Selasa, 5 Mei 2015

CERPEN : Maya


Maya merupakan anak yatim piatu yang tinggal di Rumah Bahgia bersama-sama dengan kawan-kawan yang senasib dengannya. Kini dia sudah tinggal sendirian di rumah sewanya. Semenjak dia habis belajar dan mula kerja, dia meminta kebenaran dengan Bondanya untuk tinggal berasingan dengan alasan tempat tinggal dia itu dekat dengan tempat  kerjanya. Pada mulanya Bonda agak keberatan untuk melepaskan dia tinggal berasingan namun setelah dipujuk akhirnya dia dibenarkan untuk tinggal berasingan dengan syarat setiap minggu dia mesti pulang ke Rumah Bonda. Dia dan Bonda sangat rapat dan sebab itulah bonda risau jika dia tinggal berasingan. Kini dia tinggal bersama dengan Ain di rumah sewa tersebut. Ain merupakan kawan satu universitinya. Walaupun tinggal bersama namun masa mereka untuk berborak sanghat terhad. Hanya hari minggu mereka dapat berbual panjang. Itu pun sebelum Maya pulang ke Rumah Bonda. Ain yang bertugas sebagai Doktor, sangat sibuk dan kadang-kadang tidak ada masa untuk pulang berehat di rumah kerana On call. Malah hari minggu juga sering dipanggil untuk bertugas.

Minggu ni Maya tidak pulang ke Rumah Bonda. Bonda ke luar negeri kerana ada kerja yang perlu diuruskan. Jadi Maya telah membuat keputusan untuk tidak pulang ke Rumah Bonda. Hari ni dia dan Ain telah berjanji untuk keluar membeli belah. Mereka sudah lama tidak keluar bersama jadi pada minggu ini mereka berjanji untuk keluar bersama-sama. Kebetulan pula Ain tidak perlu bertugas pada minggu ini.
“Ain aku rasa macam ada orang ikut kita lah”. Maya menoleh ke belakang. Ain yang mendengar kata-kata Maya juga turut menoleh ke belakang. Namun tidak ada seorang pun yang mencurigakan.
“tak ada siapa pun. Perasaan kau jer kut. Kita kan kat Mall ni. Ramai yang lalu lalang kat sini. Sebab tu kau rasa macam ada orang ikut kita”. Ain menyedapkan hati Maya. Maya masih lagi berasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan bahawa ada seseorang yang telah mengekori dan memerhatikan mereka. Namun bila dia menoleh-noleh ke belakang tidak ada pun orang yang mencurigakan. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Ain. Perasaan dia jer kut.
“wei cepat la sikit. Lambat la ko ni. Aku dah lapar sangat ni”. Ain memberhentikan langkahnya. Berpaling ke arah Maya yang masih lagi di belakangnya. Maya yang melihat muka cemberut Ain terus ketawa. Hati yang rasa tidak sedap dari tadi lagi terus hilang. Dia berlari ke arah Ain dan terus menarik tangan Ain.
“hahaha..jangan la marah. Dah jom kita makan. Lepas ni kau teman aku pergi beli buku ya. Aku nak beli novel baru lah. Stok lama tu aku dah baca habis. Lepas tu kita pergi bank ya. Aku nak ambil duit sikit. Jom.”
“amboi bukan main banyak lagi permintaan kau kan. Apa yang penting sekarang kita makan dulu. Baru ada tenaga nak temankan kau. Aku nak makan KFC dan kau kena belanja aku”. Maya tidak sempat untuk membalas kata-kata Ain apabila Ain menarik tangannya dan mereka terus menuju ke arah KFC.
Selepas Maya selesai memilih beberapa buah  novel mereka terus ke bank untuk mengeluarkan duit. Maya malas untuk mengeluarkan duit di ATM dekat Mall tadi jadi mereka membuat keputusan untuk singgah di bank yang berdekatan rumah mereka. Maya masuk keseorangan dan Ain hanya menunggu Maya di dalam kereta. Maya terus keluar daripada bank selepas selesai mengeluarkan duit. Maya berjalan ke arah Ain yang menunggu di dalam kereta. Ain parking agak jauh dari bangunan bank tadi kerena kawasan berdekatan bank tidak ada parking yang kosong. Tiba-tiba, Maya terasa beg dia ditarik daripada belakang dan dia terus menarik begnya daripada dirampas oleh peragut. Ain yang berada di dalam kereta terkejut apabila melihat adegan tersebut terus keluar daripada dan berlari ke arah Maya. Tiba-tiba peragut tersebut mengeluarka pisau dan menghalakan pisau tersebut ke arah tangan Maya. Sebelum pisau tersebut samapi ke arah Maya, tiba-tiba ada seseorang telah menepis pisau tersebut. Seorang lelaki yang memakai topi dan berjaket menendang ke arah perut peragut dan terus jatuh tidak sedarkan diri. Ain yang baru saja sampai terus memeluk  Maya yang kelihatan pucat. Beberapa orang yang lalu lalang disitu menghubungi polis. Maya menoleh ke arah lelaki yang menyelamatkannya tadi namun lelaki tersebut telah menghilangkan diri. Dia tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih. Wajah lelaki tersebut juga Maya tidak sempat untuk melihatnya kerena tertutup oleh topi yang dipakainya.
Malamnya Maya tidak dapat melelapkan mata. Dia masih lagi terbayang-bayang akan peristiwa petang tadi. Dia juga memikirkan tentang lelaki yang tiba-tiba muncul menyelamatkannya. Dan yang paling menghairankannya, kenapa lelaki tersebut menghilangkan diri sebelum dia sempat mengucapkan teriam kasih. Awal malam tadi Bonda memelefonnya dan bertanyakan keadaan dirinya. Maya berasa pelik kerena cara Bonda bertanya seakan-akan Bonda tahu apa yang berlaku petang tadi sedangkan dia tidak memberitahu Bonda apa-apa. Malam itu Maya terlelap dalam dilema dan segala persoalannya tadi masih lagi belum terjawab.

Hari ni di pejabat riuh tentang pekerja baru yang akan bertugas di jabatan Maya sebagai ketua jabatan. Ramai yang mengatakan bahawa bos mereka itu masih lagi muda dan kacak. Maya tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut. Sedang mereka sibuk bercerita tentang bos baru, tiba-tiba Datuk Kamal masuk ke jabatan mereka bersama dengan seorang lelaki muda.
“assalamualaikum semua. Mari saya kenalkan dengan bos baru kat jabatan ni. Ahmad Ziyad. Mulai hari dia akan ganti En Amin. Jadi saya harap kamu boleh beri kerjasaam dengan Ziyad sebab ni kali pertama dia berkerja dalam jabatan ini. Masih banyak yang Ziyad perlu belajar dengan kamu semua”. Datuk Kamal memperkenalkan Ziyad kepada pekerja bawahannya. Datuk kamal merupakan CEO syarikat ini. Ziyad yang berada disebelah Datuk Kamal tunduk dan tersenyum kepada orang-orang bawahannya.
“mari saya kenalkan. Ini Radiah. Panggil jer Kak diah. Ini pula Zakri. Yang ni Syikin dan sebelah dia pula Shela. Dan yang cantik manis ni Maya”. Datuk memperkenalkan diri masing-masing. Zakri, Kak diah, Syikin dan Shela berjabat tangan dengan Ziyad. Manakala Maya hanya menundukkan kepala. Syikin dan Shela kelihatan tergedik-gedik memandang ke arah Ziyad. Zakri yang melihat kerah mereka berasa meluat. Tahu sangat sangat dengan perangai mereka berdua yang tidak boleh tengok lelaki hensem sikit mulalah nak tergedik. Lain pula bagi Maya. Dia seperti pernah melihat susuk badan Bosnya ini. Tubuh yang tinggi dan sasa. Dia tahu dia tidak silap sebab dia pasti dia pernah lihat tapi dia tidak ingat kat mana. Ziyap curi-curi melihat kearah Maya. Pada mula-mula dia menerima arahan daripada ketuanya, dia berasa bimbang Maya akan mengenalinya kerena dia pernah muncul di depan Maya semasa hendak menyelamatkan Maya daripada peragut tempoh hari. Dia bimbang jika Maya cam dan ingat yang dia pernah menyelamaykannya, walaupun pasa masa itu dia memakai topi untuk menutup mukanya. Dari pandangan Maya ke arahnya tadi dia tahu yang Maya pandang pelik kearahnya. Dia perlu tunjukkan riak biasa bila dia berdepan dengan Maya. Ahmad Ziyad sebenarnya seorang peguam yang mempunyai syarikat guaman sendiri yang diusahakan bersama dengan dengan kawan baiknya iaitu Amar Taqif. Dia merupakan peguam peribadi kepada Datuk Ahmad  yang merupakan salah seorang  daripada sepuluh orang yang terkaya di Malaysia. Kisah ini bermula apabila dia diarahkan untuk mengubah semula wasiat Datuk Ahmad. Daripada itu dia mengetahui bahawa Datuk Ahmad telah menemukan semula anak perempuannya yang hilang 25 tahun lepas. Namun hal ini terpaksa dirahsiakan kerana keselamatan anak Datuk Ahmad terpaksa dijaga. Namun sebulan yang lepas Datuk Ahmad datang berjumpa dengannya dan memberitahu bahawa ada orang yang telah tahu bahawa anaknya telah ditemui. Kemungkinan anaknya dalam keadaan bahaya. Datuk Ahmad meminta bantuan Ziyad untuk melindungi anaknya. Menurut Datuk Ahmad ada orang dalam yang ingin menghapuskan anaknya kerana bimbang harta tersebut jatuh ke tannya anaknya. Menurutnya lagi semasa anaknya iaitu Maya berumur tiga tahun, dia telah diculik dan sampai ke hari ni sebulan yang lepas setelah penyiasat peribadi Datuk Ahmad berjaya menemukan semula Maya yang selama ini dibesarkan di Rumah Bonda. Penemuan itu dirahsiakan termasuklah kepada isteri dan anak tiri Datuk Ahmad sendiri. Isteri Datuk Ahmad kini merupakan isteri kedua yang dikahwininya selepas kematian isteri pertama Datuk Ahmad yang meninggal semasa melahirkan Maya. Sejak dari itu Ziyad telah mengupah orang untuk mengawasi Maya dan pada hari minggu pula, dia sendiri yang akan mengawasi Maya. Kejadian minggu lepas menyebabkan Datuk Ahmad berasa risau jadi Ziyad mengambil keptusan untuk mengawasi Maya dengan lebih ketat. Di sebabkan itulah dia telah meminta bantuan Datuk Kamal untuk bekerja di jabatan yang sama dengan Maya. Jika bukan disebabkan Datuk Ahmad itu merupakan kawan baik Daddynya, dia tidak akan bertidak seberani ini. Datuk Kamal juga merupakan kawan baik Daddynya dan sebab itulah senang untuk dia meminta bantuan. Maya mengangkat kepalanya selepas lama dia mendiamkan diri. Dia ingin kembali ke meja kerjanya dan menyambung kerja yang tertangguh tadi. Pada ketika itulah dia dan Ziyad saling berbalas pandang. Lama mereka saling berpandangan. Datuk Kamal yang perasan terus berdehem dan terus menghentikan pandangan mereka. Maya yang terasa malu terus berlalu ke arah mejanya. Manakala Ziyad pula dibawa oleh Datuk Kamal ke biliknya yang berada di hujung ruang.
Tengah hari tu semua rakan-rakan kerja satu jabatan dengan Maya keluar makan bersama termasuklah Ziyad. Mereka makan di kedai makan yang berhadapan dengan Syarikat mereka. Yang paling gembira mestilah Syikin dan Shela kerana mereka dapat makam bersama dengan jejaka idaman mereka. Mereka memilih untuk makan nasi campur kerana itu lebih senang dan cepat. Selesai Makan Maya meminta diri untuk ke tandas. Semasa Maya menuju ke tandas, ada seseorang yang sedang memerhatikan dia. Selepas maya melintas di depan meja yang diduduki oleh dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam, mereka terus bangun dan mengekori Maya. Ziyad yang sedari tadi sedang memerhatikan Maya terkejut apabila melihat dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam bangun dan mengekori Maya. Ziyad terus berdiri dan meminta diri untuk ke tandas. Dia berjalan degan tergesa-gesa. Apabila dia terpandangkan Maya yang sedang berjalan di hadapan dua orang serba hitam dia terus memanggil nama Maya. Maya terus menoleh. Dua orang lelaki tersebut terkejut dan terus melencong masuk ke arah tandas lelaki agar mereka tidak disyaki.
“ya Bos. Ada apa”. Maya yang terkejut mananya dipanggil oleh Ziyad terus bertanya. Ziyad yang melihat dua orang lelaki tersebut berlalu terus menghembuskan nafas lega. Dia tahu yang lelaki-lelaki tersebut ada niat yang tidak baik kepada Maya.
“Tak Ada apa. Maya masuk dulu, saya tunggu kat sini. Awak balik dengan saya. Mereka semua dah masuk pejabat”. Maya yang tidak tahu apa-apa hanya menganggukkan kepalanya. Selepas Maya masuk ke dalam tandas, Ziyad terus menelefon Zakri supaya mereka balik terlebih dahulu. Dia beralasan bahawa dia ada hal yang perlu dibincangkan dengan Maya berkaitan dengan kerja. Selepas itu mereka terus balik ke pejabat waalupun Syikin dan Shela memuncung mungkin kerana cemburu pada Maya yang ditinggalkan berdua dengan Bos mereka. Ziyad mendengus marah. Dia tahu pihak musuh semakin berani bertindak sekarang. Selepas Maya keluar daripada tandas, Ziyad terus menarik tangan Maya dan membuatkan Maya tergamam. Maya mengikuti langkah Ziyad sehinggalah Ziyad memberhentikan langkahnya dan masuk ke dalam salah satu kedai makan yang berada di deretan bangunan tersebut. Maya berasa pelik dengan tingkah laku Ziyad.
“awak pernah lihat ke dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam tu?”. Ziyad menunjukkan ke arah dua orang lelaki yang sedang berjalan keluar dari kedai makan yang mereka makan tadi.
“tak pernah pulak saya tengok mereka. Kenapa Bos”. Maya berasa pelik dengan pertanyaan Bosnya.
“masa awak berjalan ke tandas tadi saya tengok mereka ikut awak dari belakang. Saya rasa mereka bukan orang baik”. Maya terkejut apabila mendengar kata-kata Ziyad. Patutlah, sejak-sejak akhir ni dia dapat rasa yang dia sedang diperhatikan.
“tapi kenapa mereka nak ikut saya pulak Bos?. Saya ni bukannya ada musuh. Nak kata orang kaya pun tak”.
“itu saya tak tahu. Lepas ni saya nak awak hati-hati dan jangan ke mana-mana seorang diri. Mana tahu dia orang ada niat yang jahat”. Maya hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar Ziyad memberi cadangan. Dia setuju degan cadangan Ziyad kerena sejak dua menjak ini selepas kejadian ragut di bank tempoh hari dia berasa seperti  sering diperhatikan. Mungkin dia patut mempertimbangkan cadangan Bosnya itu. Bagi Ziyad pula, dia terpaksa menggunakan cara itu untuk memastikan Maya selamat. Dia sengaja menunjukkan kepada Maya lelaki-lelaki tersebut supaya selepas ini Maya akan lebih berhati-hati dan sentiasa membawa teman jika dia ingin keluar kemana sahaja. Dia tahu bukan hanya dua orang yang sentiasa memerhatikan Maya,namun lebih daripada itu.  
Setelah memastikan dua orang lelaki yang mencurigakan tadi menghilangkan, mereka terus berjalan menuju ke arah pejabat mereka. Maya dan Ziyad hanya mendiamkan diri sepanjang mereka berjalan. Maya ada terfikir kenapa Ziyad sangat mengambil berat tentang dirinya. Dia perasan sejak dari Ziyad mula masuk kerja di jabatannya itu. Sejak dari itu, setiap kali makan tengah hari, Ziyad akan ikut mereka makan di tempat yang sama. Rakan-rakan pejabat juga ada mengatakan yang Ziyad lebih mengambil berat tentang  dirinya berbanding dengan rakan pejabat yang lain.

Maya keluar daripada kereta Ain. Hari ini dia meminta Ain untuk menghantarnya di pejabat. Hari ini dan rakan pejabat yang lain akan ke Cameron Highland selama tiga hari sempena menyambut hari ulang tahun syarikat mereka. Semua jabatan di syarikat tersebut akan turut serta. Selepas kereta Ain berlalu, Maya terus ke arah bas yang akan membawa mereka ke Cameron Highland nanti. Setiap jabatan akan disediakan dengan sebiji bas. Semua rakan sekerja Maya talah berkumpul di dalam bas. Maya memilih kerusi yang beraada di bahagian belakang memandangkan hanya kerusi itu saja yang kosong. Maya memilih kerusi di tepi tingkap manakala kerusi di sebelahnya dibiarkan kosong. Baru saja bas mereka nak bertolak, Bos mereka datang dengan tergesa-gesa dan naik bas tersebut. Ziyad naik dan terus ke arah kerusi di sebelah Maya. Syikin dan Shela yang melihatnya hanya menarik muncung. Mereka tidak berpuas hati bila Bos mereka mengambil tempat di sebelah Maya.
“eh, Bos ingatkan Bos pergi dengan kenderaan sendiri. Tak sangka pulak Bos naik bas”. Zakri menegur Ziyad yang sedang mengemaskan duduknya di sebelah Maya. Ziyad tersenyum mendegar teguran Zakri. Dia bukan apa, saja jer nak naik bas supaya dia dapat mengawasi Maya dan dia dapat mengelakkan  segala kemungkinan yang akan berlaku.
“apa salahnya saya naik bas. Saya pun nak merasa jugak naik beramai-ramai macam ni. Tambah-tambah dapat duduk kat sebelah awek cantik”. Ziyad menoleh ke arah Maya. Maya yang mendengar kata-kata Ziyad tersipu malu. Tambah-tambah lagi apabila mendengar kawan-kawannya ketawa. Dia menghalakan pandangan ke arah tingkap untuk menyembunyikan wajahnya yang merah daripada Ziyad.
“hmmm…senyap jer Maya. Maya tak ada apa-apa yang nak dicakapkan dengan saya ker..? Ziyad menegur Maya yang sedari tadi senyap.
Maya menoleh kearah Ziyad dan tersenyum. “saya tak tahu nak cakap apa Bos. Lagi pun saya mengantuk,tapi malu pulak nak tidur depan Bos. Buat saya berdengkur ker, keluar air liur basi ke, buat malu jer”. Ziyad terus ketawa apabila mendengar kata-kata Maya. Mereka yang ada di depan terus menoleh ke belakang apabila mendengar suara ketawa Bos mereka. Maya terus mencubit paha Ziyad apabila kawan-kawannya tersenyum ke arah mereka. Ziyad berkerut dahi menahan sakit.
“Bos ni. Ketawa la slow sikit. Buat malu jer. Masti dia orang fikir yang bukan-bukan’. Maya tidak berpuas hati dengan perlakuan Zoyad.
“biar lah dia orang nak fikir apu pun. Yang penting saya happy. Lagi pun awak tak payah nak risau. Kalau betul pun awak tidur berdengkur, keluar air luar basi sekalipun, hantaran saya kat awak tak kan kurang punya la”. Ziyad mengenyitkan matanya kepada Maya. Maya terus memuncung apabila Ziyad membalas kata-katanya.
“dah la saya nak tidur. Tapi kalau apa yang saya cakap tadi berlaku, pastikan hantaran tak kurang tau”. Maya berpaling ke arah tingkkap dan terus menutup matanya. Dia tak tahu bagaimanan diaboleh berkata begitu. Malunya. Ziyad pula terus tersenyum mendengar kata-kata Maya. Dia tahu Maya hanya bergurau tapi dia suka dengan gurauan tersebut. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba bahu dia terasa berat. Dia tersenyum apabila dia lihat yang Maya sudah terlentok di atas bahunya. Zakri yang kebetulan menoleh ke belakang mengangkat ibu Jarinya kepada Ziyad sambil tersenyum. Ziyad hanya membiarkan Maya tidur berbantalkan bahunya. Dia berasa senang dengan perkara tersebut. Tanpa berfikir panjang dia menjatuhkan kepalanya di atas kepala Maya yang terlentok di atas bahunya. Dia tertidur dalam keadaan yang sangat gembira.
Bas yang tiba-tiba berhenti mengejutkan Ziyad yang tertidur. Dia melihat ke luar tingkap. Rupa-rupaya mereka sudah sampai di hadapan resort yang aka menjadi tempat tinggal mereka sepanjang empat hari mereka di Cameron Highland. Mereka yang lain sudah berpusu-pusu keluar daripada bas.
“Maya….Maya…bangun, kita dah sampai”. Ziyad mengejutkan Maya. Maya terpisat-pisat bangun. Maya terus menegakkan badannya apabila dia sedar yang dia tertidur di atas bahu Bosnya. Dia berdehem berkali-kali untuk menghilangkan perasaan malunya.
best tidur berbantalkan bahu saya. Lena sangat saya tengok Maya tadi”. Ziyad bangun dan dia sempat mengenyitkan matanya kepada Maya sebelum dia turun daripada bas. Maya yang turut bangun menjeling ke arah Ziyad. Suka sangat buat dia malu.

Semua pekerja-pekerja Datuk Kamal masuk ke dalam bilik masing-masing setelah mereka dibahagikan bilik. Satu bilik akan diberikan kepada empat orang. Maya sebilik dengan Kak Diah dan dua orang lagi daripada jabatan yang lain.
Hari ini mereka hanya perlu berehat di bilik masing-masing. Segala aktiviti akan dijalankan esok. Melalui jadual yang telah dibuat, banyak aktiviti yang telah dirancangkan oleh mereka. Semua aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Selama dua hari mereka melakukan aktiviti luar seperti aktiviti pantai. Pelbagai permaianan yang telah mereka semua bermain termasuklah Maya.
Malam terakhir pula majlis besar-besaran akan diadakan di dewan besar resort. Majlis tersebut merupakan majlis penutup bagi sambutan ulang tahun syarikat. Malah ramai teman-teman Datuk Kamal yang dijemput bagi meraikan majlis tersebut. Staf-staf semua perlu memakai pakaian mengikut tema iaitu pakaian kebangsaan.
Maya kelihatan sangat ayu dengan baju kebaya labuh bewarna hitam dan berbunga hijau tua. Kainnya pula sedondong dengan warna yang berada di bajunya. Manakala selendang yang terlilit kemas di kepalanya pula bewarna hitam sama seperti bajunya. Ramai yang memandang ke arahnya dengan pandangan yang berbeza. Maya hanya buat tidak tahu. Bukan dia tidak biasa dengan pandangan tersebut terutamanya daripada lelaki. Mereka disediakan tempat duduk mengikut jabatan masing-masing. Ziyad yang baru sampai terus duduk di sebelah Maya. Maya memerhatikan pakaian yang melekat dibadan Bosnya. Samping yang hanya disangkut di bahu dan songkok pula dipakai secara senget. Bosnya Langsung tidak menunjukkan perasaan malu kerana berpakaian seperti itu malah dengan selamba berjalan sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
“Hai Bos…apa apasal pakai macam nak pergi surau jer nih Bos. Tak macho la Bos”. Kak Diah terus menegur Ziyad setelah Ziyad duduk di atas kerusinya.
“eh…Kak Diah nih, hensem apa Bos pakai macam ni. Cuba Kak Diah tengok sekeliling, semua perempuan tengok Bos dengan pandangan mengoda tau. Bos ni pakai apa pun tetap dapat tarik perhatian bunga-bunga yang mekar kat dalam dewan ni”. Ziyad terus ketawa besar bila mendengar kata-kata Zakri. Dia bukan apa, dia saja jer pakai macam ni sebab dia memang tidak suka  bila kena pakai samping bagai. Selama ini dia hanya pakai baju melayu tanpa samping.
“saya tak kisah la dengan bunya-bunya lain tu Zakri. Yang penting bunga kat sebelah saya ni tak ada yang sangkut malam ni. Melaram bukan main. Kalau tak melepas lah saya”. Zakri menoleh ke arah Maya yang ada di sebelahnya.
“tak suka la. Bos ni tak ada kerja ker asyik nak kenakan saya jer”. Maya menoleh ke arah lain bila Ziyad dan semua yang berada di situ memandang ke arah dia. Dia bimbang jika wajahnya yang merah itu diketahui oleh mereka. Dia lebih rela melihat datuk-datuk dan datin-datin yang sedang berbual mesra sesama mereka daripada memandang ke arah teman-teman yang sedang ketawakan dia. Tanpa Maya sedari, perlakuannya sedang diperhatikan oleh dua pasang mata yang kelihatan seperti tidak berpuas hati. Pandangan itu dipenuhi dengan satu kebencianan yang sangat ketara.
Selepas semua ucapan selesai mereka bangun untuk mengambil makanan masing-masing. Maya perasan yang Ziyad mengekorinya daripada belakang. Dia malas untuk melarang kerana dia tahu kalau dia melarang pun bukannya Bos dia dengar. Paling tidak pun nanti dia sendiri jugak akan malu dengan kata-kata Bosnya itu.
“hai Ziyad dari tadi lagi Uncle tengok Ziyad ni asyik ikut jer adik manis berkebaya ni”. Ziyad dan Maya terus berpaling ke arah suara tersebut. Ziyad tersenyum apabila melihat geragan yang menegur mereka itu.
“hahaha…Uncle Mat. Bukan apa Uncle Mat, takut dia jatuh, dah sempit sangat saya tengok kain dia tu”. Ziyad mengenakan Maya. Maya mencubit tangan Ziyad apabila mendengar Ziyad berkata begitu. “Maya ni saya kenalkan Datuk Ahmad. Dia ni kawan rapat Papa saya dengan Datuk Kamal’. Ziyad memperkenalkan Datuk Ahmnad kepada Maya. Dia tahu perasaan Datuk Ahmad yang nak sangat berdepan dengan satu-satunya anak perempuannya ini. Sangat ketara di wajah Datuk Ahmad dan hanya dia yang tahu apa yang tersirat di hati Datuk Ahmad. Datuk Ahmad tersenyum ke arah Maya. Bila berhadapan begini barulah Datuk Ahmad perasan yang wajah Maya sangat iras dengan arwah isterinya.
“apa khabar Datuk”. Maya menundukkan kepalanya tanda hormat kepada Datuk Ahmad. Dari dulu lagi dia teringin sangat untuk kenal dengan Datuk Ahmad. Kawan-kawan sepejabat sering mengatakan bahawa Datuk Ahmad ini merupakan seorang yang ramah dan tidak sombong walaupun dia merupakan orang atasan.
“saya baik-baik saja. Tak sangka pulak Ziyad ni kan. Senyap-senyap jer dah ada mak we. Cantik pulak tu”. Datuk Ahmad sengaja berkata begitu untuk memanjangkan perbualan mereka.
“siapa yang cantik Mad?”. Tiba-tiba mereka ditegur dari arah belakang. Kelihatan dua orang wanita dan seorang lelaki yang sebaya dengan Datuk Ahmad menghampiri mereka. Salah seorang wanita tersebut menghampiri Datuk Ahamd dan memeluk tangan Datuk Ahmad. Walaupun dia menghampiri Datuk Ahmad namun matanya tetap tertacap pada Maya. Maya perasan yang pandangan tersebut sangat tajam dan menakutkan. Berlainan dengan seorang lagi yang tersenyum manis ke arah Maya.
“ni hah…bakal menantu kau ni. Cantik. Pandai betul Ziyad sorok. Tak lama lagi dapat menantu lah kau orang berdua Ki, Mas”.
“eh…Datuk ni dah salah faham ni. Saya bukan ada apa-apa pun dengan Encik Ziyad. Dia Bos saya jer”. Maya menafikannya. Ada ker patut kata dia ni mak we Bos. Ni kalau Syikin dengan Shela tahu ni comfirm aku kena serang. Maya mengomel dalam hati.
“la apa salahnya kalau betul pun. Kami ni dah lama nak merasa ada menantu. Tambah-tambah yang cantik manis macam ni. Kan Bang”. Datin Mastura menoleh ke arah Datuk Baihaki yang berdiri di sebelahnya. Datuk Baihaki hanya tersenyum sumbing. Dia tahu kisah disebalik hubungan Ziyad dan Maya. Baru hari ini dia berpeluang untuk berjumpa dengan Maya dan dia akui kata-kata Datuk Ahmad dulu yang mengatakan bahawa Maya seiras dengan arwah isterinya. Keadaan Maya yang berada dalam keadaan bahaya pun dia tahu. Sebab itu dia sering manasihatkan Ziyad supaya jangan sesekali terlepas pandang akan keadaan sekeliling mareka. Datin Salmah yang berada di sebelah Datuk Ahmad mencebikkan mukanya. Dia menyampah dengan kata-kata pujian daripada Datin Mastura.
“eh Mas..kau ni kalau nak cari menantu tu cari la yang elok sikit. Ni orang kerja bawahan macam ni pun nak buat menantu jugak. Taka da la cantik sangat”. Kata-kata daripada Datin Salmah membuatkan Maya  tertunduk. Ziyad yang melihat perubahan daripada wajah Maya berasa panas dengan kata-kata Datin Salmah.
“saya ni Datin, kalau nak cari isteri saya tak memilih. Asalkan dia pandai jaga hati saya dan hati saya sejuk bila tengok saya. Yang mekap tebal-tebal macam Nana tu pun saya tak nak Datik. Nanti berabuk mata saya ni tengok”. Kata-kata Ziyad jelas menyebelahi Maya. Batuk Ahmad, Datuk Baihaki dan Datin Mastura tersenyum mendengar kata-kata Ziyad. Mereka tahu sebagai seorang peguam yang berjaya, Ziyad tidak pernah kalah dalam bercakap dan tidak ada yang dapat mencabtas kata-katanya. Berlainan pula dengan Datin Salmah yang terus masam mukanya. Ziyad suka sanagt mengutuk anaknya Nana. Walaupun dia sering kenankan Ziyad dan Nana, tapi Ziyad selalu buat tidak tahu. Dia menoleh ke arah Datuk Ahmad yang tersenyum. Ni yang dia paling menyampah. Datuk Ahmad tidak pernah nak menyebelahi Nana bila Nana dikutuk oleh Ziyad. Mentang-mentang lah Nana tu anak tiri dia.
“saya pergi dulu ya Datuk, Datin”. Maya minta diri bila dia terasa yang keadaan semakin panas. Dia menoleh untuk melangkah pergi. Baru selangkah dia berlalu, Maya menoleh semula. “sebelum saya pergi, sekali lagi saya nak cakap yang Encik Ziyad ni Cuma Bos saya jer. Kami tak ada apa-apa. Lagi pun saya tak nak ada masalah kat pejabat. Encik Ziyad ni pujaan ramai kat pejabat, jadi saya tak nak nanti lembik saya kena kerja dengan peminat-peminat Encik Ziyad. Saya pergi dulu ya”. Maya sempat mengenyitkan matanya ke arah Ziyad sebelum dia menoleh berlalu pergi. Semua yang berada disitu ketawa dengan gelagat Maya kecuali Datin Salmah. Datin Salmah menyumpah dalam hati. Jaga kau budak, permainan baru jer bermula. Nanti kau tahu la nasib kau.
Maya berjalan seorang diri menuju ke biliknya. Semasa dalam perjalan balik dengan kawannya tadi Maya terpaksa menjawab panggilan telefon. Dia menyuruh kawan-kawannya balik ke bilik terlebih dahulu dan tidak perlu menunggunya. Maya berasa tidak sedap hati kerana dia dapat rasakan ada seseorang yang mengikutinya. Dia melajukan gerakan kakinya. Tiba-tiba dia di tarik daripada belakang dan mulutnya ditekup dengan tangan. Maya meronta untuk melepaskan diri namun dia tidak berjaya kerana kekuatan dia tidak setanding dengan kekuatan orang yang memegangnya itu. Tanpa berfikir panjang Maya mengigit tangan yang menutup mulutnya. Maya berjaya meloloskan diri namun baru beberapa langkah dia berlari, laluan dia di sekat oleh seseorang. Maya tahu yang dia sekarang bukan diserang oleh seorang tapi oleh dua orang lelaki. Maya sudah tidak tahu ingin berlari ke arah mana. Tiba-tiba lelaki yang menyekat laluannya tadi tertiarap jatuh. Jelas kedegaran suaranya yang kesakitan. Dia telah ditendang oleh seseorang yang berada di belakangnya.
“Maya awak taka apa-apa?”. Maya terus mengangkat mukanya apabila suara yang menegurnya itu sangat dikenalinya.
“Bos. Saya takut. Kenapa mereka nak pukul saya Bos”. Maya bercakap dalam keadaan yang ketakutan. Dia memeluk tubuh Bosnya yang berada di depannya untuk menghilangkan perasaan takut.
Ziyad menyorokkan tubuh Maya di belakangnya apabila dua orang lelaki tadi melangkah ke arah mereka. Ziyad berjaya menagkis semua serangan daripada mereka. Sebagai seorang peguam yang sering mengendalikan kes-kes jenayah, dia sememangnya tahu seni mempertahankan diri. Lelaki-lelaki tersebut melarikan diri dalam keadaan kesakitan apabila mereka tidak berdaya lagi untuk melawan. Maya perasan yang lelaki-lelaki inilah yang ditunjukkan oleh Ziyad semasa mereka makan tengah hari tempoh hari.
“Maya okey. Saya rasa Maya dah tak selamat sekarang. Mereka dah semakin berani bertindak. Maya kena sembunyikan diri. Maya berada dalam keadaan bahaya sekarang”. Ziyad menarik tangan Maya untuk berlalu daripada tempat tersebut.
“apa yang sebenarnya berlaku ni Bos. Siapa Bos ni sebenarnya. Bos macam kenal jer orang serang saya ni?”. Maya berasa sangsi dengan Ziyad. Ziyad senyap tanpa menjawab seoalan Maya. Maya tiba-tiba memberhentikan langkahnya dan membuatkan langkah Ziyad turut terhenti sekali.  Maya seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia merenung ke arah Ziyad.
“saya tengok cara Bos lawan tadi sama dengan seseorang. Bos yang tolong saya masa saya kena ragut kat bank hari tu kan. Saya cam cara Bos lawan”. Ziyad mengeluh dengar pertanyaan Maya.
“Maya kena ikut saya sekarang. Bila saya pastikan Maya selamat baru saya akan ceritakan segalanya. Tapi sekarang saya kena bawa Maya ke tempat selamat terlebih dahulu. Tolong la percayakan saya”. Maya memandang tepat ke dalam mata Ziyad dan dia lihat ada kesungguhan dalam mata Bosnya itu. Apabila melihat Maya senyap, Ziyad kembali menyambung langkah. Dia mengeluarkan telefon dalam poket seluarnya dan terus menelefon seseorang.
“assalamualaikum. Maya kena serang lagi Uncle. Mereka semakin bertindak kasar sekarang ni. Kita kena senbunyikan Maya, saya takut mereka akan bertindak lebih ganas lepas ni. Baik Uncle, kami kesana sekarang”.  Selepas bercakap di telefon, Ziyad terus menarik Maya ke arah kereta yang berada di tepi jalan. Masuk jer ke dalam kereta tersebut maya terkejut bila melihat pemandunya.
“Zakri. Kau…Bos…ya Allah. Apa semua ni”. Maya terkejut apabila melihat Zakri yang tersenyum ke arahnya.
“lepas ni kami akan ceritakann semuanya. Buat masa ni kau senyap dan tenangkan diri dulu. Kita nak ke mana ni Yad?”. Zakri bertanya kepada Ziyad.
“kita ke rumah purple. Uncle Mat tunggu kita kat sana”. Maya menoleh kearah Ziyad bila mendengar nama Datuk Ahmad. Dia tahu yang Uncle Mat itu adalah Datuk Ahmad. Apa kaitan pula dia dengan Datuk Ahmad. Ziyad tahu yang Maya terkejut bila dia sebut nama Uncle Mat tadi. Dia Cuma mendiamkan diri. Biarlah Maya tertanya-tanya dulu sekarang ni, lepas ni segala nya akan terbongkar.
Zakri memberhentikan kereta di depan sebuah rumah banglo besar yang berwarna purple. Mereka keluar dan masuk ke dalam rumah tersebut. Ziyat dan Zakri membawa Maya ke arah sofa di ruang tamu yang menempatkan Datuk Ahmad. Datuk Ahmad tidak keseorangan. Datuk Baihaki ada bersamanya di ruang tamu tersebut. Maya yang masih lagi dalam kebingungan hanya mengukut langkah Ziyad dan Zakri.
“Maya. Duduk dulu”. Datuk Ahmad berdiri dan mempersilakan Maya duduk. Lama mereka mendiamkan diri sehinggalah Datuk Ahmad menghulurkan sekeping gambar lama kepada maya. Maya terkejut melihat gambar tersebut. Perempuan dalam gambar tersebut sangat seiras dengannya.
“tu gambar arwah isteri Uncle. Dia meninggal semasa melahirkan anak Uncle. Selepas setahun Uncle  berkahwinan untuk kali yang kedua atas desakan ibu Uncle. Masa anak Uncle berusia tiga tahun  dia kena culik dan hilang tanpa jejak. Uncle tidak berputus asa dan tetap tidak berhenti mencari dia. Selepas dua puluh tahun akhirnya Uncle jumpa dia. Tapi Uncle tidak bersua muka muka dengan dia kerana menurut penyiasat yang Uncle upah jika identiti anak Uncle diketahui oleh orang lain dia mungkin berada dalam keadaan bahaya. Dulu semasa dia diculik memang penculik bertujuan untuk membunuh dia tapi disebabkan kecuaian salah seorang daripada mereka, anak Uncle hilang”.  Datuk Ahmad berhenti seketika. “sekarang mereka dah berjaya menjejaki anak saya tu. Maya, tengok gambar tu betul-betul. Tu gambar arwah ibu Maya. Maya anak Uncle yang hilang 25 tahun lepas”. Maya memandang tajam ke arah Datuk Ahmad. Dia kelihatan tergamam. Tiba-tiba seseorang keluar daripada dapur sambil membawa sedulang air. Maya terkejut dan terus berdiri apabila melihat gerangan orang tersebut.
“Bonda. Apa Bonda buat kat sini. Apa hubungan Bonda dengan mereka semua ni?. Apa yang berlaku sebenarnya ni Bonda. Betul ke apa yang Datuk Ahmad cakap ni Bonda?”. Maya tersesak-esak menangis. Dia berasa sebak kerana selama 25 tahun dia hidup sebagai anak yatim piatu, dan sekarang dia dikejutkan denagn kemunculan Datuk Ahmad yang mengaku sebagai ayahnya. Puan Ramlah memeluk Maya yang sedang menangis.
“Maya, betul sayang. Ni ayah Maya. Lima tahun lepas dia datang pada Bonda dan bertanyakan kepada Bonda tentang Maya. Bonda ingat Datuk nak ambik Maya tapi sebaliknya Datuk meminta Bonda terus menjaga Maya. Menurut Datuk juka Maya tinggal dengan dia, Maya mungin dalam Bahaya. Selagi dalang yang menculik Maya dulu belum tertangkap, selagi tu lah Maya dalam bahaya”. Puan Ramlah mengosok-gosok bahu Maya yang sedang menangis dalam pelukannya. Maya menoleh ke arah Ziyad. Ziyad faham akan pandangan Maya itu.
“Maya, lima bulan lepas Uncle ada datang pada saya dan meminta saya menukar wasiatnya. Saya sebenarnya peguam kepada Uncle. Uncle menceritakan semua kepada saya tentang awak. Selepas sebulan Uncle menghubungi saya dan mengatakan bahawa sudah ada orang yang tahu akan kemunculan awak. Sebab tu Uncle minta bantuan saya untuk mengawasi awak. Pada mulanya saya hanya mengawasi awak daripada jauh, tapi selepas kejadian di bank tempoh hari, saya tahu yang saya kena lebih kerap mengawasi awak. Sebab tu lah saya meminta bantuan Uncle Kamal untuk bekerja kat dalam jabatan yang sama dengan awak. Kebetulan Zakri pula kawan saya dan saya meminta dia mengajar saya serba sedikit tentang kerja di jabatan tu. Sebab tu la setiap kali keluar makan saya kana keluar makan tempat yang sama dengan awak ”. Selepas mendengar penerangan daripada Ziyad, barulah Maya tahu kenapa selama ini, Ziyad sering menjadi bayang-bayangnya. Maya memandang ke arah Datuk Ahmad. Mata Datuk Ahmad kelihatan merah dan sedikit berair. Datuk Ahmad bangun dan berjalan ke arah Maya yang duduk di berdepan dengannya. Dia duduk di sebelah Maya.
“dah lama Papa tunggu saat ni. Setiap kali Papa perhatikan Maya dari jauh, Papa nak sangat peluk Maya tapi Papa tahu masanya belum tiba”. Datuk Ahmad menyentuh kedua-dua belah pipi Maya dan mengangkat muka Maya supaya memandang ke arahnya. Maya tersesak-esak apabila matanya bertentangan dengan mata Datuk Ahmad. Datuk Ahmad terus menarik Maya ke dalam pelukannya. Maya membalas pelukan Papanya. Sudah lama dia tunggu saat ni. Pelukan daripada orang yang telah melahirkannya. Puan Ramlah, Ziyad, Datuk Baihaki serta Zakri tersenyum apabila melihat adegan tersebut. Akhirnya penantian Datuk Ahmad berakhir. Mereka tahu yang Datuk Ahmad sudah lama menantikan saat ini.
“Papa…Papa”. Maya mengusap-usap pipi Datuk Ahmad sambil teresak-esak.
“ya sayang. Maya anak Papa. Maya kena duduk sini beberapa hari. Mungkin mereka sedang mencari Maya sekarang ni. Papa tak tahu apa motif dia orang nak culik Maya. Mungkin sebab mereka nak duit tebusan tapi dulu sepanjang maya kena culik mereka tak ada pulak mintak duit tebusan. Sebab tu Papa agak dia orang nak bunuh Maya. Itu la yang Papa takutkan”.  Maya berasa takut pula bila mendengar kata-kata Papanya. Dia memandang ke arah Ziyad. Tiba-tiba Ziyad mengenyitkan matanya ke arah Maya. Maya mengambil bantal kecil yang berada di atas sofa dan terus melontarkan ke arah Ziyad. Ziyad terus ketawa kuat apabila bantal tersebut terkena tepat ke mukanya.
“Bos ni memang kan. Pandai betul berlakon”. Sekali lagi Maya melontarkan bantal kecil tersebut. Kali ni muka Zakri pula yang menjadi mangsa. “kau pun sama. Eeee…menyampahnya”. Zakri turut sama ketawa bersama Ziyad. Batuk Ahmad dan Datuk Baihaki tersenyum melihat gelagat mereka.
“best tak Uncle dapat peluk Maya, Saya nak rasa boleh?”. Datuk Ahmad ketawa kuat apabila mendengar soalan Ziyad.
“amboi Yad. Gatal Betul ya. Ni kalau Mama dengar ni kena ceramah seminggu tanpa henti ni”. Datuk Baihaki menjeling Ziyad. “kalau nak cakap, Papa boleh pinangkan”. Dia menambah.
“Eeee….tengok tu Bos ni Papa. Tak habis-habis bak kenakan Maya. Daripada dulu lagi. Meyampah betul”. Maya mengadu kepada Papanya. “Papa, Maya mengantuk. Nak tidur”. Maya merenget.
“Maya naik atas masuk bilik paling hujung. Maya kena ingat pesan kami ni, jangan sesekali keluar dari vila. Tempat ni jer yang selamat sekarang”. Datuk Ahmad kembali mengingatkan kepada Maya.
“Ya Pa. Tapi sampai bila Maya nak kena berkurung kat sini. Nanti kalau Ain cari Maya macam mana. Pastu kawan-kawan kat resort tu mesti tengah cari Maya sekarang”.
“yang tu Maya tak payah risau. Pasal Ain nanti Maya boleh telefon dia. Pasal kawan kat resort pula serahkan pada saya. Nanti pandai-pandai lah saya kelentong dia orang. Saya cakap jer yang awak sambung bukan madu dengan saya kat sini”. Ziyad sempat bergurau. Maya menghadiahkan jelingan kepada Ziyad. Ni yang dia menyampah ni, setipa kali bercakap mesti nak kenakan dia.
“bilik yang hujung ya Maya. Jangan masuk bilik yang depan, tu bilik Ziyad kan tak pasal-pasal korang betul-betul bulan madu kat sini pulak”. Datuk Ahmad menegur Maya yang sedang menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Maya menghentakkan kakinya sebagai tanda protes tidak suak akan gurauan Papanya itu. Semua yang berada disitu ketawa dengan tingkah Maya. Walaupun mereka sedang bergembira namun dalam hati masing-masing masih sedang berkecamuk dengan perasaan bimbang akan keselamatan Maya. Walaupun r\vila itu di sekeliling dengan sekurity namun peresaan bimbang itu tetap ada. Malah report polis juga sudah mereka buat. Datuk Ahmad bernasib baik kerana ketua polis merupaka kawannya jadi hal tersebut dapat dirahsiakan daripada orang luar. Kawalan ketat sekarang  sedang dilakukan.

Maya ditinggalkan keseorangan dirumah. Maya ditinggalkan dengan pesanan supaya jangan sesekali keluar daripada rumah. Sedang Maya berehat di dalam biliknya, satu panggilan telefon masuk dan panggilan tersebut daripada Ain. Tanpa teragak-teragak Maya menjawab panggilan tersebut.
“Maya aku ada kat luar vila ni. Kau keluar boleh tak. Aku ada benda nak bagi ni”. Tanpa memberi salam Ain meminta Maya keluar. Keluar ikut pintu belakang tau”. Maya yang tidak mengesyaki apa-apa terus keluar ikut pintu belakang. Maya berasa pelik kerana biasanya ada beberapa orang lelaki yang akan menjaga pintu belakang tatapi kali tidak ada seorang pun.
“eh mana pulak Ain ni. Tadi suruh aku keluar”. Maya mencari kelibat Ain tapi tidak ada. Tiba-tiba mulut maya ditekup dengan kain dari arah belakang. Selepas itu Maya tidak sedarkan diri.

Ziyad dan Zakri mengeladah ruang di vila mencri Maya namun Maya tetap juga tidak dijumpai. Ziyad sudah berasa tidak sedap hati. Dia ke arah dapur dan mendapati pintu dapur terbuka. Dia keluar daripada pinti dapur. Laman luar dapur di perhatikan oleh Ziyad. Mata dia terhenti pada pokok-pokok bunga yang berada disitu. Ziyad mendekati dan bukan main terkejut lagi dia apabila dia lihat beberapa pengawal yang di upah oleh mereka terbaring di sebalik pokok-pokok tersebut. Darah berlimpangan di badan mereka. Ziyad mengeluarkan telefon dan terus menelefon seseorang.
Maya membuka matanya. Ruang bilik yang dia lihat sekarang bukanlah bilik dia. Maya mula berasa takut. Tiba-tiba rambut dia ditarik dari belakang. Kepala dia terdongok ke atas dan objek pertama yang dia lihat adalah seorang lelaki yang sedang tersenyum sinis ke arah dia. Maya cuba mengingati lelaki tersebut kerana dia rasa dia pernah lihat lelaki tersebut.
“liat jugak nyawa kau ni ya, daripada kau kecik lagi Mama aku nak bunuh kau tapi tak dapat-dapat. Aku ingatkan kau dah tak muncul-muncul lagi. Tapi disebabkan kau muncul balik, kau aku hapuskan kalau tak kedudukan aku akan tergugat tau disebabkan kau sorang. Tapi dah alang-alang aku dah dapat ni aku nak seksa kau dulu. Kau ni cantik sanagt buat aku geram jer. Malam ni kau layan aku ya….hahahaha…”. Maya mengigil ketakutan. Ya dia ingat lelaki ni lah yang dia lihat masa majlis dua malam lepas. Dia perasan sebab lelaki ini kerap kali tenung dia dengan pandangan yang tajam. “kau rehah dulu ya…kau perlu simpan tenaga kau untuk malam ni. Lepas tu kau dah boleh pergi jumpa mak kau kat neraka sana…hahahaha”. Lelaki tersebut melepaskan rambut Maya dan berlalu keluar dari bilik itu.Dia sempat mendengar arahan lelaki tersebut kepada orang-orang suruhannya supaya menjaga dia dengan ketat dan jangan sesekali bagi dia terlepas.
Zakri dan Ziyad kelihatan sedang menekan-nekan I-pad yang berada di tangan mereka. Datuk Ahmad pula kelihatan gelisah di tempat duduk mereka.
“hah dah dapat Uncle. Kami dah dapat jejak kedudukan Maya”. Ziyad tiba-tiba bersuara. Semua yang berada di situ berlari ke arah Ziyad dan Zakri termasuklah beberapa orang pegawai polis.
“ya Allah nasib baik Maya tak tanggalkan cinicn tu. Dia kat mana sekarang ni. Cuba tengok”. Datuk Ahmad kelan kabut kerana risau akankeselamatan Maya. Ziyad menekan-nekan I-pad dan kedududkan Maya terus dapat dikesan. “Maya ada kat KL sekarang dan di kawasan  perumahan Sejahtera Uncle dan kawasan tu kawasan rumah kecil kat belakang baglo Uncle”. Ziyad memandang ke arah Datuk Ahmad yang kelihatan agak terkejut. Mungkin kerana lokasi  keberadaan Maya membuatkan Datuk Ahmad terkejut. “kita kena bergerak sekarang, Uncle takut Maya di apa-apakan. Uncle berasa tidak sedap hati”. Datuk Ahmad memberi arahan. Semua yang ada disitu bangun dan terus ke arah kereta masing-masing.
Maya sekarang ini sedang berdepan dengan seorang wanita yang sedang memegang sebilah pisau. Pada mula-mula wanita tersebut masuk dia agak terkejut kerana tidak sangka dalang disebalik kes culik dia dulu dan sekarang adalah kerja wanita ini.
“apa yang Datin Salmah nak daripada saya ni. Saya rasa saya tak pernah buat salah dengan Datin”. Maya memberontak.
“kau memang ada buat salah dengan aku. Kau salah kerana kau tu anak Datuk Ahmad. Sejak dari mula-mula aku kawin dengan bapak kau lagi aku tak suka dengan kau tahu tak. Sebab kau anak-anak aku dapat layanan yang tak seberapa dari bapak kau. Aku risau nanti harta dia semua jatuh ke tangan kau dan satu sen pun anak-anak aku tak dapat. Sebab tu aku bercadang nak bunuh kau agar nanti harta bapak kau yang berlambak ni jatuh kat tangan kami anak-beranak. Itu pun salah satu sebab kenapa aku kawin dengan Bapak kau. Tapi dulu tu nyawa kau ni liat sangat, tak sempat aku nak bunuh kau, kau dah hilang”. Panjang lebar Datin Salmah menerangkan sebab dia menculik Maya. Maya berasa geram kerana disebabkan harta nyawa dia dipertaruhkan. Dan dia juga tidak sangka bahawa dalang selama ini adalah Datin Salmah. Pandai betul dia berlakon di depan Papanya sampaikan Papanya tidak sedikit pun mengesyakinya.
“dah memang saya ni anak tunggal Datuk Ahmad. Memang layak la saya dapat semua harta dia. Anak-anak Datin tu Cuma anak-anak tiri dia jer”. Dengan berani Maya menengking Datin Salmah. Datin Salmah terkejut dengan tengkingan Maya. Sebelum dia sempat melempang Maya, Maya terlebih dahulu dilempang oleh orang lain. Maya mengangkat kepalanya. Lelaki pagi tadi rupanya yang menapar dia.
“berani kau tengkin Mama aku ya. Kau tu siapa nak tengking-tengkin dia”. Baru Maya tahu yang lelaki ni anak tiri Papa dia rupanya.Patut la dia marah sangat bila Maya tengkin Datin Salmah tadi. “kau tahu la nasib kau nanti. Malam ni merupakan malam terakhit kau. Kau nikmati lah ya”. Sambung lelaki itu lagi sambil menampar pipi Maya. Maya yang kesakitan hanya manpu menangis. Datin Salmah pula tersenyum bila dapat lihat penderitaan Maya yang selama ini di bencinya.
Sedang mereka sibuk menyiksa Maya, tiba-tiba pintu bilik di tendang dari luar. Mereka terkejut dengan kemunculan beberapa orang lelaki yang memakai pakaian serba hitam dan bersenapang di tangan. Mereka tahu mereka itu adalah polis. Datin Salmah yang terkejut dengan kedatangan mereka terus mengeluarkan pistol yang berada di dalam begnya. Dia menghalakan picu pistol ke arah polis dan melepaskan tembakan. Tembakan tersebut terkena salah seorang dariapda pegawai polis tersebut. Namun malang bagi Datin Salmah kerana dia juga telah ditembak oleh polis dan tempakan tersebut terkeba betul-betul di dadanya. Anaknya yang terkejut kerena ibunya ditembak, terus menerkam ke arah Maya dan menjadikan Maya sebagai penghalang tubuhnya darpada ditemabak. Dia memegang Maya dari arah belakang dan menghalakan sebilah pisau ke arah leher Maya. Polis yang mengepung mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Maya di jadikan sebagai tebusan. Namun tiba-tiba salah seorang daripada polis tersebut menembak kaki lelaki tersebut dan pisau yang berada di tangannya terus terlepas. Maya juga terlepas dari pengangannya. Dia jatuh kesakitan ke lantai. Maya pula ditarik oleh polis dan diberi perlindingan. Melihatkan lelaki tersebut sudah tidak mampu untuk betindak, polis menghampiri dan terus menggarinya. Maya di arak keluar dari rumah kecik tersebut. Datuk Ahmad yang melihat Maya di arak keluar berlari menuju ke arah Maya dan terus memeluk Maya. Maya menangis teresak-esak di dalam pelukan ayahnya. Baru sekarang dia berasa selamat.
Dari jauh mereka lihat Aiman anak tiri Datuk Ahmad di arak keluar masuk ke dalam kereta polis. Tangannya masih lagi digari. Manakala Datin Salmah pula meninggal di tempat kejadian. Datuk Ahmad tidak sangka selama ini yang Isteri dan anak tirinya yang menjadi dalang kes penculikkan Maya selama ini. Hanya disebabkan harta mereka sanggup menjadi pembunuh. Dia tidak pernah membezakan kasih sayang anak-anak tirinya.
Selepas sebulan peristiwa itu, Maya kembali memulakan kerja di tempat lamanya. Walaupun Papa meminta dia berkerja di syarikatnya  tapi Maya menolak. Katanya dia sayang untuk berhenti bekerja di situ. Papanya membenarkan dengan syarat Maya harus tinggal bersamanya di banglonya itu. Rumah kecil di belakang banglo dirobohkan atas permintaan Maya. Katanya tempat itu menyimpan satu memori yang pahit baginya dan dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Jika rumah itu masih ada, dia tidak pasti dia dapat melupakan peristiwa itu atau pun tidak. Datuk Ahmad menunaikan permintaan Maya dengan senang hati. Manakala Ziyad pula meneruskan kerjayanya sebagai Peguam. Ziyad kini mempunyai misi yang baru iaitu misi mengurat Maya. Maya pula walaupun tahu niat ZIyad, tapi dia buat jual mahal. Dia sengaja nak kenakan Ziyad yang dulu sering membulinya dan kini giliran dia pula yang membuli Ziyad.
Hari pertama kerja selepas cuti sebulan, Maya diserbu oleh kawan-kawan sepejabatnya. Maya hanya beralasan yang dia cuti tanpa gaji kerana ada masalah peribadi. Mereka juga ada bertanyakan Ziyad kerena selepas kejadian hari tu, Ziyad langsug tidak masuk ke pejabat. Sehingga ke hari ini, kawan-kawan sepejabat Maya masih lagi tidak tahu yang Maya ini merupakan anak kepada Datuk Ahmad yang merupakan sepuluh orang yang paling kaya di Malaysia. Hanya Zakri yang tahu pasal hal ini. Ain juga sekarang ni tinggal bersama dengan Maya dan Papanya di banglo tersebut. Manakala Nana anak tiri perempuan Datuk Ahmad pula kini sedang menetap di luar Negara untuk menyambung pelajarannya. Pada mula-mula mendengar berita kematin Ibu dan Abangnya yang ditahan polis, dia menjadi murung. Namun selepas menjalani sesi terapi bersama kaunseling dia kini sudah pulih dari murungnya.  Dia tidak menyalahkan Papanya dan Maya atas apa yang telah berlaku. Maya juga dia sudah menganggap sebagai adiknya sendiri. Datuk Ahmad sudah boleh tersenyum gembira dengan hidupnaya yang kini dikeliling oleh orang-orang yang dia sayang. Maya pula sekarang ni selalu kenankan dia dengan Bondanya. Katanya Bondanya itu sangat baik dan masih lagi anak dara waalupun sudah berumur 40 tahun. Disebabkan itu, setipa kali berkumpul dia menjadi malu untuk bersua muka dengan Puan Ramlah. Dia kini sudah malas untuk memikirkan tentang soal berumah tangga tapi bila memikirkan Puan Ramlah dia jadi penasaran. Mungkin sudah tiba masa dia untuk memulakan kehidupan yang baru. Dulu selepas kematian Ibu Maya,dan walaupun dia sudah berkahwin lain tapi hidup dia tetap terasa kosong. Bila dia pandang Puan Ramlah, dia seperti memandang isterinya 20 tahun lalu. Walaupun umur dia sekarang 46 tahun, tapi dia rasa tak salah untuk dia merasa bahagia untik kali yang kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan