kali kedua akak terserempak dengan adik. Dulu pun adik kelam kabut macam ni
jugak. Apa yang sebenarnya telah berlaku ni…? Akak Nampak dan dengar apa yang
berlaku tadi…siapa lelaki tadi dan kenapa dia pukul adik. Tolonglah percayakan
akak. Mungkin akak boleh bantu”. Tania melihat ke arah Nadia. Melalui mata
Nadia, Tania tahu yang dia berada dalam keadaan yang ketakutan. Tania menarik
tangan Nadia dan terus berlalu dari kawasan tersebut. Tania membawa Nadia ke arah
kedai makan yang sedang menempatkan kawan-kawannya. Kiara dan Iman memandang
pelik ke arah Tania yang sedang berjalan kearah mereka sambil menarik tangan
seseorang.
“maaf aku lambat. Nadia
duduk sini”. Tania menarik kerusi di sebelahnya. Nadia Nampak teragak-agak
untuk duduk. Tania terus menarik tangan Nadia sehingga Nadia terpaksa duduk.
“korang ingat tak minggu lepas aku ada cerita kat korang yang aku tolong budak
perempuan yang jatuh. Ni la budaknya. Aku bawa dia ke sini sebab aku tahu dia
ada masalah. Aku nak tolong dia, aku harap kau orang pun boleh tolong sama.
Sekarang Nadia cakap apa sebenarnya yang telah berlaku dan siapa lelaki yang
pukul dan ugut Nadia tadi. Nadia jangan takut, kami ni orang baik”. Tania
memegang tangan Nadia seperti sedang membarikan kenyakinan kepada Nadia untuk
menceritakan kepada mereka. Kaira dan Iman hanya memandang ke arah Nadia.
Mereka menjadi berminat untuk mengetahui kisah Nadia.
“kami sebenarnya tak
suka masuk campur hal orang, tapi melihatkan keadaan Kak Tania yang nampak
seperti bersungguh ni, kami jadi macam tak sabar nak mendengar cerita Nadia.
Mungkin kami tak tahu apa-apa, tapi kami jadi teringin sangat nak tahu”. Nadia
memandang ke arah Iman yang sedang berkata-kata. Tiba-tiba Nadia menangis
teresak-esak. Mereka membiarkan Nadia menangis sehinggalah Nadia memandang
semula ke arah mereka.
“lelaki yang akak
Nampak tadi sebenarnya bapa tiri saya. Dua tahun lepas Emak saya kawin untuk
kali kedua selepas ayah saya meninggal. Masa mula-mula kawin dulu, pak cik baik
sangat, tapi lepas setahun Pak cik mula berubah. Masa Mak tak ada kat rumah,
Pak cik buat tak baik kat Nadia. Mula-mula tu Pak cik just sentuh dan lama-lama Pak cik makin jauh. Nadia tak ada kudrat nak haling Pak cik. Pak cik paksa
Nadia layan dia. Pak cik cakap Mak sibuk dan tak ada masa nak layan dia. Pak
cik ugut Nadia nak bunuh Mak kalau Nadia bagitahu Mak hal tersebut. Tiap-tiap
malam lepas Mak tidur, Pak Cik mesti masuk bilik Nadia dan paksa Nadia. Nadia
takut Pak cik apa-apakan Mak kalau Nadia cakap hal sebenar. Lagipun, Nadia tahu
kalau Nadia cakap pun, Mak mesti tak percaya sebab Mak sayang sangat kat Pak
cik. Mak lebih percayakan Pak cik dari Nadia”. Tania, Kaira dan Iman tergaman
apabila mendengar cerita Nadia. Mereka berasa sangat marah dengan perlakuan
bapa tiri Nadia.
“Nadia tak boleh
berdiam diri, Nadia kena buat report. Kalau tak macam-macam lagi dia
buat kat Nadia. Kalau Nadia nak akak-akak
teman kan Nadia buat report,
kami boleh temankan”. Kaira memberi cadangan. “tak boleh Akak. Jangan…tolonglah
Nadia malu, Mak mesti marah gila dengan Nadia. Mak tak kan percaya kak. Tolong
la jangan beritahu kat siapa-siapa pasal ni. Nadia merayu”.
Mereka bertiga mengeluh
dengan kedegilan Nadia. “sampai bila Nadia nak jadi pelepas nafsu pada lelaki
tak guna tu. Setahun dia buat Nadia hamba seks dia. Lama-lama mati Nadia dia
kerjakan”. Tania tak berpuas hati denagn tindakan Nadia untuk terus berdian
diri.
“Nadia akan cakap
slow-slow dengan Mak supaya Mak tak fikir Nadia tipu dia”. Nadia terus memandang
ke arah akak-akak yang baik hati sudi untuk membantunya. Selama setahun dia
menyimpan rahsia ini dan dia berasa lega kerana akhirnya dia dapat
meluahkannya.
“ni kad Akak. Kalau ada
apa-apa yang berlaku Nadia call Akak. Kalau Nadia dah bersedia nak buat report,
Nadia Call Akak bertiga. Tapi Akak tak janji Akak akan berdiam diri kalau apa yang berlaku depan mata akak seperti tadi
berlaku lagi sekali. Nadia kena jaga diri”. Tania memberi nasihatnya kepada
Nadia. Mereka meneruskan sesi meluahkan perasaan sehinggalah Nadia meminta diri
untuk pulang.
Telefon
Tania tiba-tiba berbunyi minta untuk di angkat. Tania yang ketika itu sedang
berada di dapur meminta Kaira untuk menjawab panggilan tersebut. Tiba-tiba
Kaira berlari ke arah dapur dengan tergesa-gesa. Tania kelihatan terkejut
dengan kedangan Kaira.
“kau ni dah kenapa. Dah
macam lembu terlelan batu masa makan rumput ni. Buat aku terkejut jer”.
“kau memang kurang ajar
kan. Asal aku jer kau mesti sama kan dengan lembu. Ada juga yang makan paip PVC
hari ni. Nadia call tadi sambil menangis-nangis. Aku tanya kenapa dia tak
jawab. Dia mntak kita ambik dia kat rumah dia. Sekarang. Dia kata dia takut.
Mak dia mengamuk. Tu yang aku kalut ni, aku takut terjadi apa-apa yang buruk
kat dia”. “kenapa kau baru bagituhu. Dah jom. Aku rasa tak sedap hati la
pulak”. Tania mengadu kepada Kiara. Selepas itu mereka terus bersiap untuk ke
rumah Nadia.
Sampai jer depan rumah
Nadia, mereka lihat Nadia sedang menangis sambil memegang kaki Emaknya. Paba
tirinya berdiri di depan pintu rumah dengan keadaan yang pucat. Mereka bertiga
terus berlari kearah Nadia yang sedang
di tendang oleh Emaknya. Emaknya kelihatan marah apabila Tania menarik Nadia
dan menyorokkan Nadia di belakangnya. “kau orang siapa nak masuk campur urusan
kami ni hah…berambus dari sini. Aku nak ajar budak tak guna ni. Aku jaga dia
dari kecil, bila dah besar dia conteng arang kat muka aku. Kau cakap sekarang
Nadia, anak siapa yang kau kandung tu…cakap sekarang”. Emak Nadia menengking.
Kami terus tergaman apabila mendengar Emak Nadia cakap yang Nadia mengandung.
Kiara terus menarik Nadia dan memandang ke arahnya. Meninta kepastian. Nadia
terus menganggukkan kepalanya sambil menangis.
Iman terus menerpa ke arah
bapa tiri Nadia dan menendang ke arah celah kelangkang dia. Dia yang tidak
menduga tindakan Iman tidak sempat buat apa-apa.
“jantan tak guna…lepas
apa yang kau buat kat Nadia, kau boleh jer tengok Nadia kena pukul dengan Mak
dia macam tu jer. Kau memang tak guna la jantan”. Iman meluahkan perasaan tidak
puas hatinya. Dia memang seorang yang panas baran. Emak Nadia terus menolak
Iman yang sedang memarahi suaminya dan terus memandang ke arah suaminya dan
Iman silih berganti. Paba tiri Nadia bangun dan terus memegang tangan
isterinya.
“sayang, jangan percaya
apa yang dia orang cakap. Dia tipu. Nadia dah lama cuba goda Abang tapi abang
tak layan. Abang takut nak cakap kat Sayang sebab Abang tak nak Korang
bergaduh. Sampai mengandung anak jantan mana pun cakap Abang yang buat benda
tak baik kat dia”. Bapa tiri Nadia menjeling ke arah Nadia yang sedang menyorok
di belakang Kaira. Emak Nadia ingin menerpa ke arah Nadia lagi, tetapi suaminya
menahan.
“sudah la Sayang. Biar
jer dia pergi dari sini. Jangan mengaku lagi dia anak kita lagi”. Bapa tiri
Nadia memgapi-apikan isterinya. Mendengar saja kata-kata bapa tirinya, Nadia
terus berlari dan memegang tangan Emaknya.
“Mak jangan buang
Nadia. Nadia tak salah. Betul kata Kak Iman tadi Mak, Pak cik yang buat Nadia.
Dia paksa Nadia. Tolong lah percaya kan Nadia Mak”. Tiba-tiba Nadia terasa
dirinya ditampar dan ditolak. Nadia mendongak dan Emaknya kelihatan sangat
marah. “kalau korang sayang sangat kat budak tak guna ni, korang bawa dia pergi
dari sini. Dasar anak tak sedar diri. Mentang-mentanglah Pak cik kau ni baik,
kau ambil kesempatan pulak ya. Kau tuduh dia macam-macam”. “Sayang dah la
tu…malu jiran tengok. Biar jer dia pergi dari sini. Pergi cari jantan yang dah
buat dia bunting tu. Jom masuk”. Tania memandang benci ke arah bapa tiri Nadia.
‘kau jangan ingat kau
akan terlepas jantan tak guna. Aku akan pastikan kau terima akibatnya. Aku
sebagai seorang pegawai polis tak akan berdiam diri, dan dia sebagai seorang
peguam akan heret kau ke mahkamah dan dia sebagai seorang doctor yang akan
memgumpulkan segala bukti bahawa kau bersalah dan merogol anak tiri kau
sendiri”. Iman berkata sambil menarik Nadia yang sedang menangis keluar dari kawasan perumahan tersebut. Kaira dan
Tania menjeling marah sebelum berlalu sama. Paba tiri Nadia yang mendengar
kata-kata Iman tadi kelihatan tergamam. Dia tidak sangka bahawa tiga orang
gadia yang menolong Nadia bukan calang-calang orang.
Nadia
yang kelihatan pucat lesu itu turun ke tingkat bawah apabila terdengar suara
bising di ruang bawah. Tania terus
memanggil Nadia apabila melihat kelibat Nadia. Nadia tersenyum ke arah
kakak-kakaknya yang sedang berbual sambil menonton tv.
“Nadia ni makin pucat
pulak Akak tengok. Dah makan ubat belum?. Kiara bertanya kepada Nadia. Selepas
seminggu Nadia tinggal bersama mereka, barulah mereka tahu bahawa Nadia
mengidap penyakit barah otok dan sudah sampai ke tahap empat. Nadia menolak
untuk membuat pembedahan apabila mereka mengusulkan perkara tersebut.
“dah la Kak…jangan
binbang okey. Dari atas lagi Nadia akak-akak bersembang. Sembang pasal apa”.
Nadia bertanya kepada mereka. “kami dah dapat waran tangkap bapa tiri Nadia,
just tunggu di waran tu dikeluarkan je. Lepas tu pihak hospital kena ambil pemeriksaan
ke atas Nadia untuk kumpul bukti. Barulah kita boleh tuntut jantan tak guna tu
kat mahkamah”. Nadia terharu dengan Tania, Iman dan Kaira. Sebab mereka lah
Nadia masih lagi bertahan sehingga ke saat ini. Dia sangat berharap agar hal
ini dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata. Dia tahu umur dia dah tak pangjang.
Dia cuma ingin Emaknya tahu bahawa dia tidak bersalah . Dia terasa tangannya
dipegang.
“Nadia jangan risau.
Kami akan jaga Nadia dan berjuang habis-habisan untuk membantu Nadia menegakkan
keadilan ini. Bak kata pepetah, Agi Idup Agi Ngelaban. Jadi kita tak boleh
mengalah”. Iman membari kata-kata semangat kepada Nadia. Dalam kepala Iman
sudah terbayang muka jantan tak guna tu sedang menangis meminta ampun kepada
mereka sambil melutut.
Bapa
tiri Nadia kelihatan sedang mundar mandir dalam biliknya. Dia kelihatan sangat
kusut dan serabai. Sejak daripada minggu lepas lagi dia mengekori tiga gadis
yang telah mengugutnya itu. Dengan bantuan kawannya dia tahu bahawa mereka
sedang berusaha untuk menangkapnya. Dan menurut kawannya lagi, mereka tengah
tunggu waran tangkap untuk menangkapnya. Dia berasa sangat risau kerana dia
tahu kegiatannya selama ini akan terbongkar jika dia tertangkap. Akhirnya dia
menuju ke arah almarinya dan mengambil beg dan beberapa helai baju. Tidak lupa
juga dengan posportnya. Setelah itu, dia terus berlalu keluar daripada bilik.
Sebelum sempat dia keluar dari pintu utama, dia telah ditegur oleh isterinya.
“Abang nak kemana,
dengan beg segala tu. Macam tak nak
balik dah”. Isterinya mendekati dan memegang tangannya. “kau jangan nak sibuk
hal aku boleh tak. Aku dah la tengah kusut ni. Aku ada kerja sikit, tak lama
pun aku pergi. Dua, tiga hari lagi aku balik la”. Dia menarik tangan daripada
pegangan isterinya dan terus berlalu ke arah pintu. Semasa menbuka pintu, dia
dikejutkan dengan kedatangan Iman dan beberapa anggota polis yang lain. Dia
ingin melarikan diri tetapi telah dikepung oleh pihak polis. Dia sempat
mengambil gunting yang berada di atas rak kasut berdekatan pintu dan terus
menerpa ke arah isterinya. Dia memeluk isterinya dari arah belakang dan
menghalakan gunting tersebut ke leher isterinya. Isterinya yang tidak tahu
apa-apa terus terkejut dengan tindakan suaminya.
“korang jangan nak
masuk dekat, kalau tak bunuh perempuan ni”.
“Abang apa yang Abang
buat ni, lepaskan saya Bang”. Isterinya merayu.
“kau dah tak boleh nak
lari mana-mana lagi. Baik kau serahkan diri. Kami ada waran untuk tangkap kau
atas tuduhan merogol dan mendera anak tiri kau Nur Nadia Ahmad. Baik kau
lepaskankan isteri kau sekarang”. Emak Nadia yang mendengar keterangan daripada
Iman tadi terus tersentak. Dia tidak menyangka bahawa selama ini apa yang
dikatakan oleh Nadia adalah perkara yang benar dan dia telah ditipu hidup-hidup
oleh suaminya.
“hahahaha…korang semua
ni dah gila. Dah alang-alang aku nak kena tahan baik aku bunuh jer perempuan ni
kan”. Dia terus menghalakan gunting yang berada di tangan ke arah isterinya.
Sebelum sempat gunting tersebut sampai ke sasaran, tangan dia telah direntap
oleh Iman dan gunting itu tersasar tersusuk dada isterinya. Pada saat itu juga
isterinya teriak kesakitan dan terus rebah jatuh ke lantai tidak sedarkan diri.
Dia berlari ke arah dapur tetapi sempat ditentang oleh Iman dan terus dikepung
oleh pegawai yang lain. Iman terus menerpa ke arah Ibu Nadia yang terkulai
tidak sedarkan diri. Dia mengarahkan pegawainya menghubungi ambulans dan
membawa suspek ke balai polis.
Nadia
tergesa-gesa menuju ke arah Iman yang berjalan mundar madir di depan bilik
bedah. Bersamanya kelihatan Tania yang juga kelihatan kelam kabut.
“Kak Iman, macam mana
dengan Mak Nadia”.
“sabar Nadia, Mak Nadia
tak keluar dari bilik bedah lagi. Lagitpun dia baru jer masuk. Akak rasa Mak
Nadia tak apa-apa sebab luka dia tak dalam”. Iman menenangkan Nadia.
“macam mana dengan
jantan tu?” Tania bertanya kepada Iman.
“dah bawa masuk lokap.
Kalau aku tak fikir pasal undang-undang dah lama dah aku bunuh dia tu. Angin
betul aku rasa”. Setelah habis Iman berbicara pintu bilik bedah dibuka daripada
dalam. Kelihatan Kaira keluar sambil tersenyum.
“Nadia jangan risau,
Mak Nadia apa-apa. Luka dia tak dalam. Dia Cuma terkejut jer. Lepas ni Mak
Nadia akan dipindahkan ke bilik wad biasa”. Kaira menerangkan keadaan Mak Nadia
sebelum sempat mereka bertanya. Mereka melepaskan nafas lega selepas mendengar
kata-kata Kaira. Nadia sempat tersenyum sebelum dia tiba-tiba jatuh pensang.
Keadaan disitu serta merta menjadi gamat kerana terkejut dengan Nadia yang
tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Nadia
sekarang dalam keadaan yang tenat. Dia tidak sedarkan diri. Menurut Kaira,
mereka hanya mampu berdoa kerana keadaan Nadia yang semakin tenat dan doktor
sudah tidak manpu buat apa-apa. Emak Nadia sudah sedarkan diri dan sejak dari
tadi dia hanya mampu menangis apabila melihat akan keadaan Nadia. Dia tidak
henti-henti menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku kepada Nadia. Mereka
semua berkumpul di dalam bilik Nadia ditempatkan. Tanpa mereka sedari Nadia
tiba-tiba mebuka matanya dan melihat Emaknya sedang menangis di sebelah
katilnya.
“Mak….”. Nadia
memanggil dalam keadaan yang sangat lemah. Emak Nadia terkejut dan terus mengangkat
mukanya. Dia terus memeluk Nadia sambil menangis meminta maaf di atas sikapnya
terhadap Nadia sebelum ini.
“maafkan Mak sayang.
Kalau lah Mak percayakan Nadia, mesti Nadia tak terseksa macam ni. Kenapa Nadia
tak cakap yang Nadia sakit nak…sampai hati Nadia buat Mak macam ni. Mak rasa
macam Mak ni betul-betul tak berguna”.
“maafkan Nadia Mak.
Nadia tak nak buat Mak sedih dengan keadaan Nadia. Nadia minta ampun. Tolong
halalkan makan minum Nadia selama ni. Mak tetap Emak yang terbaik buat Nadia”.
Nadia bercakap dalam keadaan yang lemah.
“shhhh….sudah sayang.
Nadia berehat ya. Jangan cakap banyak. Nanti lepas sihat Nadia boleh cakap
banyak-banyak ya sayang”. Ibu Nadia bimbang akan keadaan Nadia yang kelihatan
sangat lemah.
Nadia menoleh kearah
tiga orang kakaknya yang berdiri di tepi katilnya. Dia tersenyum kepada mereka.
“Akak, saya sangat terhutang budi dengan akak bertiga. Nadia harap lepas ni,
akak bertiga dapat menjaga Mak Nadia. Nadia dah ada nak tengok-tengokkan Mak.
Tolong ya”.
“apa Nadia cakap ni.
Nadia jangan risau ya. Kami akan pastikan Mak Nadia dalam keadaan baik-baik
saja. Dengan Nadia sekali”. Iman menyedapkan hati Nadia. Dia tidak mahu Nadia
berada dalam keadaan rungsing.
Nadia tersenyum apabila
mendengar kata-kata Iman. Dia menoleh ke arah Emaknya dan menggenggam erat
tangan Emaknya. Emak Nadia membalas genggaman tangan Nadia. Tiba-tiba Nadia
memejamkan matanya dan mesin disebelahnya mengeluarkan bunyi yang panjang tanpa
henti. Mereka tergaman. Emak Nadia meraung dengan kuat sambil memanggil nama
Nadia. Iman, Kaira dan Tania hanya manpu menangis mengiringi pemergian Nadia.
Kaira
memberhentikan keretanya agak jauh daripada rumah Nadia kerana keadaan rumah
Nadia yang agak sesak dengan kereta. Mereka bertiga keluar daripada kereta dan
terus menuju ke rumah Nadia. Masuk saja ke dalam rumah, mereka menuju ke arah
Emak Nadia yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu wanita.
“dah balik….malam ni
tidur sini ya. Teman kan Mak cik. Lepas majlis nanti, mesti Mak cik sunyi bila
semua dah balik. Kalau korang ada boleh Mak Cik buat teman berbual”. Emak Nadia
menyarankan cadangan.
“boleh mak cik. Tapi
kami kena balik la kejap ambik baju. Kami datang sehelai sepinggang”. Kaira
berkata sambil memandang ke arah Emak Nadia sebelum tersenyum ke arah
kawan-kawannya.
“kalau lah korang tak ada
Mak cik tak tahu nak buat buat. Agaknya Mak cik boleh jadi gila. Kalau lah Mak
cik tak kawin dengan lekaki tak guna tu, semua ni tak akan terjadi”. Emak Nadia
menangis. “Mak cik…dah la…kami kan dah janji nak jaga Mak cik dengan baik. Jadi
sekarang ni biar kami yang jadi anak-anak Mak cik dan jaga Mak cik”. Tania
menenangkan Emak Nadia yang semakin kuat menangis. Mereka saling berpelukan.
Satu jer yang mereka harapkan sekarang, agar Nadia tenang disana.