Adam memandang ke arah langit sambil tersenyum. Sudah lama
rasanya dia tidak pulang ke rumah
ayahnya ini. Kekangan kerja di pejabat menghalang dia untuk kerap balik melawat
ayah di kampung. Walaupun tidak pulang, namun Adam sentiasa telefon ayahnya
untuk bertanya khabar. Dia tidak tahu kenapa dia sangat sayangkan ayahnya walaupun ayahnya itu Cuma ayah angkatnya.
Mungkin kerana ayahnya yang telah banyak membantu dalam mengubahnya untuk
menjadi seseorang yang lebih baik seperti sekarang. Walaupun dia bukanlah asal
dari kampung ini, namun orang kampung tetap melayannya seperti dia sudah lama
tinggal di kampung ini. Mungkin kerana ayahnya yang merupakan Imam yang
dihormati di kampung ini. Ditambah lagi dengan adik-beradik angkatnya yang sememangnya
orang terhormat kat kampung ini. Dia kini sudah boleh berkumpul dan berbual
kosong serta bergurau senda dengan orang sekeliling tidak seperti dulu yang
sentiasa kaku dan beku bila berdepan dengan sesiapa sahaja. Dulu, siapa yang
tidak kenal dengan dia. Sebut saja Adam Long semua akan kenal dengan dia. Seorang jutawan muda yang sangat berkarisma
tapi sangat beku orangnya. Dia tidak akan melayan hal-hal yang luar dari bidang
kerja. Dia tidak suka bersosial serta berhibur seperti pemuda-pemuda yang
seusia dengannya. Dia juga tidak pernah melayan mana-mana perempuan yang
sentiasa menghantuinya. Dia sudah biasa hidup sendiri sejak ibu bapanya
meninggal dunia semasa dia masih lagi bersekolah di tingkatan tiga. Selepas ibu
bapanya meninggal dunia, dia tinggal sebatang kara namun dia tidak pernah hidup
susah kerana ibu bapanya meninggalkan harta yang bertimbun. Tambah-tambah lagi
dia anak tunggal dan semua harta peninggalan sememangnya milik dia. Adam
mengeluh bila terkenangkan kisah lalunya.
Adam berjalan masuk ke dalam syarikatnya. Sepanjang
perjalanan masuk ke bilik pejabatbya, Adam ditegur oleh para pekerjanya. Dia
hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan wajah tanpa perasaan. Dia sudah
terbiasa seperti itu, jadi pekerja-pekerjanya faham dan sekadar tersenyum sahaja
dengan perilaku bos mereka itu. Mereka tahu walaupun Adam sentiasa serius namun
Adam seorang baik hati dan senang untuk berunding. Sebab itu, Adam senang dalam
berunding dengan rakan kongsi dan pelanggang syarikatnya. Sampai di depan bilik pejabatnya Adam sempat
berhenti di depan pembantunya.
“Kak Imah masuk ke pejabat kejap. Buat air kopi sekali”. Kak
Imah tersenyum ke arah Adam yang sedang memberi arahan. Selepas memberi arahan
Adam terus masuk ke bilik pejabatnya.
“huh…bos aku ni tak boleh ke senyum sikit…ni tak pagi-pagi
dah tunjuk muka tak ada perasaan dia tu”. Kak Imah mengeluh sambil bangun
berlalu ke arah pantry.
Kak Imah mengetuk pintu bilik Adam dan selepas dengar Adam
memberi kebenaran untuk masuk, barulah dia membuka pintu dan masuk. Kak Imah
meletakkan kawan yang berisi air kopi ke atas meja Adam.
“ni kopinya Bos. Bos ada nak cakap apa-apa kepanggil Akak
masuk ni”. Kak Imah bertanya .
“saya nak Tanya tentang jadual saya dalam minggu ni sibuk
tak. Kalau tak sibuk sangat saya nak ke kedah tengok projek kita sana. Projek
kat Johor tu dah selesai jadi bolehlah
saya tumpukan kat projek kat Kedah ni”. Adam menyoal Kak Imah.
“hmmm…esok dan lusa jer Bos ada opointment penting. Hari lain-lain tak ada. Kak Imah rasa bolehlah
kalau Bos nak ke Kedah”. Kak Imah menjawab sambil membelek-belek buku notanya.
“ok lah kalau macam tu. Taka da apa-apa lagi, Kak Imah boleh
keluar”. Adam terus membuka fail yang berada di depannya untuk meneruskan kerja
seperti biasa. Kak Imah melangkah keluar selepas Adam habis berkata-kata
Adam memberhentikan keretanya jauh dari kawasan pembinaan.
Dia sengaja meninggalkan keretanya jauh supaya dia dapat berjalan sambil
melihat kawasan sekitar pembinaan tersebut. Syarikatnya sekarang sedang
menyelesaikan projek pembinaan kilang barangan elektrik. Pembinaan ini
dilakukan di kawasan kampung. Pada mula-mula perbincanggan, dia ada bertanya
kepada En.Khairil, iaitu pemilik kilang tersebut mengapa memilih untuk membina
kilang di kawasan kampung. En.Khairil mengatakan bahawa dia ingin mengembangkan
kampung tersebut dan juga memberikan peluang pekerjaan kepada pemuda-pemuda
kampung yang masih lagi menganggur. Adam bersetuju dengan pendapat En.Khairil
dan sebab itu lah dia menerima projek dengan senang hati. Kamal yang sedang megawasi kerja-kerja
pembinaan terus berjalan ke arah Adam selepas lihat kedatangan Adam.
“macam mana dengan kerja-kerja pembinaan, ada apa-apa
masalah ker?”. Adam terus bertanya apabila Kamal sampai di depannya.
“setakat ni, tak ada apa-apa masalah lagi Bos. Barang-barang
pun tak ada masalah dan masih lagi mencukupi”. Adam mengangguk-anggukkan
kepalanya. Kamal memang kecap dalam menjalankan tugasnya. Sebab tu dia
menghantar Kamal untuk mengawasi projek ini. Kamal akan terus berada di sini
sehinggalah projek ini selesai. Adam berjalan beriringi dengan Kamal sambil
memerhatikan pekerja mereka sedang menjalankan tugasan pembinaan. Selepas puas membuat
pantauan, Adam terus berlalu ke arah keretanya untuk pulang ke homestay yang disewanya. Semasa hendak
membuka pintu kereta, Adam terdengar suara yang kuat datangnya dari arah masjid
yang berada di depannya. Dia baru perasan yang kawasan tersebut berdekan dengan
masjid. Entah mengapa dia terasa nyaman semasa mendengar suara tersebut. Dia
perasan, perasaannya itu sudah lama tersentuh semasa mendengar suara tersebut,
tapi kali ini perasaan itu menjadi semakin kuat. Semasa dia sedang melayan
perasaan, dia ditegur oleh satu suara.
“assalamualaikum nak..buat apa kat sini, ada masalah ke?”.
Seoarang Pak Cik tua yang memakai jubah dan serban di kepalanya menegur Adam.
Dari jauh lagi dia memerhatikan Adam yang kelihatan khusuk memandang ke arah
masjid. Dari pengamaatannya dia tahu yang Adam tu bukan orang islam. Wajah Adam
yang mempunyai mata sepet itu jelas menunjukkan bahawa dia merupakan orang
Cina.
“eh…tak ada apa-apa Pak Cik. Saya sebenarnya dari tapak
pembinaan sana. Saya parking kat sini,
masa saya nak balik tadi saya suara kat masjid ni. Sebab tu saya berhenti
kejap. Tu suara orang panggil untuk sembahyang kan Pak Cik?”. Pak Imam tersenyum apabila
mendengar kata-kata Adam.
“Ya nak…tu suara panggil orang sembahyang. Azan
namanya. Pak Cik ni Imam kat sini. Anak
ni siapa namanya?”.
“saya Adam Pak Cik, Adam Long”. Adam memperkenalkan diri.
Entah mengapa dia menjadi mesra dengan Pak Cik ini. Sedangkan selama ini dia
sangat susah untuk berbual mesra dengan seseorang.
“oh…Adam…Adam…Adam. Tak pandai la Pak cik nak panggil macam
kamu sebutkan tadi. Pak Cik panggil Adam jer la ya. Yang ni senang sikit. Kalau
kamu rasa nak masuk ke dalam masjid jom la. Masjid kami ni dia tak memilih
orang”. Pak Imam mengajak Adam masuk ke dalam masjid. Dia tersenyum apabila
nampak muka terkejut Adam. Mungkin Adam terkejut bila dengar dia ajak masuk
masjid. Dia bukan apa, dia saja nak uji Adam sebab tadi dia nampak Adam
berminat sangat tenung ke arah masjid.
“eh tak apa lah Pak Cik. Saya dah nak balik ni. Saya pergi
dulu ya”. Adam menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Pak Imam. Pak Imam
sambut sambil tersenyum.
“ya…nanti lain kali kalau Adam rasa nak masuk, masuk jer.
Tak payah risau, tak ada orang nak marah”. Pak Imam sempat menegur Adam sebelum
Adam masuk ke dalam kereta dan meluncur pergi.
Hari ini merupakan hari terakhir Adam berada kat Kedah. Dia
akan kembali ke pejabat di Kuala Lumpur. Memandangkan projek kat sini tidak
mengalami masalah jadi dia tidak risau untuk meninggalkan tugas pemerhatian
kepada Kamal. Dia hanya akan datang sesekali untuk mengjenguk projek di sini.
Sepangjang empat hari dia bertugas di sini, setiap hari dia bertembung dengan
Pak Imam di depan masjid. Dan setiap kali itulah mereka berbual mesra.
“dah nak balik ke Adam”.
“ya Pak Cik. Cepat pulak saya rasa lapar hari ni. Dah la
pagi tadi tak sempat nak sarapan. Tu yang balik awal sikit ni”. Adam berbual
mesra dengan Pak Imam. Tak tahu kenapa dia berasa senang bila dapat berbual
dengan Pak Imam. Sebab tu lah dia tidak kokok bila Pak Imam bergurau dengan
dia.
“oh…apa kata hari ni Adam makan rumah Pak Cik. Lepas solat
zohor nanti kita balik rumah Pak cik”. Adam terkejut dengan tawaran Pak Imam.
Dia serba salah untuk ikut atau pun tidak.
“ish…tak payah fikir panjang la. Ikut jer. Lagipun rugi
kalau tolak, Mak cik kat rumah tu tukang masak paling tersohor kat sini.
Masakan Mak cik kalau sekali Adam makan, Adam jadi nak lagi tau”. Pak Imam
sempat berjenaka dengan Adam. “Adam ikut Pak Cik masuk dalam masjid dulu, lepas
solat nanti kita balik. Jom”. Pak Imam menarik tangan Adam untuk mengikutinya
masuk ke dalam masjid. Adam hanya mengikut saja.
“tapi Pak cik apa pulak kata orang kat sini kalau saya
masuk”. Adam teragak-agak untuk masuk namun
dia tetap mengikut langkah kaki Pak Imam.
“tak ada orang nak mengata pun Adam. Adam dudud kat dalam
ni, tunggu Pak cik kat sini. Tak lama pun. Kejap jer”. Pak Imam meninggalkan
Adam di bahagian belakang tempat solat lelaki. PaK Imam pula terus menuju ke arah
Jemaah-jemaah yang sudah bersedia mengambil tempat di bahagian depan. Adam
terasa sayu apabila melihat beberepa orang lelaki yang sedang mengikuti langkah
Pak Imam yang berada di depan. Dia memegang dadanya yang terasa sebak. Dia
sendiri tidak faham apa yang berlaku kepadanya. Hal ini sama berlaku jika dia
terdengar suara Azan. Dalam dia sedang khusuk termenung, dia terasa bahunya
ditepuk. Apabila dia menoleh, Pak Imam dan beberapa orang lelaki yang sebaya
dengan Pak Imam tersenyum ke arahnya. Mereka menegur Adam dan berbual mesra.
Mula-mula Adam terasa sedikit janggal namun setelah lama berbual dia menjadi
mesra tambah-tambah lagi Pak Imam yang sentiasa memujinya membuatkan
orang-orang itu turut senang dengannya. Adam berasa kagum dengan orang-orang
kampung di sini kerana menerimanya masuk ke dalam masjid walaupun wajahnya
jelas menunjukkan bahawa dia merupakan orang yang berbangsa Cina. Sedang mereka
leka berbual, mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan oleh
beberapa orang pemuda.
“ni mamat Cina nama pulak ni. Dah la suka-suka hati masuk
dalam masjid, boleh pulak Pak Imam dengan orang-orang kampung layan dia mesra
sampai macam tu sekali. Ni yang buat aku angin ni. Aku mana boleh Nampak orang
luar kena layan macam ni. Aku sendiri pun dia orang tak layan mesra sampai
macam ni sekali. Panas betul la”. Khalid meluah ketidakpuasan hatinya.
“tu la pasal. Kita yang tiap-tiap hari jadi kaki masjid pun
dia orang tak layan sangat. Ni Cina yang entah mana-mana boleh pulak dia orang
bergelak sakan. Dalam masjid pulak tu”. Ali menyokong Khalid. “tapi kan Lid aku
rasa macam pernah tengok la lelaki ni. Aku rasa kan…..hah…aku dah ingat. Dia ni
bos yang mengendalikan pembinaan kilang kat depan tu la. Syarikat dia la yang
ambil projek pembinaan ni”. Ali berkata sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah
kawasan pembinaan kilang. Khalid yang mendengar kata-kata Ali terasa panas.
Patut la orang kampung layan dengan baik. Orang kaya rupanya. Dia berjalan ke
tempat di mana Adam dan orang kampung sedang berbual.
“amboi mesra Nampak. Dengan kita pun Pak Imam dengan orang
kampung tak mesra sampai macam ni sekali. Ni dengan orang luar bukan main
lagi”. Mata Khalid terus terpacak ke arah Adam. Dia akui bahawa Adam memang
seorang yang berwajah tampah. Ditambah lagi dengan tubuh tegapnya. Dia terasa
tercabar pula.
“hmm…apa yang kau merepek ni Khalid. Dah tahu dia orang luar
la kami layan dengan baik. Nanti dia tak serik dating sini lagi. Yang kau macam
tak puas hati kenapa pulak. Kami ada kacau kau ke”. Pak Mud yang berada dekat
situ membalas kata-kata Khalid. Dia berasa tidak puas hati dengan kata-kata
Khalid yang jelas seperti tidak suka kepada Adam. Dia daripada dulu lagi memang
tidak suka akan Khalid yang berperangai seperti samseng. Walaupun Khalid sering
datang ke masjid tapi perangai khalid yang tidak semengah itu dia tidak
berkenan sama sekali.
“saya bukan apa apa Pak Mud. Ye la dia ni orang Cina mana
sesuai nak masuk dalam masjid kita ni. Nanti kotor pulak masjid kita ni. Ye la
dia ni entah makan apa, minum apa. Lepas tu masuk dalam masjid”. Khalid masih
lagi tidak berpuas hati.
“apa yang kau cakapkan ni Khalid. Masjid kita ni tak memilih
orang. Dia terima jer orang yang macam mana sekalipun nak masuk ke dalam. Kita
patutnya bersyukur sebab masjid kita ni menjadi tumpuan bukan saja kepada orang
islam malah kepada orang bukan islam. Kita tak boleh nak halang dia orang masuk
dalam masjid ni”. Adam hanya terdiam mendengar kata-kata Pak Imam. Dia tahu
mereka sedang bergaduh mulut disebabkan dia. Dia tak tahu nak berkata apa,
disebabkan itulah dia hanya senyap. Dia takut nanti kalau dia bersuara keadaan
akan menjadi semakin rumit.
“ahhh…saya tetap tak suka tengok dia ni masuk dalam masjis.
Dah la layan sangat dia ni. Nanti lepas ni dia buak taik kat sini baru padan
muka. Jom balik Ali. Panas pulak aku rasa. Kan tak pasal-pasal ada yang makan
penumbuk aku hari ni”. Ali berlari mengikut Khalid yang laju keluar dari pintu
masjid.
“apa nak jadi la dengan si Khalid tu. Masjid tak tinggal.
Tapi perangai macam samseng”. Kata salah seorang penduduk kampaung yang berada
di situ.
“ala..dia tu bukan nak sangat datang kat masjid ni. Dia saja
jer nak tunjuk kat Pak Mud ni yang dia tu kaki masjid. Tak tinggal sembahyang.
Dia tu kan tergila-gilakan Anis, anak Pak Mud yang cantik manis lagi ayu tu”.
Kata salah seorang daripada mereka. Pak Mud yang mendengar hanya menggelengkan
kepalanya. Dia bukan tak tahu yang Khalid selalu bertanyakan hal anaknya itu.
Anis juga sering merungut bila Khalid selalu menganggu dia semasa balik dari
tadika.
“dah la tu. Jom Adam kita balik. Dah lapar sangat kamu ni
kan. Mud jom la balik sekali. Adam ni nak ke rumah aku, aku ajak makan kat
sana”. Pak Imam mengajak Pak Mud balik sekali memandangkan mereka berjiran.
Rumah mereka hanya sebeleh menyebelah. Pak Mud hanya tersenyum mendengar ajakan
itu. Dia tidak berkata apa-apa namun dia tetap mengikut Adam dan Pak Imam
menuju ke arah kereta.
Adam memberhentikan keretanya di hadapan rumah Pak Imam.
Melalui rumah Pak Imam yang besar, Adam tahu yang Pak Imam ni bukanlah orang
sembarangan. Di sebelah rumah Pak Imam ada sebuah lagi rumah yang agak kecil
sedikit daripada rumah Pak Imam. Namun reka bentuk rumah tersebut sangat
menarik minat Adam. Mungkin ini lah rumah Pak Mud.
“jom Adam. Mud jom la makan tengah hari sekali. Ajak Kiah
sekali”. Pak Imam mempelawa makan sekali. Mereka sudah sering kali makan
sekali. Kalau tidak dirumahnya, mereka akan makan beramai-ramai di rumah Pak
Mud.
“tak payah ajak dah Imam. Tu dah terjenguk kat sini dah”.
Pak Mud menunjukkan ke arah dalam rumah Pak Imam yang kelihatan agak bising. Mereka
terjenguk ke luar rumah. Mungkin berasa pelik kerana Pak Imam dan Pak Mud balik
dengan kereta yang tidak pernah mereka lihat. Mereka berjalan beriringan masuk
ke dalam rumah. Adam hanya mengikut daripada belakang. Entah kenapa dia berasa
agak gementar apabila melihat orang ramai yang berada di rumah Pak Imam.
“hah dah balik pun. Dari tadi kita orang ni tunggu.
Budak-budak ni dah lapar ni tunggu Abang balik”. Mak Cik Salmah menegur
suaminya. Matanya tertacap kepada Adam yang berada di belakang suaminya.
Setelah itu dia tersenyum. Daripada wajah Adam dia tahu Adam itu siapa.
Suaminya sering bercerita tentang Adam kepadanya. Malah anak-anaknya pun tahu
cerita tentang Adam.
“maaf la ya…lambat sikir hari ni. Jom-jom ke dapur makan.
Tadi kata lapar sangat. Adam ni Pak Cik kenalkan Isteri kesayangan Pak cik.
Panggil jer Mak Cik Salmah. Ni pulak Mak Kiah isteri Pak Mud. Yang hensem tu anak sulung Pak cik. Bakri.
Dia cikgu kat sekolah menegah kat kampung ni. Kat sebelah tu pulak isteri dia,
Alia. Cikgu kat situ jugak. Yang budak-budak ni anak dia orang. Nanti
lepas-lepas makan la Pak Cik kenalkan. Ramai sangat ni”. Adam bersalaman degan
Bakri. Dia memperkenalkan diri. Mak Cik Salmah dan Mak Kiah hanya tersenyum
memandang ke arahnya. Dia menundukkan kepala. Dia tahu bahawa orang islam tidak
bersalaman antara lelaki dan perempuan sebab itulah dia hanya menundukkan
kepala.
“ni la Adam ya. Ayah dah banyak kali cerita pasal Adam ni.
Tak sangka pulak hensem macam ni
sekali orangnya”. Bakri bergurau dengan Adam. Adam hanya tersenyum.
“Jom la kita makan. Dah lewat sangat ni. Jom Adam, jangan
malu-malu ya. Buat macam rumah sendiri”. Ajakan Mak Cik Salmah memberhentikan
perbualan mereka. Adam menjadi senang dengan mereka dan rasa gementar tadi
terus hilang serta merta. Mereka berjalan masuk ke dalam dapur.
Selepas makan mereka berbual bual di halaman rumah Pak Imam.
Adam sangat berselera masa makan tadi. Ini kali pertama dia makan dengan begitu
berselera selepas kematian ibu bapanya. Masakan kampung yang di masak oleh Mak Cik
Salmah sangat sedap dan kena dengan seleranya. Adam sekarang tahu bahawa Pak
Imam mempunyai lima orang anak dan semuanya lelaki. Kesemuanya sudah berkahwin
kecuali anak bongsunya yang masih lagi belajar di Sarawak. Anak keduanya sekarang bekerja di Kuala
Lumpur sebagai pensyarah. Manakala yang ketiga pulak bekerja sebagai ketua
jurutera di sebuah syarikat juga di Kuala Lumpur. Manakala Pak Mud pula
mempunyai enam orang anak. Empat orang sudah berumah tangga. Anak kelima dia
tinggal di kampung dan membuka satu sekolah taska di kampung ini. Manakala
seorang lagi masih lagi belajar di Universiti. Mereka juga ada bertanya tentang
latar belakang Adam. Adam menceritakan semua tentang hal kehidupannya dan tidak
tertinggal sedikit pun. Sebelum pulang Pak Imam sempar berpesan kepadanya
supaya tabah dalam mengharungi kehidupannya pada masa depan. Dia juga
mengingatkan kepada Adam bahawa dia tidak sebatang kara di dunia ini. Pak Imam
dan Pak Mud sekeluarga sudah mengganggap Adam seperti keluarga mereka. Adam
berpelukan dengan Pak Imam dan Pak Mud sebelum berlalu pulang.
Sudah sebulan sejak Adam balik dari Kedah. Dia sangat
rindukan kampung tersebut dan yang paling rindukan ialah kata-kata nasihat
daripada Pak Imam. Dia juga rindukan suasana masjid yang sentiasa menjadi
tumpuannya sepanjang dia berada di kampung tersebut. Dia tidak tahu kenapa dia
sangat berminat untuk tahu dengan lebih dalam tentang islam. Sudah bermacam
laman web yang dia lawati umtuk mencari tentang hal-hal islam. Dia juga tidak
malu-malu bertanya dengan Kak Imah tentang Islam. Kak Imah pula tidak pernah
menghampakannya dan setiap soalan yang ditanyakannya sentiasa dijawab degan
yakin oleh Kak Imah. Kak Imah ada bertanya kenapa dia hendak tahu tentang semua
ini, namun dia hanya tersenyum. Dan selepas itu dia ketawa mendengar kata-kata
Kak Imah. Kak Imah kata itulah kali pertama dia tersenyum dan ketawa di
depannya. Adam sangat rindukan suasana masjid. Dia ada juga masuk ke kawasan
masjid yang berdekatan dengan pejabatnya. Namun penerimaan yang diberikan oleh
orang-orang kat sana tidak sama dengan orang-orang kampung kat Kedah. Di
sebabkan itulah dia rindukan suasana masjid kat sana. Selepas berfikir panjang,
Adam memanggil Kak Imah masuk ke biliknya. Dia sudah membuat keputusan untuk
berubah. Dan untuk perubahan itu dia perlukan bantuan Pak Imam. Dia sudah nekad.
Adam memberhentikan keretanya di hadapan masjid. Sejak dari
tadi dia berada di kawasan pembinaan namun dia tidak Nampak kelibat Pak Imam
melalui kawasan masjid. Dia berasa pelik kerana Pak Imam tidak pernah tidak
datang ke masjid. Imam tidak betah lagi menunggu sebab itu dia masuk ke kawasan
masjid. Keluar saja dari kereta dia ternampak Pak Mud yang baru keluar dari masjid.
“apa khabar Adam. Lama betul Pak Mud tak Nampak Adam kat
sini. Sibuk ke kat Kuala Lumpur tu sampai tak ada masa melawat kawasan kerja
kat sini”. Pak Mud menegur Adam yang kini sedang berdiri di depannya. Dia
sangat suka akan keperibadian Adam yang sentiasa kelihatan tenang.
“ya Pak Mud saya sibuk sikit kat sana. Banyak kerja yang
tertangguh. Dari tadi saya cari Pak Cik tapi tak ada Nampak pulak. Pak Cik tak
datang ke Pak Mud?”. Adam bertanya kepada Pak Mud tentang Pak Imam.
“oh…Pak Cik kamu tu ada kat rumah. Dia tak datang hari ni.
Tak sedap badan katanya”. Pak Mud menyatakan
sebab Pak Imam tidak datang ke masjid. Adam terus tersenyum apabila mendengar
kata-kata Pak Mud. Dia lega sebenarnya. Dia risau kalau-kalau terjadi apa-apa
kepada Pak Imam. Dia sempat berbual-bual dengan Pak Mud sebelum dia mengajak
Pak Mud balik sekali dengannya. Dia ingin ke rumah Pak Imam. Pak Mud menolak
ajakan Adam. Dia nak ke tempat lain terlebih dahulu. Selepas berbual sakan Adam
dan Pak Mud berlalu ke arah haluan masing-masing. Tanpa mereka sedari,
perbualan mesra mereka menjadi tumpuan Khalid dan Ali.
“amboi mesra betul mereka tu berbual. Kau hati-hati sikit
Lid, kan tak pasal-pasal Pak Mud buat orang Cina kaya tu menantu dia. Terlepas
kau si Anis tu. Dah la lama dah kau tunggu si Anis tu”. Ali mengapi-apikan
Khalid. Khalid yang mendengar kata-kata Ali terus menghentakkan tangannya ke
atas handle motornya.
“jom kita ikut jantan tu. Aku nak ajar sikit budak tu.
Datang kat tempat orang lepas tu nak buat taik kat sini. Kau memang cari pasal
dengan aku la jantan”. Khalid terus membonceng motornya dan terus mengikut
kereta Adam. Sampai di kasawan lapang dan tidak ada orang lalu lalang, Khalid
terus melintas kereta Adam dan memintas depan kereta. Adam yang terkejut terus
memberhentikan keretanya. Dia terus keluar daripada kereta apabila Khalid
mengetuk cermin keretanya.
“kau memang degil kan. Aku dah cakap kat kau yang aku tak suka
tengok kau masuk ke dalam masjid tu. Kau buat jer la kerja kau kat kawasan
kilang tu, tak payah nak masuk-masuk masjid bagai. Jangan nak tunjuk baik
sangat la kat sini”. Khalid bercakap sambil menolak-nolak badan Adam. Adam yang
terkejut dengan sergahan tidak dapat berkata apa-apa.
“aku Cuma masuk cari Pak Iman jer. Taka da niat lain. Yang
kau marah sangat kat aku ni kenapa. Aku rasa aku tak pernah pun buat salah
dengan kau kan. Kacau kau pun aku tak pernah”. Adam terasa tercabar apabila Khalid
terus-terusan menolak badannya. Khalid yang mendengar kata-kata Adam terasa
dirinya tersindir. Tanpa Adam sempat berbuat apa-apa dia terus pukul Adam. Adam
yang tidak menyangka dengan tindakan Khalid tidak sempat berbuat apa-apa. Ali
yang dari tadi hanya senyap turut tumpang Khalid memukul Adam. Setelah mereka
berpuas hati dan lihat Adam yang seperti sudah tidak mampu bangun mereka terus
berhenti.
“lain kali aku tak nak tengok kau masuk lagi dalam masjid
dan bercakap dengan Pak Mud. Kau tahu tak aku paling marah bila kau bercakap
dan beramah mesra dengan Pak Mud. Kau tahu tak. Kalau lagi sekali aku Nampak,
lebih teruk daripada ini aku buat”. Khalid dan Ali terus berlalu meninggalkan
Adam yang dalam kesakitan.
Semasa Adam sedang menahan kesakitan tiba-tiba dia terasa
kepalanya dipangku seseorang. Dia membuka sedikit matanya dan kelihatan seorang
perempuan bertudung sedang memandangnya. Dia hanya nampak samar-samar namun
suara perempuan tersebut jelas kedengaran di telinganya.
“Encik…encik tak apa-apa ke..siapa yang pukul encik sampai
macam ni sekali ni..? ya Allah ya tuhanku teruknya. Encik boleh bangun tak.
Saya bawa encik ke hospital”. Selepas mendengar kata-kata tersebut Adam terus
tidak sedarkan diri.
Adam membuka matanya walaupun matanya terasa sangat berat.
Suara-suara di sekelilingnya itu membuatkan dia ingin benar membuka mata dengan
segera. Dia sangat kenal dengan suara Pak Imam. Dia sangat rindukan suara itu.
Buka saja mata, Imam lihat Pak Imam dan Mak Cik Salmah sedang berbual
membelakangkannya.
“Pak Cik…”. Adam meghulurkan tangannya untuk memegang Pak Imam.
Pak Imam yang sedang berbual terkejut apabila mendengar suara Adam. Dia terus
menyambar tangan Adam yang tergapai-gapai.
“ya allah Adam dah sedar. Syukur Alhamdulillah. Pak Cik
risau sangat. Nasib baik luka Adam ni tak teruk sangat’”. Adam tersenyum
mendengar kata-kata Pak Imam. Sedang
mereka berbual, pintu bilik Adam dibuka. Pak Mud Dan Mak Kiah masuk ditemani
oleh anak mereka Anis. Adam tersenyum ke
arah Pak Mud dan Mak Kiah. Apabila matanya tertacap pada mata wajah Anis dia
terus tergamam. Dia tahu wajah ini lah yang telah membantunya semalam. Anis
yang terasa dirinya menjadi tumpuan Adam terus menundukkan kepala. Dia tidak
berani bertentangan mata dengan Adam.
“dah sedar pun Adam. Macam nama keadaan Adam, okey ke?”. Pak
Mud bertanya kepada Adam. Adam Cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
“Adam apa yang berlaku sebenarnya ni… Siapa yang pukul Adam
ni?”. Pak Imam bertanya. Adam Nampak serba salah untuk memberitahu perkara
sebenar.
“Adam cerita kat kami. Jangan berahsia”. Pak Mud mendesak
Adam.
“sebenarnya orang yang pukul Adam ni Khalid dengan kawan
dia. Dia marah sebab Adam masuk masjid masa Adam datang cari Pak Cik semalam”.
“ya allah…apa kena dengan Khalid tu. Tak habis-habis nak
jadi samseng. Apa salahnya budak Adam ni masuk masjid”. Pak Mud tidak berpuas
hati dengan Khalid. Adam hanya terdiam dan dia sempat mendengar Pak Imam
mengeluh.
“Adam tak boleh berdiam diri. Adam kena buat report. Kalau Adam berdiam diri, makin
melampau jadinya si Khalid tu. Nanti dia fikir Adam takut degan dia sebab Adam
senyap dan tak ambil tindakan”. Pak Imam
memberi cadangan.
“betul tu Adam. Mak Cik yang tengok keadaan Adam semalam pun
rasa sedih sangat. Tak sangka Khalid tu sanggup buat sampai macam ni sekali”.
Mak Cik Salmah turut bersetuju dengan cadangan Pak Imam. Adam terdiam mendengar
kata-kata Mak Cik Salmah. Dia sebenarnya terasa terharu dengan Pak Imam dan Pak
Mud sekeluarga yang sangat mengambil berat pasal dia.
“sebenarnya pasal masuk ke masjid tu Khalid tak marah
sangat. Yang dia marah sangat sebab saya bercakap dan bermesra dengan Pak Mud.
Dia kata dia tak suka saya rapat dengan Pak Mud. Saya pun tak tahu kenapa dia
marah sangat”. Adam memberitahu perkara sebenar. Pak Imam dan Pak Mud yang
mendengar tergamam. Mesti mereka pelik kenapa Khalid marah jika Adam bercakap
dengan Pak Mud.
“ni mesti dia cemburu sebab Adam rapat dengan Pak Mud ni.
Dia tu kan sukakan Anis ni. Dia risau la tu takut Pak Mud terkenan kat Adam
lepas tu buat menantu. Melepas la dia”. Mak cik Salmah mencelah. Adam yang
mendengarnya terus berpaling ke arah Anis. Anis pula tertunduk malu. Mukanya
jelas merah. Dia sangat tidak berpuas hati dengan Khalid. Sudah berapa kali dia
beritahu bahawa dia tidak suka akan Khalid. Tapi Khalid tetap terus
mengganggunya.
“hmmm…apa-apa sajalah si khalid tu yang pasti lepas ni Adam
kena buat report. Pak cik tak nak dengar apa-apa alasan. Biar Khalid tu tahu
langit ni tinggi ke rendah. Suka hati dia jer nak pukul-pukul orang”. Pak Imam
memberikan arahan kepada Adam. Adam tahu dia tidak boleh kata tidak jika Pak
Imam sudah besuara keras seperti itu. Mereka senyap seketika sebelum Adam
bersuara.
“Pak cik saya ada hajat sebenarnya semalam. Sebab tu saya
cari pak cik kat surau”. Adam senyap seketika. Dia mencari kekautan untuk
memberitahu keputusan penting yang telah dia buat. Keputusan yang akan mengubah
kehidupannya selepas ini. Semua mata tertacap kepadanya menunggu dia habis
berkata-kata. “saya dah buat keputusan untuk memeluk islam. Saya nak Pak cik
dan Pak Mud tolong saya. Ajar saya apa yang patut”. Kata-kata Adam membuatkan
semua yang berada di dalam bilik tersebut tergamam. Mereka memang sudah
mengagak akan keputusan Adam melihatkan
Adam nampak berminat untuk tahu tentang islam tapi mereka tidak sangka Adam
akan bertindak secepat ini. Pak Imam terus memeluk Adam yang masih lagi
berbaring di atas katilnya. Dia benar-benar gembira apabila mendengar keputusan
Adam. Dia sudah mengganggap Adam seperti anaknya sendiri. Walaupun Adam sudah
sebulan tidak berjumpa dengannya, namun Adam tidak pernah lupa untuk
menelefonnya untuk bertanya khabar setiap hari. Dan melalui telefon juga Adam
sering meminta nasihat dan pendapatnya. Adam membalas pelukan Pak Imam dengan
perasaan sebak. Dia tahu dia tidak membuat keputusan yang salah. Air mata yang
keluar ni adalah air mata gembira. Pak Mud yang melihat turut merasa sebak.
“saya harap Pak cik sudi membantu saya. Saya juga harap Pak
Cik sudi menjadi ayah angkat saya. Saya dah anggap Pak cik dan Pak Mud macam ayah
saya. Mak Cik dan Mak Kiah sekali pun dah macam Mak saya. Saya nak berubah ke
arah yang lebih baik. Mungkin ini yang saya nantikan selama ini. 27 tahun saya
hidup tanpa pengangan hidup. Saya tak percaya pada agama termasuklah agama saya
sendiri. Dunia saya hanya memikirkan
pasal kerja. Lepas saya jumpa Pak Imam dan Pak Mud sekeluarga, saya rasa hidup
saya lebih terisi. Tiap-tipa malam saya dengar Pak Cik baca al-quran. Walaupun
hanya melalui telefon tapi ia tetap menyentuh hati saya. Dengar saja ayat-ayat
al-quran, hati saya yang sentiasa beku jadi cair. Saya rasa tenang”. Kata-kata
Adam sangat menyentuh hati. Semua yang berada disitu menitiskan air mata
kegembiraan.
“Alhamdulillah”. Pak Imam dan Pak Mud bersyukur. Ini yang
mereka harapkan daripada Adam. Bukan paksaan atau pun ugutan, tapi ia datang
daripada hati yang ikhlas. Apa yang mereka nampak dalam diri Adam dari dulu
lagi sememangnya sesuatu yang amat baik.
Berita gembira ini tersebar ke seluruh kampung.
Pekerja-pekerja Adam di tapak pembinaan pun turut gembira dengan perubahan Adam.
Terutama sekali Kamal. Mengenai Khalid pula, Adam tidak mengambil tidakan yang
selanjutnya apabila ibu Khalid sendiri yang datang merayu sepaya tidak
mengambil apa-apa tindakan ke atas Khalid. Khalid pula terus berhijrah ke luar
negeri untuk menutup malu. Pak Imam dan Pak Mud menjadi guru kepada Adam.
Segala perihal tentang Islam diajari kepada Adam.
Lamunan Adam terhenti apabila bahunya ditepuk. Dia menoleh
ke arah belakang dan terus tersenyum apabila terlihat ayahnya.
“apa yang Adam menungkan tu.
Dari tadi ayah tengok asyik sangat tengok bintang. Ke rindukan buah hati
kat Kolumpur tu?”. Adam tersenyum mendengar kata-kata ayahnya.
“tak ada lah Ayah…Adam ni manalah ada buah hati”.
“kamu ni dah 29 tahun Adam. Tak kan tak terfikir nak berumah
tangga. Tengok adik kamu tu, baru jer habis belajar dah tak sabar nak kawin.
Tak menyempat-nyempat. Ayah bukan apa, ayah nak juga merasa ada cucu mata sepet”.
Pak Imam mengeluh. Adam terus ketawa apabila mendengar angan-angan ayahnya itu.
“kalau kamu nak ayah boleh pinangkan. Kalau tak nak jauh
dekat-dekat sebelah rumah ni pun ada”. Pak Imam tersenyum ke arah Adam. Adam
yang mendengarnya terus gelabah. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh ayahnya
itu. Sebelum ayahnya pergi lebih jauh Adam terus bangun.
“ayah mak dah panggil makan tu. Kan bising pulak mak kat
dalam tu”. Adam cuba mengelak. Pak Imam terus ketawa melihat telatah anaknya
itu. Adam terus bangun masuk meninggalkan ayahnya yang masih lagi ketawa. Dia
harap apa yang ayahnya kata tadi menjadi kenyataan. Bukan dia tidak suka tapi
malu untuk meluahkan. Takut hajat hati ditolak. Apa yang penting sekarang dia
hanya ingin terus menahbahkan ilmu yang baru dia belajar sekarang. Ilmu dunia
dan ilmu akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan