Isnin, 30 Mac 2015

CERPEN: KISAH “ SEORANG” NADIA




            Semasa memasuki kawasan perkuburan Kaira terserempak dengan beberapa orang yang sedang berjalan keluar dari kawasan tersebut. Mereka sempat bertegur sapa. Kaira menuju kearah sahabat-sahabatnya yang masih lagi bersimpuh di atas tikar berhadapan dengan kubur arwah Nadia. Dia menghampiri kawasan tersebut dan turut duduk di atas tikar tersebut. Mereka duduk dalam keadaan yang senyap tanpa bersuara. Tiba-tiba kedengaran Iman mengeluh sambil mukanya mendongak ke atas langit.
“aku harap Nadia tenang kat sana….dia dah banyak menderita semasa dia hidup kat dunia ni, aku harap dunia yang dia pergi sekarang dapat membuatkan dia hidup bahagia”. Iman kelihatan seperti menitiskan air matanya. Dia tidak dapat menahan diri daripada menangis apabila mengingati adik mereka yang telah banyak menderita itu. Baginya biarlah Nadia pergi jauh dari mereka  daripada dia terus hidup terseksa.
“aku pun harap begitu la Man….Arwah seorang yang baik dan dia berhak untuk hidup bahagia. Bukannya hidup seperti dulu. Orang yang membuat dia hidup menderita pun dah mendapat balasan yang setimpal. Biar dia rasa apa yang Nadia rasa”. Kaira bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“macam mana dengan Mak Cik tadi..dah okey ke..? Tania bertanya kepada Kaira. Kaira yang menghantar Ibu Nadia pulang ke rumah sebentar tadi. Melihat akan keadaan ibu Nadia, Kaira terus mempelawa untuk menghantarnya pulang. Mak Cik Rabiah kelihatan sangat murung kerana berasa bersalah dengan anaknya. Baginya Nadia meninggal disebabkan dia.
“macam tu la Tania, aku pun dah tak tahu nak kata apa kat Mak Cik….dah puas aku nasihat tapi dia tetap menyalahkan diri dia juga atas kematian Nadia. Dia kata Kalau dia tahu lebih awal tentang tu, pasti perkara ni tak berlaku. Dah lah, dah lama kita kat sini, jom balik. Mak Cik pesan suruh pergi rumah, ada buat majlis tahlil sikit malam ni”. Mereka bertiga terus bangun dan melipat tikar yang diduduki mereka tadi. Setelah itu mereka terus keluar dari kawasan kubur tersebut.

Lima Bulan lepas
Tania berlari ke arah kedai makan yang menempatkan  kawan-kawannya yang sedang berbual rancak. Mereka berjanji untuk makan tengah hari bersama. Dia terlewat kerana semasa dalam perjalanan tadi dia telah menolong seorang budak perempuan yang kelihatan tergesa-gesa berlari seperti sedang ketakutan. Budak tersebut terjatuh dan kakinya terseliuh. Dia membantu budak tersebut bangun dan ingin menolong untuk menghantar ke hospital tetapi budak tersebut menolak. Dia terus berlalu dengan keadaan berjalan terhinjut-hinjut. Tania tak sempat untuk berkata apa-apa. Sampai saja kat meja kawan-kawannya, Tania menarik kerusi dan terus duduk.
“wei…kau apahal lambat. Dah waktu makan tengah hari kita ni tak lama. Kau pergi mana, tadi aku call kau cakap dah on the way, sampai-sampai jer kau taka da lagi…apa lah kau ni…”. Kaira terus menembak Tania sebelum sempat Tania minta maaf sebab terlewat sampai.
“Kaira boleh bagi aku bernafas kejap tak…aku tengah semput ni. Aku bukan sengaja, aku terserempak denagn budak perempuan tadi, dia terjatuh aku nak tolong tapi tak sempat aku cakap apa-apa dia dah belah. Yang hairannya dia Nampak macam ketakutan lah wei. Macam lari daripada sesuatu. Tu yang lambat ni”. Tania menerangkan sebab kelewatannya sambil meneguk air  Iman yang berada di depannya.
“wei…kau ni agak-agak la, air aku tu…nak pergi la order sendiri.  Iman terus Tarik gelas air yang dipegang oleh Tania.
“kedekut la kau ni. Dah la aku nak pergi ambik nasi. Aku lapar tau tak”. Tania terus berlalu ke arah kawasan nasi campur yang terletak di hujung kedai makan. Kaira dan Iman yang melihat ke arahnya hanya mengelengkan kepala melihat perlakuan Tania yang pada mereka sangat tidak matang dan kebudak-budakan. Dalam hati mereka hanya manpu berkata “menyampah mak tengok kau nyah”.
Tania terus kembali ke tempat duduknya selepas membayar dan mengoder minumannya di kaunter. Dia memandang pelik ke arah Kaira dan Iman yang melihatnya dengan wajah seperti Lembu tak jumpa rumput setahun. “dah korang ni kenapa pulak tengok aku macam tu…aku pakai baju terbalik ker…?. Tania berasa pelik kerana Kaira dan Iman melihat dia pelik.
“kau ni dah berapa hari tak makan…cara kau ambil nasi tu macam dah setahun kau tak makan. Melantak betul lah lau ni…ni yang aku jeles nih….melantak tak ingat, tapi badan macam ikan bilis. Benggang betul la aku”.  Iman meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Tania. Tania terus ketawa kuat sehingga membuatkan beberapa orang pelanggang menoleh ke arah mereka. Kaira terus menutup mulut Tania sambil membebel-bebel kepada Tania dan Iman. 
‘kau ni Tania, kan tak sempat makan nasi, kau makan kasut aku ni…nak ker…? Dah kau ketawa macam orang gila kenapa…tak malu ke orang tengok?...kau pun satu Man, lantak pi la dia nak melantak macam mana pun, dia makan guna mulut dia, masuk perut dia lepas tu jadi najis pun,  dia berak tak ajak kau…kau susah kenapa…? Iman menjeling ke arah Kairan dan Tania. Mereka saling menjeling dan selepas itu mereka ketawa serentak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang memandang ke arah mereka.


Semasa sedang keluar daripada kereta, Tania terlihat budak perempuan yang dia terserempak hari tu. Budak itu kelihatan di tarik oleh seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sasa. Budak perempuan itu kelihatan ketakutan. Tania terus mengekori mereka sehinggalah mereka berhenti di belakang bangunan dimana tidak ada seorang pun manusia yang lalu lalang. Lelaki tersebut terus menolak budak perempuan itu sehingga dia terjatuh. “Nadia, kau cakap apa kat Emak kau hah….dah macam polis pencen dia soal aku semalam.  Kau jangan main-main dengan aku Nadia. Kalau aku nak bila-bila masa aku boleh bunuh Emak kau tu tahu tak. Kau ingat kalau kau cakap kat Emak Kau, dia percaya?. Dia tak kan percaya lah bodoh. Dia tu sayang sangat kat aku, kalau aku cakap kau yang goda aku pun dia mesti percaya lah”. Lelaki tersebut mencekam muka Nadia sepaya melihat ke arahnya.
“sumpah Pak cik, Nadia tak cakap apa-apa pun kat Mak. Mak Cuma Nampak lebam kat pipi Nadia sebab tu Mak Tanya macam-macam. Tolong la jangan apa-apakna Mak, Nadia sayangkan Mak”. Sambil teresak-esak Nadia memberitahu lelaki tersebut.
“lagi satu, siapa lelaki dengan kau tadi hah….? kau jangan sesekali nak bermesra dengan lelaki lain, kau tu milik aku sorang jer tahu tak…tak ada lelaki lain yang boleh sentuh kau selain aku…kau milik aku…malam ni macam biasa, jangan kunci pintu bilik kau, aku nak masuk. Kalau kau kunci siap kau”. Lelaki tersebut terus berlalu sambil menolak kepala Nadia.
Aku yang bersembunyi terus berlari ke arah Nadia yang sedang menangis. Apabila terlihat saja aku, dia terus berdiri dan ingin berlalu, tapi aku sempat menarik tangannya. “ini kali kedua akak terserempak dengan adik. Dulu pun adik kelam kabut macam ni jugak. Apa yang sebenarnya telah berlaku ni…? Akak Nampak dan dengar apa yang berlaku tadi…siapa lelaki tadi dan kenapa dia pukul adik. Tolonglah percayakan akak. Mungkin akak boleh bantu”. Tania melihat ke arah Nadia. Melalui mata Nadia, Tania tahu yang dia berada dalam keadaan yang ketakutan. Tania menarik tangan Nadia dan terus berlalu dari kawasan tersebut. Tania membawa Nadia ke arah kedai makan yang sedang menempatkan kawan-kawannya. Kiara dan Iman memandang pelik ke arah Tania yang sedang berjalan kearah mereka sambil menarik tangan seseorang.
“maaf aku lambat. Nadia duduk sini”. Tania menarik kerusi di sebelahnya. Nadia Nampak teragak-agak untuk duduk. Tania terus menarik tangan Nadia sehingga Nadia terpaksa duduk. “korang ingat tak minggu lepas aku ada cerita kat korang yang aku tolong budak perempuan yang jatuh. Ni la budaknya. Aku bawa dia ke sini sebab aku tahu dia ada masalah. Aku nak tolong dia, aku harap kau orang pun boleh tolong sama. Sekarang Nadia cakap apa sebenarnya yang telah berlaku dan siapa lelaki yang pukul dan ugut Nadia tadi. Nadia jangan takut, kami ni orang baik”. Tania memegang tangan Nadia seperti sedang membarikan kenyakinan kepada Nadia untuk menceritakan kepada mereka. Kaira dan Iman hanya memandang ke arah Nadia. Mereka menjadi berminat untuk mengetahui kisah Nadia.
“kami sebenarnya tak suka masuk campur hal orang, tapi melihatkan keadaan Kak Tania yang nampak seperti bersungguh ni, kami jadi macam tak sabar nak mendengar cerita Nadia. Mungkin kami tak tahu apa-apa, tapi kami jadi teringin sangat nak tahu”. Nadia memandang ke arah Iman yang sedang berkata-kata. Tiba-tiba Nadia menangis teresak-esak. Mereka membiarkan Nadia menangis sehinggalah Nadia memandang semula ke arah mereka.
“lelaki yang akak Nampak tadi sebenarnya bapa tiri saya. Dua tahun lepas Emak saya kawin untuk kali kedua selepas ayah saya meninggal. Masa mula-mula kawin dulu, pak cik baik sangat, tapi lepas setahun Pak cik mula berubah. Masa Mak tak ada kat rumah, Pak cik buat tak baik kat Nadia. Mula-mula tu Pak cik just sentuh dan lama-lama Pak cik makin jauh. Nadia tak  ada kudrat nak haling Pak cik. Pak cik paksa Nadia layan dia. Pak cik cakap Mak sibuk dan tak ada masa nak layan dia. Pak cik ugut Nadia nak bunuh Mak kalau Nadia bagitahu Mak hal tersebut. Tiap-tiap malam lepas Mak tidur, Pak Cik mesti masuk bilik Nadia dan paksa Nadia. Nadia takut Pak cik apa-apakan Mak kalau Nadia cakap hal sebenar. Lagipun, Nadia tahu kalau Nadia cakap pun, Mak mesti tak percaya sebab Mak sayang sangat kat Pak cik. Mak lebih percayakan Pak cik dari Nadia”. Tania, Kaira dan Iman tergaman apabila mendengar cerita Nadia. Mereka berasa sangat marah dengan perlakuan bapa tiri Nadia.
“Nadia tak boleh berdiam  diri, Nadia kena buat report. Kalau tak macam-macam lagi dia buat kat Nadia. Kalau Nadia nak akak-akak  teman kan Nadia buat report, kami boleh temankan”. Kaira memberi cadangan. “tak boleh Akak. Jangan…tolonglah Nadia malu, Mak mesti marah gila dengan Nadia. Mak tak kan percaya kak. Tolong la jangan beritahu kat siapa-siapa pasal ni. Nadia merayu”.
Mereka bertiga mengeluh dengan kedegilan Nadia. “sampai bila Nadia nak jadi pelepas nafsu pada lelaki tak guna tu. Setahun dia buat Nadia hamba seks dia. Lama-lama mati Nadia dia kerjakan”. Tania tak berpuas hati denagn tindakan Nadia untuk terus berdian diri.
“Nadia akan cakap slow-slow dengan Mak supaya Mak tak fikir Nadia tipu dia”. Nadia terus memandang ke arah akak-akak yang baik hati sudi untuk membantunya. Selama setahun dia menyimpan rahsia ini dan dia berasa lega kerana akhirnya dia dapat meluahkannya.
“ni kad Akak. Kalau ada apa-apa yang berlaku Nadia call Akak. Kalau Nadia dah bersedia nak buat report, Nadia Call Akak bertiga. Tapi Akak tak janji Akak akan berdiam diri kalau  apa yang berlaku depan mata akak seperti tadi berlaku lagi sekali. Nadia kena jaga diri”. Tania memberi nasihatnya kepada Nadia. Mereka meneruskan sesi meluahkan perasaan sehinggalah Nadia meminta diri untuk pulang.

Telefon Tania tiba-tiba berbunyi minta untuk di angkat. Tania yang ketika itu sedang berada di dapur meminta Kaira untuk menjawab panggilan tersebut. Tiba-tiba Kaira berlari ke arah dapur dengan tergesa-gesa. Tania kelihatan terkejut dengan kedangan Kaira.
“kau ni dah kenapa. Dah macam lembu terlelan batu masa makan rumput ni. Buat aku terkejut jer”.
“kau memang kurang ajar kan. Asal aku jer kau mesti sama kan dengan lembu. Ada juga yang makan paip PVC hari ni. Nadia call tadi sambil menangis-nangis. Aku tanya kenapa dia tak jawab. Dia mntak kita ambik dia kat rumah dia. Sekarang. Dia kata dia takut. Mak dia mengamuk. Tu yang aku kalut ni, aku takut terjadi apa-apa yang buruk kat dia”. “kenapa kau baru bagituhu. Dah jom. Aku rasa tak sedap hati la pulak”. Tania mengadu kepada Kiara. Selepas itu mereka terus bersiap untuk ke rumah Nadia.
Sampai jer depan rumah Nadia, mereka lihat Nadia sedang menangis sambil memegang kaki Emaknya. Paba tirinya berdiri di depan pintu rumah dengan keadaan yang pucat. Mereka bertiga terus berlari kearah  Nadia yang sedang di tendang oleh Emaknya. Emaknya kelihatan marah apabila Tania menarik Nadia dan menyorokkan Nadia di belakangnya. “kau orang siapa nak masuk campur urusan kami ni hah…berambus dari sini. Aku nak ajar budak tak guna ni. Aku jaga dia dari kecil, bila dah besar dia conteng arang kat muka aku. Kau cakap sekarang Nadia, anak siapa yang kau kandung tu…cakap sekarang”. Emak Nadia menengking. Kami terus tergaman apabila mendengar Emak Nadia cakap yang Nadia mengandung. Kiara terus menarik Nadia dan memandang ke arahnya. Meninta kepastian. Nadia terus menganggukkan kepalanya sambil menangis.
Iman terus menerpa ke arah bapa tiri Nadia dan menendang ke arah celah kelangkang dia. Dia yang tidak menduga tindakan Iman tidak sempat buat apa-apa.
“jantan tak guna…lepas apa yang kau buat kat Nadia, kau boleh jer tengok Nadia kena pukul dengan Mak dia macam tu jer. Kau memang tak guna la jantan”. Iman meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Dia memang seorang yang panas baran. Emak Nadia terus menolak Iman yang sedang memarahi suaminya dan terus memandang ke arah suaminya dan Iman silih berganti. Paba tiri Nadia bangun dan terus memegang tangan isterinya.
“sayang, jangan percaya apa yang dia orang cakap. Dia tipu. Nadia dah lama cuba goda Abang tapi abang tak layan. Abang takut nak cakap kat Sayang sebab Abang tak nak Korang bergaduh. Sampai mengandung anak jantan mana pun cakap Abang yang buat benda tak baik kat dia”. Bapa tiri Nadia menjeling ke arah Nadia yang sedang menyorok di belakang Kaira. Emak Nadia ingin menerpa ke arah Nadia lagi, tetapi suaminya menahan.
“sudah la Sayang. Biar jer dia pergi dari sini. Jangan mengaku lagi dia anak kita lagi”. Bapa tiri Nadia memgapi-apikan isterinya. Mendengar saja kata-kata bapa tirinya, Nadia terus berlari dan memegang tangan Emaknya.
“Mak jangan buang Nadia. Nadia tak salah. Betul kata Kak Iman tadi Mak, Pak cik yang buat Nadia. Dia paksa Nadia. Tolong lah percaya kan Nadia Mak”. Tiba-tiba Nadia terasa dirinya ditampar dan ditolak. Nadia mendongak dan Emaknya kelihatan sangat marah. “kalau korang sayang sangat kat budak tak guna ni, korang bawa dia pergi dari sini. Dasar anak tak sedar diri. Mentang-mentanglah Pak cik kau ni baik, kau ambil kesempatan pulak ya. Kau tuduh dia macam-macam”. “Sayang dah la tu…malu jiran tengok. Biar jer dia pergi dari sini. Pergi cari jantan yang dah buat dia bunting tu. Jom masuk”. Tania memandang benci ke arah bapa tiri Nadia.
‘kau jangan ingat kau akan terlepas jantan tak guna. Aku akan pastikan kau terima akibatnya. Aku sebagai seorang pegawai polis tak akan berdiam diri, dan dia sebagai seorang peguam akan heret kau ke mahkamah dan dia sebagai seorang doctor yang akan memgumpulkan segala bukti bahawa kau bersalah dan merogol anak tiri kau sendiri”. Iman berkata sambil menarik Nadia yang sedang menangis keluar  dari kawasan perumahan tersebut. Kaira dan Tania menjeling marah sebelum berlalu sama. Paba tiri Nadia yang mendengar kata-kata Iman tadi kelihatan tergamam. Dia tidak sangka bahawa tiga orang gadia yang menolong Nadia bukan calang-calang orang.

Nadia yang kelihatan pucat lesu itu turun ke tingkat bawah apabila terdengar suara bising  di ruang bawah. Tania terus memanggil Nadia apabila melihat kelibat Nadia. Nadia tersenyum ke arah kakak-kakaknya yang sedang berbual sambil menonton tv.
“Nadia ni makin pucat pulak Akak tengok. Dah makan ubat belum?. Kiara bertanya kepada Nadia. Selepas seminggu Nadia tinggal bersama mereka, barulah mereka tahu bahawa Nadia mengidap penyakit barah otok dan sudah sampai ke tahap empat. Nadia menolak untuk membuat pembedahan apabila mereka mengusulkan perkara tersebut. 
“dah la Kak…jangan binbang okey. Dari atas lagi Nadia akak-akak bersembang. Sembang pasal apa”. Nadia bertanya kepada mereka. “kami dah dapat waran tangkap bapa tiri Nadia, just tunggu di waran tu dikeluarkan je. Lepas tu pihak hospital kena ambil pemeriksaan ke atas Nadia untuk kumpul bukti. Barulah kita boleh tuntut jantan tak guna tu kat mahkamah”. Nadia terharu dengan Tania, Iman dan Kaira. Sebab mereka lah Nadia masih lagi bertahan sehingga ke saat ini. Dia sangat berharap agar hal ini dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata. Dia tahu umur dia dah tak pangjang. Dia cuma ingin Emaknya tahu bahawa dia tidak bersalah . Dia terasa tangannya dipegang.
“Nadia jangan risau. Kami akan jaga Nadia dan berjuang habis-habisan untuk membantu Nadia menegakkan keadilan ini. Bak kata pepetah, Agi Idup Agi Ngelaban. Jadi kita tak boleh mengalah”. Iman membari kata-kata semangat kepada Nadia. Dalam kepala Iman sudah terbayang muka jantan tak guna tu sedang menangis meminta ampun kepada mereka sambil melutut.

Bapa tiri Nadia kelihatan sedang mundar mandir dalam biliknya. Dia kelihatan sangat kusut dan serabai. Sejak daripada minggu lepas lagi dia mengekori tiga gadis yang telah mengugutnya itu. Dengan bantuan kawannya dia tahu bahawa mereka sedang berusaha untuk menangkapnya. Dan menurut kawannya lagi, mereka tengah tunggu waran tangkap untuk menangkapnya. Dia berasa sangat risau kerana dia tahu kegiatannya selama ini akan terbongkar jika dia tertangkap. Akhirnya dia menuju ke arah almarinya dan mengambil beg dan beberapa helai baju. Tidak lupa juga dengan posportnya. Setelah itu, dia terus berlalu keluar daripada bilik. Sebelum sempat dia keluar dari pintu utama, dia telah ditegur oleh isterinya.
“Abang nak kemana, dengan beg segala tu.  Macam tak nak balik dah”. Isterinya mendekati dan memegang tangannya. “kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak. Aku dah la tengah kusut ni. Aku ada kerja sikit, tak lama pun aku pergi. Dua, tiga hari lagi aku balik la”. Dia menarik tangan daripada pegangan isterinya dan terus berlalu ke arah pintu. Semasa menbuka pintu, dia dikejutkan dengan kedatangan Iman dan beberapa anggota polis yang lain. Dia ingin melarikan diri tetapi telah dikepung oleh pihak polis. Dia sempat mengambil gunting yang berada di atas rak kasut berdekatan pintu dan terus menerpa ke arah isterinya. Dia memeluk isterinya dari arah belakang dan menghalakan gunting tersebut ke leher isterinya. Isterinya yang tidak tahu apa-apa terus terkejut dengan tindakan suaminya.
“korang jangan nak masuk dekat, kalau tak bunuh perempuan ni”.
“Abang apa yang Abang buat ni, lepaskan saya Bang”. Isterinya merayu.
“kau dah tak boleh nak lari mana-mana lagi. Baik kau serahkan diri. Kami ada waran untuk tangkap kau atas tuduhan merogol dan mendera anak tiri kau Nur Nadia Ahmad. Baik kau lepaskankan isteri kau sekarang”. Emak Nadia yang mendengar keterangan daripada Iman tadi terus tersentak. Dia tidak menyangka bahawa selama ini apa yang dikatakan oleh Nadia adalah perkara yang benar dan dia telah ditipu hidup-hidup oleh suaminya.
“hahahaha…korang semua ni dah gila. Dah alang-alang aku nak kena tahan baik aku bunuh jer perempuan ni kan”. Dia terus menghalakan gunting yang berada di tangan ke arah isterinya. Sebelum sempat gunting tersebut sampai ke sasaran, tangan dia telah direntap oleh Iman dan gunting itu tersasar tersusuk dada isterinya. Pada saat itu juga isterinya teriak kesakitan dan terus rebah jatuh ke lantai tidak sedarkan diri. Dia berlari ke arah dapur tetapi sempat ditentang oleh Iman dan terus dikepung oleh pegawai yang lain. Iman terus menerpa ke arah Ibu Nadia yang terkulai tidak sedarkan diri. Dia mengarahkan pegawainya menghubungi ambulans dan membawa suspek ke balai polis.

Nadia tergesa-gesa menuju ke arah Iman yang berjalan mundar madir di depan bilik bedah. Bersamanya kelihatan Tania yang juga kelihatan kelam kabut.
“Kak Iman, macam mana dengan Mak Nadia”.
“sabar Nadia, Mak Nadia tak keluar dari bilik bedah lagi. Lagitpun dia baru jer masuk. Akak rasa Mak Nadia tak apa-apa sebab luka dia tak dalam”. Iman menenangkan Nadia.
“macam mana dengan jantan tu?” Tania bertanya kepada Iman.
“dah bawa masuk lokap. Kalau aku tak fikir pasal undang-undang dah lama dah aku bunuh dia tu. Angin betul aku rasa”. Setelah habis Iman berbicara pintu bilik bedah dibuka daripada dalam. Kelihatan Kaira keluar sambil tersenyum.
“Nadia jangan risau, Mak Nadia apa-apa. Luka dia tak dalam. Dia Cuma terkejut jer. Lepas ni Mak Nadia akan dipindahkan ke bilik wad biasa”. Kaira menerangkan keadaan Mak Nadia sebelum sempat mereka bertanya. Mereka melepaskan nafas lega selepas mendengar kata-kata Kaira. Nadia sempat tersenyum sebelum dia tiba-tiba jatuh pensang. Keadaan disitu serta merta menjadi gamat kerana terkejut dengan Nadia yang tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.
           
Nadia sekarang dalam keadaan yang tenat. Dia tidak sedarkan diri. Menurut Kaira, mereka hanya mampu berdoa kerana keadaan Nadia yang semakin tenat dan doktor sudah tidak manpu buat apa-apa. Emak Nadia sudah sedarkan diri dan sejak dari tadi dia hanya mampu menangis apabila melihat akan keadaan Nadia. Dia tidak henti-henti menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku kepada Nadia. Mereka semua berkumpul di dalam bilik Nadia ditempatkan. Tanpa mereka sedari Nadia tiba-tiba mebuka matanya dan melihat Emaknya sedang menangis di sebelah katilnya.
“Mak….”. Nadia memanggil dalam keadaan yang sangat lemah.  Emak Nadia terkejut dan terus mengangkat mukanya. Dia terus memeluk Nadia sambil menangis meminta maaf di atas sikapnya terhadap Nadia sebelum ini.
“maafkan Mak sayang. Kalau lah Mak percayakan Nadia, mesti Nadia tak terseksa macam ni. Kenapa Nadia tak cakap yang Nadia sakit nak…sampai hati Nadia buat Mak macam ni. Mak rasa macam Mak ni betul-betul tak berguna”.
“maafkan Nadia Mak. Nadia tak nak buat Mak sedih dengan keadaan Nadia. Nadia minta ampun. Tolong halalkan makan minum Nadia selama ni. Mak tetap Emak yang terbaik buat Nadia”. Nadia bercakap dalam keadaan yang lemah.
“shhhh….sudah sayang. Nadia berehat ya. Jangan cakap banyak. Nanti lepas sihat Nadia boleh cakap banyak-banyak ya sayang”. Ibu Nadia bimbang akan keadaan Nadia yang kelihatan sangat lemah.
Nadia menoleh kearah tiga orang kakaknya yang berdiri di tepi katilnya. Dia tersenyum kepada mereka. “Akak, saya sangat terhutang budi dengan akak bertiga. Nadia harap lepas ni, akak bertiga dapat menjaga Mak Nadia. Nadia dah ada nak tengok-tengokkan Mak. Tolong ya”.
“apa Nadia cakap ni. Nadia jangan risau ya. Kami akan pastikan Mak Nadia dalam keadaan baik-baik saja. Dengan Nadia sekali”. Iman menyedapkan hati Nadia. Dia tidak mahu Nadia berada dalam keadaan rungsing.
Nadia tersenyum apabila mendengar kata-kata Iman. Dia menoleh ke arah Emaknya dan menggenggam erat tangan Emaknya. Emak Nadia membalas genggaman tangan Nadia. Tiba-tiba Nadia memejamkan matanya dan mesin disebelahnya mengeluarkan bunyi yang panjang tanpa henti. Mereka tergaman. Emak Nadia meraung dengan kuat sambil memanggil nama Nadia. Iman, Kaira dan Tania hanya manpu menangis mengiringi pemergian Nadia.
           
Kaira memberhentikan keretanya agak jauh daripada rumah Nadia kerana keadaan rumah Nadia yang agak sesak dengan kereta. Mereka bertiga keluar daripada kereta dan terus menuju ke rumah Nadia. Masuk saja ke dalam rumah, mereka menuju ke arah Emak Nadia yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu wanita.
“dah balik….malam ni tidur sini ya. Teman kan Mak cik. Lepas majlis nanti, mesti Mak cik sunyi bila semua dah balik. Kalau korang ada boleh Mak Cik buat teman berbual”. Emak Nadia menyarankan cadangan.
“boleh mak cik. Tapi kami kena balik la kejap ambik baju. Kami datang sehelai sepinggang”. Kaira berkata sambil memandang ke arah Emak Nadia sebelum tersenyum ke arah kawan-kawannya.
“kalau lah korang tak ada Mak cik tak tahu nak buat buat. Agaknya Mak cik boleh jadi gila. Kalau lah Mak cik tak kawin dengan lekaki tak guna tu, semua ni tak akan terjadi”. Emak Nadia menangis. “Mak cik…dah la…kami kan dah janji nak jaga Mak cik dengan baik. Jadi sekarang ni biar kami yang jadi anak-anak Mak cik dan jaga Mak cik”. Tania menenangkan Emak Nadia yang semakin kuat menangis. Mereka saling berpelukan. Satu jer yang mereka harapkan sekarang, agar Nadia tenang disana.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan