Selasa, 5 Mei 2015

CERPEN : Bayangan Maut


Azam menghampiri kawasan yang telah disekat oleh tali kuning yang bertulis di larang masuk. Dia menghampiri beberapa orang bawahannya yang sedang memeriksa keadaan mangsa bunuh yang berada di tempat kejadian. Sambil berjalan Azam memakai sapu tanagn putih yang telah dihulurkan oleh salah seorang orang bawahannnya yang berada disitu. Azam duduk bertinggung di hadapan mangsa. Dia membelek-belek keadaan mangsa yang dibunuh dengan kejam. Keadaan mayat agak tragis dengan mata  masih terbuka dan mulutnya ternganga. Dengan peresaan membuak-buak Azam menutup mata dan mulut mangsa. Dalam hati sempat berdoa semoga mangsa di tempat bersama-sama dengan orang yang beriman. Selepas itu Azam memandang ke arah Basir meminta penerangan lebih lanjut.
“mangsa dijumpai oleh salah seorang penduduk kampung yang kebetulan datang nak memancing. Dia terus berlari naik untuk meminta pertolongan. Dan kebetulan ada beberapa orang yang lalu di kawasan ini, jadi mereka terus menghubungi pihak polis”. Basir terus menerangkan kepada ketuanya.
“huhhhh….” Azam mengeluh.
“kenapa Tuan. Tuan Nampak runsing?”. Basir bertanya kepada ketuanya selepas mendengar keluhan kuat yang keluar daripada Azam.
“dari cara pembunuhan, ia sama dengan kes tiga tahun lepas. Ia sangat sama Basir. Ini yang membuatkan saya risau. Jika betul apa yang saya sangkakan kita akan berhadapan dengan satu kes yang besar dan ia tidak akan berakhir hanya dengan seorang mangsa malah lebih dari seorang”. Azam menceritakan kes lama yang telah berlaku dulu dan sekarang ia berulang lagi dengan kes yang sama.
“maksud Tuan pembunuh masih lagi belum ditangkap ke?”.
“kes lama tu pembunuh dia dah ditangkap dan sudah dijatuhkan hukuman gantung. Nampaknya kita kena berhadapan dengan kes yang sama lagi. Awak arahkan dia orang bawa mangsa ke hospital untuk bedah siasat”. Azam memberi arahan.  Basir menganggukkan kepalanya.  Azam menaggalkan sarung tangannya. Dia keluar dari kawasan itu dan terus menuju ke arah keretanya yang diparking tidak jauh dari tempat kejadian. Dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan kes ini dan dia perlukan bantuan beberapa orang yang kini sudah ada dalam kepalanya. Dia hanya perlu meminta kebenaran orang atasan untuk meluluskan keputusannya ini.
>>>>>>>>>>>>>>> 
Azam keluar daripada bilik Datuk Kadir yang merupakan ketua Polis di jabatannya. Dia keluar dengan perasaan lega bila permintaan dia diluluskan oleh Datuk Kadir. Datuk Kadir memberikan harapan yang tinggi kepadanya. Menurut Datuk Kadir, dia tidak mahu kes ini berlarut untuk satu jangka masa yang lama seperti kes tiga tahun lepas. Azam mengeluarkan telefonnya dan terus menghubungi seseorang.
“assalamualaikun Basir. Saya nak awak semua berkumpul di bilik mensyuarat sekarang. Sekejap lagi saya sampai”. Azam terus menamatkan panggilan selepas Basir menerima arahannya.
Azam terus masuk ke bilik Mesyuarat. Beberapa orang bawahannya sudah menunggunya di bilik tersebut. Mereka berbincang seketika tentang kes yang sedang mereka siasat sekarang iaitu kes bunuh kejam tempoh hari. Setelah itu Azam memberikan tugas masing-masing.
“Basir hari ni awak akan ikut saya ke penjara. Kita akan pergi menjemput seseorang hari ni”. Azam memberi arahan. “lepas tu kita akan ke Pahang. Saya nak jemput seseorang kat situ. Seseorang yang sangat penting untuk kita menyelesaikan kes ini”. Azam menyambung. Azam menyelesaikan mensyuarat mereka dengan membahagikan tugas masing-masing.
>>>>>>>>>>>>>> 
Azam dan Basir sedang menyandarkan badan mereka di kereta sambil menunggu pintu depan penjara dibuka. Selepas pintu dibuka keluar seseorang yang sedang tersenyum ke arah Azam. Azam berjalan ke arah lelaki tersebut dan terus memeluknya. Mereka berbalas pelukan.
“apa khabar Man? Sorry sangat-sangat aku tak sempat nak datang melawat kau sejak kebelakangan ni. Banyak kes yang perlu aku uruskan”. Azam menepuk-nepuk bahu Aiman. Aiman merupakan kawan baiknya yang dulu juga merupakan seorang pegawai polis sepertinya. Namun satu peristiwa bunuh telah berlaku dan Aiman dituduh terlibat sama dengan kes tersebut. Yang menghairankan Azam Aiman hanya mendiamkan diri dengan tuduhan tersebut. Dia tidak mengaku malah dia juga tidak membela dirinya sendiri menyebabkan dia dituduh turut terlibat. Menurut Azam dia tidak perlu membela dirinya. Azam tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aiman dan sampai ke hari ini dia masih lagi tertanya-tanya. Untuk mempercayai bahawa Aiman terlibat dia tidak sesekali mempercayainya kerana dia sangat kenal dengan Aiman dan dia tahu yang Aiman tidak akan melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang.
“tak ada apalah. Aku tahu kau sibuk. Biasa lah ASP kan. Mana tak sibuk”. Aiman sempat memerli Azam. Azam hanya ketawa mendengar sindiran Aiman. Mereka menuju ke arah kereta. Basir yang masih lagi berdiri di sisi kereta tersenyum ke arah Aiman. Dia tahu di sebalik kisah Aiman. Siapa yang tidak kenal dengan Aiman, seorang pegawai polis yang sangat digeruni.
“ni Basir. Isnpektor Basir. Dia yang banyak tolong aku sejak setahun lepas. Dia baru kat sini’. Azam memperkenalkan Basir kepada Aiman. “Basir, awak kenalkan ni siapa?.
“kenal Tuan. Siapa yang tidak kenal dengan Isnpektor Aiman yang hebat ni”. Aiman tersenyum dengan kata-kata Basir. Tu dulu dan sekarang dia sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dibanggakan. Gelaran banduan akan kekel dengannya lepas ni.
Mereka masuk ke dalam kereta. Basir memandu manakala Azam duduk di sebelahnya dan Aiman pula duduk di belakang.
“Man kau tahu kan kenapa kau dapat keluar lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan?”. Aiman tersenyum.
“Tahu. Semalam Tuan Zakir ada datang jumpa aku. Dia dah ceritakan semuanya. Aku sebenarnya malas dah nak uruskan hal-hal jenayah ni Zam. Aku dah lama tinggal kerja siasat-menyiasat ni jadi aku rasa kekok. Tapi rawaran yang Tuan Zakir tawarkan buat aku pikir panjang. Dia kata lepas kita selesaikan kes ini,aku akan akan bebas dan tak perlu balik ke penjara lagi. Kalau tak fikirkan Papa dan Mama aku, aku dah tolok dan tawaran ni. Samapi bila dia orang nak datang melawat aku kat penjara”. Aiman meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Azam mnegeluh mendengar kata-kata Aiman. Dia tahu Aiman sudah serik dengan apa yang berlaku dua tahun lepas.
“aku tahu Man. Tapi aku harap kali ni kau tolong aku. Kes tiga tahun lepas pun kita yang selesaikan. Tapi disebabkan permintaan Tuan Zakir yang inginkan kes ini tidak berpanjangan, aku akan minta bantuan orang lain sekali untuk bantu kita selesaikan kes ni”. Aiman berkerut dahi. Dia tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan oleh Azam.
“siapa?”. Aiman bertanya.
“kau ingat tak aku pernah cerita kat kau tentang seorang gadis yang terlibat dengan kes kejadian bunuh tahun lepas. Yang dia boleh lihat apa yang berlaku bila dia sentuh seseorang. Dia juga boleh dengar suara hati orang lain”. Azam mengingatkan Aiman.
“ohhh…aku ingat. Tapi kau percaya ker apa yang kau dengar tu. Lagi pun aku dengar dalam berita hari tu, dia sendiri serah diri kat hospital gila kan?”. Azam inginkan kepastian.
“aku pun tak tahu la Man. Tapi Man masa kes dia menuduh suspek hari tu aku ada di tempat kejadian. Aku tengok macam mana dia sentuh suspek dan tiba-tiba dia tersentak sambil menjerit-menjerit mengatakan bahawa suspek yang bunuh kawannya. Ramai yang tidak percaya dengan kata-kata dia dan kebetulan pada masa tu, ada orang yang telah merakam kajadian tersebut. Dia jadi tumpuan orang ramai dan mengatakan dia gila. Malah keluarga dia sendiri mengatakan dia gila. Sebab tu lah dia serah diri kat hospital gila. Dia rasa lebih aman kat sana daripada duduk di luar yang dikelilingi oleh orang-orang memandang serong terhadap dia. Namun selepas itu, memang terbukti suspek memang bersalah dan selepas itu dia semakin dijauhi kerana orang ramai takut dengan dia yang dikatakan mengamalkan ilmu hitam sebab dia boleh tahu siapa pembunuh dengan hanya pegang tangan. Aku tahu dia tidak gila, dia cuma nak melarikan diri jer dari dunia luar. Kita perlukan bantuan dia”. Azam menerangkan kisah sebenar dengan panjang lebar.  Aiman yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tidak tahu kenapa dia menjadi berminat untuk kenal degan gadis tersebut.
>>>>>>>>>>>>>> 
Basir membawa kereta masuk ke dalam kawasan Hospital Bahagia yang bertapak di Jalan Berserah di Kuantan. Mereka ke kuanter pertanyaan untuk bertanyakan tentang gadis tersebut. Mereka di bawa ke bilik Doktor Miranti terlebih dahulu sebelum mereka dapat berjumpa dengan gadis tersebut.
“apa khabar Doktor?”. Azam menhulurkan salam. Doktor Meranti menyambut salam Azam dan juga Aiman serta Basir.
“khabar baik. Pembantu saya cakap awak nak jumpa dengan Anis. Ada apa-apa hal penting ke sebab dia cakap kamu semua ni pegawai polis”.
“ya Doktor. Saya nak mintak kebenaran Doktor untuk keluarkan Anis dari sini sebab saya perlukan bantuan dia untuk menyelesiakan satu kes bunuh. Saya perlukan kepakaran dia”. Azam menerangkan tujuan dia kepada Doktor Miranti.
“bantuan. Isnpektor pasti ker? Anis tu pesakit jiwa, macam mana dia boleh bantu Isnpektor?”.
“saya tahu Doktor tahu yang Anis tu tak gila kan? Tak kan lah Doktor tak boleh cam orang yang gila dengan orang yang buat-buat gila?”. Azam berkata sambil tersenyum sinis ke arah Doktor Miranti. Doktor Miranti tersentak dengan kata-kata Azam. Ya selama ini dia tahu yang Anis tu tak gila. Anis Cuma nak tenangkan jiwa dia, sebab tu dia masuk ke tempat ini. Tapi masa yang Anis ambil terlalu lama. Sudah hampir setahun Anis menetap di sini, namun Anis masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan tempat ini. Dia tahu segala kisah tentang Anis dan kawannya yang dibunuh itu.
“hmmmm….”Doktor miranti membalas pandangan mata Azam dengan berani. Lama mereka saling berbalas pandang. “saya tak tahu mana Inspektor tahu cerita ni, tapi saya mintak tolong sangat janganlah ganggu dia lagi. Dah terlalu banyak yang dia terpaksa lalui hanya kerana dia membongkarkan perlakuan jahat seseorang sehinggakan dia dituduh gila. Bila dia betul-betul masuk dalam tempat ni pun masih ada lagi yang nak ganggu dia”. Doktor Miranti memprotes.
“macam ni Doktor. Niat saya bukan nak ganggu dia tapi nak mintak pertolongan dia. Doktor sendiri tengok kan berita, Kes yang saya sedang siasat ni sangat rumit dan saya perlukan kepakaran yang Anis ada untuk membantu saya dalam kes ini. Bagi saya jumpa dia dulu, saya akan bercakap dengan dia sendiri. Kalau dia sendiri yang menolak untuk membantu saya, saya akan mengundur diri”. Azam menyakinkan Doktor Miranti.
>>>>>>>>>>>> 
Mereka berjalan ke arah seorang gadis yang bertubuh agak kecil dan rendah. Rauh wajahnya sangat manis dan putih berseri. Rambut panjang paras pinggang pula diikat ekor kuda. Anis yang sedang melayan seorang wanita tua berpaling ke arah belakang apabila mendengar namanya di panggil. Tangan yang sedang menyuap nasi ke mulut wanita tua tersebut terhenti.
“ya Doktor, ada apa cari saya?”. Anis meletakkan pinggan yang berisi nasi ke atas meja yang berada di sebelahnya. Dia memandang ke arah Doktor Miranti dan beberapa orang lelaki yang berbadan tegap yang ada di depannya itu.
“mereka ni nak jumpa awak. Ada hal penting katanya”. Doktor Miranti memberitahu tujuan mereka. Anis hanya memandang ke arah lelaki-lelaki tersebut. Mata dia terhenti pada lelaki yang sedang memandang tajam ke arahnya. Dia tersenyum apabila dia dapat membaca apa yang difikirkan oleh lelaki tersebut. Aiman yang melihat senyuman Anis terus mengalihkan pandangan matanya. Dia teringat yang Azam pernah memeritahu yang gadis ini boleh membaca kata hati orang lain. Bila terpandangkan senyuman gadis itu tadi Aiman menjadi gelabah bila teringatkan apa yang telah dia bayangkan tentang gadis tersebut.
“boleh kita ke tempat lain. Saya rasa kat sini tidak sesuai untuk kita berbincang. Kami ada hal penting untuk di bincangkan dengan Cik Anis”. Azam memulakan bicara. Anis berjalan melintasi mereka. Dia meminta mereka unutk mengukutinya. Doktor Miranti turut ikut sama untuk menyertai perjumpaan tersebut. Dia berasa bimbang dengan keadaan Anis. Anis memberhentikan langkahnya di kawasan taman dan terus duduk di atas kerusi yang ada di kawasan taman tersebut. Mereka yang mengikutinya turut duduk.
“apa yang penting sangat nak dibincangkan ni. Saya rasa saya tak pernah pun jumpa encik-encik semua ni”. Anis memulakan cerita. Azam yang melihatnya menggelengkan kepala. “langsung tak macam orang gila. Baju jer pakai macam orang gila”. Azam berkata dalam hati.
Azam menceritakan tujuan mereka datang berjumpa dengan Anis. Kes bunuh minggu lepas juga diceritakan. Tidak satu pun yang tertinggal. Anis yang mendengar terus mengeluh. “saya tak rasa saya boleh bantu encik semua. Saya ni cuma seorang gadis gila yang biasa, tidak mampu untuk untuk mrnyumbang apa-apa pertolongan”. Anis menolak ajakan Azam. Dia tahu yang Azam dan yang lain-lain tahu akan kisahnya yang dulu. Dan keistimewaan yang dia ada pun mereka tahu sebab tu lah mereka malarikan mata apabila mereka saling berbalas pandang.
“Anis saya tahu keadaan awak yang awak sorokkan ni. Awak kena keluar dari dunia ni Anis. Sampai bila awak nak kurung diri awak kat tempat ni. Mungkin betul awak selesa dan suka kat sini, tapi sampai bila awak nak orang ramai pandang serong kat awak. Awak tak nak ke bersihkan nama awak?”. Azam terus memujuk Anis untuk bersetuju dengan tawarannya.
“hmmmm…saya rasa dah jelas  saya cakap yang saya tak dapat nak tolong encik semua. Saya harap encik semua faham”. Anis tetap dengan keputusannya. Sudah terlalu lama dia berada di tempat ni dan jauh dari dunia luar.
Aiman terus bangun dari duduknya. Dia merenung tajam ke arah Anis yang masih lagi duduk. “kau tak payah nak paksa kalau orang tak nak Zam. Buat penat jer. Dia mana nak fikir pasal mak bapak dia kat luar sana. Kalau dia fikir akan peranan dia sebagai seorang anak, dia akan keluar dan cari penyelesaian agar hubungan dia orang yang baik dulu kembali macam sedia kala. Bukannya duduk terperuk kat sini. Kalau duduk jer macam ni sampai bila-bila dia akan hilang mak bapak dan jadi yatim piatu sedangkan mak bapak dia hidup lagi’. Aiman menunjukkan perasaan marahnya terhadap kedegilan Anis. Anis yang mendengar kata-kata kesat dari Aiman terus terkdu. Aiman mula melangkah untuk berlalu dari situ. Sedang dia berjalan tiba-tiba tangannya di pegang. Dia menoleh dan terus terpaku. Anis sedang memegang tangannya sambil memejamkan mata. Mereka berada dalam keadaan begitu selama lima minit sebelum Anis membuka matanya.
“saya nampak kedukaan yang ada dalam mata awak. Dan semua tu terjawab bila saya pegang tanagn awak”. Anis tiba-tiba tersenyum. “kerana kasih seorang adik awak sanggup terima kesalahan arwah abang awak untuk menutup aibnya yang telah meninggal dunia. Sangat menarik”. Selesai berkata begitu Anis meninggalkan Aiman dan yang lain-lain. Azam terpaku apabila medengar kata-kata dari Anis. Dia melihat ke arah Aiman yang kaku berdiri dengan muka dan mata yang merah mungkin menahan marah atau terkejut dengan kata-kata dari Anis. Sekarang sudah terjawab. Baru lah Azam tahu kenapa kawannya itu tidak membela dirinya dua tahun lepas, rupa-rupanya Aiman menutup segala kesalahan arwah abangnya yang meninggal dunia  di tempat kejadian. Anis yang berjalan tiba-tiba berhenti dan menoleh semula ke arah Aiman dan Azam.
“lagi satu, saya tak pernah lupakan mak bapak saya dan saya selalau berdoa supaya mereka sedar yang selama ini hukuman yang mereka lemparkan kepada saya adalah satu kesilapan. Saya masuk salin pakaian dan ambil kelengkapan saya. Kamu semua boleh tunggu saya kat luar”. Selepas berkata-kata Anis terus berlalu pergi. Dia telah membuat keputusan untuk mengikut mereka dalam menyelesaikan kes bunuh tempoh hari. Kata-kata daripada Aiman tadi membuatkan dia sedar yang usaha dia untuk kembali kesamping keluarganya  tidak akan kesampaian jika dia hanya duduk menyembunyikan dirinya begini. Aiman yang mendengar keputusan daripada Anis terus menoleh ke arah Azam. Azam tersenyum ke arah Aiman dan mengangkat ibu jarinya kepada Aiman. Aiman yang pada mula-mula masih terasa terkejut dengan kata-kata Anis tadi turut tersenyum. Sekarang ni dia percaya seratus peratus dengan kata-kata Azam yang mengatakan Anis boleh melihat banyangan bila dia memegang tangan seseorang.
>>>>>>>>>>>> 
Anis menuju ke arah Aiman, Azam dan Basri yang sedang menunggunya di depan kereta. Dia hanya membawa satu beg galas yang agak besar. Penampilan dia juga berubah dari memakai baju hijau yang besar dia kini memakai kemeja dan seluar jeans. Kepalanya pula ditutupi oleh topi. Amin yang melihat sempat memuji kecantikan yang dimiliki oleh Anis dalam hatinya. Selama 29 tahun dia hidup, ini kali pertama dia memuji seorang perempuan. Basri dan Azam duduk di depan manakala Aiman dan Anis pula duduk di kerusi belakang. Hanya Basri danAzam yang kedengaran berbual-bual. Aiman dan Anis di belakang hanya mendiamkan diri. Sampai saja di kualur Lumpur mereka ke balai polis terlebih dahulu. Azam membawa Aiman dan Anis ke bahagian penyiasatan kes jenayah. Mereka perlu berbincan terlebih dahulu sebelum mereka memulakan  penyiasatan. Setelah memperkenalkan Aiman dan Anis mereka memulakan perbincangan.
“ini adalah gambar mangsa pertama. Dia merupakan seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri. Manakala ini pula adalah mangsa kedua yang merupakan seorang yang berpengaruh dan berpangkat datuk”. Azam memulakan bicara sambil menghulurkan beberapa keping gambar mangsa yang diambil di tempat kejadian. “mereka dibunuh dengan cara yang sama dan kemungkinan pembunuhnya adalah orang yang sama. Tiga tahun lepas saya dan Aiman ada menyelesaikan  satu kes pembuhan yang sama. Cara pembunuhan dia memang sebijik. Tapi pembunuhnya sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung”. Azam menyambung sambil memandang ke arah Anis.
“saya tak akan dapat bayangan dengan hanya pegang gambar. Boleh bawa saya tengok mayat mangsa?”. Anis meminta izin daripada Azam. Azam memandang ke arah Aiman untuk meminta pendapat. Lihat akan anggukan Aiman, Azam terus bersetuju.
“okey. Basri awak selesaikan apa yang patut dulu kat sini. Saya dan Aiman akan bawa Anis ke hospital untuk lihat mangsa”. Azam memberi arahan kepada Basri. Basri hanya menganggukakan kepala.
>>>>>>>>>>>>>>> 
Selepas meminta kebenaran dari pihak hospital, mereka di bawa ke bilik mayat ditemani oleh salah seorang kakitangan hospital. Mereka sekarang sedang berhadapan dengan mayat mangsa yang sudah kelihatan pucat biru. Anis melangkah setapak kedepan dan sekarang ni dia betul-betul berhadapan dengan mayat tersebut. Dia terlebih dahulu meminta kebenaran untuk menyentuh mayat tersebut tanpa sarung tangan. Dia memengang tangan mayat tanpa peresaan takut. Dia berada dalam keadaan begitu selama lima minit. Aiman dan Azam tenang melihat Anis yang sedang berkerut kening sambil matanya terpejam. Anis tersentak dan terus melepaskan pengangan tangannya dari tangan mayat tersebut. Dia menoleh ke arah Azam dan Aiman. Bayangan lelaki yang mempunyai bekas lecur di tagan kirinya masih lagi terbayang-bayang. Lelaki itu yang sedang memegang pisau yang dipenuhi darah membuatkannya berasa takut.
“dia ada kesan lecur kat tangan kiri. Kau orang kena siasat balik kes tiga tahun lepas. Pembunuh ni ada kaitan dengan kes tu”. Azam yang mendengar kata-kata Anis terdiam. Lama dia terdiam sebelum Aiman bersuara.
“ya Allah Zam baru aku ingat. Peguam Tahir yang jadi peguam pendakwa masa kes tiga tahun lepas kan. Datuk Norman pula yang mendakwa suspek sebagai pembunuh. Dan kes tu mereka menang dengan mudah”. Aiman teringatkan dua mangsa bunuh yang menjadi mangsa pembunuhan kejam ini. Anis yang sudah dapat agak hanya tersenyum.
>>>>>>>>>>>>> 
Mereka kini sedang berdiri di depan rumah teres bertingkat dua. Rumah ini merupakan rumah adik kepada suspek kes bunuh tiga tahun lepas. Sebelum ini mereka telah ke rumah-rumah keluarga Peguam dan Datuk yang menjadi mangsa bunuh dan kini mereka ingin mengorek kembali tentang suspek kes tiga tahun kepas. Mana tahu mereka akan dapat maklumat yang penting.
Setelah beberapa kali memberi salam pintu rumah dibuka dari dalam. Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sedang berdiri di depan mereka.
“ya nak cari siapa ya?”. Faris bertanya kepada mereka bertiga.
“kami datang nak jumpa En.Faris la”. Azam menunjukkan kad polisnya kepada Faris. “ada hal yang kami ingin tanyakan kepada En.Faris berkenaan dengan arwah Abang En.Faris. Tentang kes bunuh tiga tahun lepas”.
“bukan kes tu dah selesai ke. Arwah Abang saya pun dah terima hukuman dia. Apa lagi yang kau orang semua nak tanyakan. Tak puas hati lagi nak seksa dia dulu dalam penjara dan sekarang nak seksa pulak dia dalam kubur”. Faris Nampak seperti tidak berpuas hati. Dia memang akan naik darah jika hal arwah Abangnya diutarakan. Aiman memandang ke arah Azam yang kleihatan tegang. Dia faham sangat dengan sikap Azam yang cepat panas baran tambah-tambah bila dengar Faris bercakap kasar degan mereka sedangkan mereka datang denagn niat yang baik.
“macam ni En.Faris, kami sedang menyiasat kes bunuh dua orang mangsa yang ada kaitan dengan kes arwah Abang awak hari tu. Cara pembunuhan pula sama dengan cara pembunuhan kes tiga tahun lepas tu. Kami Cuma nak bertanya dengan lebih lanjut. Lagi pun En.Faris sendiri yang war-warkan yang Abang En.Faris tidak bersalah kan tiga tahun kepas. Jadi apa kata En.Faris ceritakan sedikit sebanyak perihal arwah Abang En.Faris tu”. Anis terus menyampuk agak keadaan yang agak panas tadi dapat dia leraikan. Aiman pandang ke arah Anis. Lihat papa perubahan raub wajah Faris, dia kagum dengan kepakaran Anis dalam memujuk seseorang. Faris yang sudah kelihatan agak tenang menjemput mereka masuk. Mereka dipersilakan duduk di sofa yang berada di rumah tamu tersebut. Mata Anis meliar mencari kesan lecur di tangan Faris. Bila melihat akan tanagn Faris yang bersih tanpa kesan lecur Anis mengeluh. Nampaknya pencarian mereka masih belum terakhir.
“Maya, buatkan Air. Kita ada tetamu”. Faris meminta adiknya yang berada di dapur untuk membuat air unrtuk tetamu. “apa yang yang dapat saya bantu dan apa yang sebenarnya yang Encik-Encik dan Cik nak tahu?”. Azam menyambung bicara.
“kami Cuma nak tahu pasal kes tiga tahun lepas. Macam mana abang awak boleh di tuduh membunuh teman wanitanya. Adakah masa tu mereka bergaduh?”. Aiman memulakan pertanyaan.
“saya tetap kata yang Abang saya tak bersalah. Mereka tak pernah bergaduh. Kalau bergaduh pun Abang saya tak akan sanggup sampai membunuh. Kami yang adik-adiknya pun dia tidak pernah pukul, inikan pula nak membunuh. Abang saya dah menafikan tuduhan tu, tapi tidak ada seorang pun yang percayakan dia. Semua anggap dia pembunuh. Dan yang paling saya marah, Datuk Norman. Kenapa dia pula yang suka-suka hati membuat tuduhan ke atas abang saya sedang kan dia tu Cuma kawan kepada Papa teman wanita abang saya. Di sebabkan dialah Papa dan Mama arwah Kaka Nita tidak percayakan Abang saya dan turut tuduh Abang saya yang bunuh anaknya sedangkan selama ni dia tahu yang betapa Abang saya sayangkan anaknya itu. Kalau bukan sebab hasutan Datuk Norman mereka tak akan berkelakuan seperti itu”. Faris memberhentikan kata-katanya apabila adiknya Nana keluar membawa sedulang minuman. Dia meletakkan minuman dan turut duduk di ruang tamu tersebut. Dia Cuma duduk dan mendengar tanpa menyampuk. Segala ketidakpuasan hati, Faris luahkan. Dia nak semua orang tahu yang arwah abangnya tidak bersalah. Azam dan Aiman khusyuk mendengar manakala Anis pula dari tadi asyik memerhatikan Nana. Dia dapat merasakan yang Nana sedang menyumbunyikan sesuatu dari Abangnya. Keistimewaan yang dia miliki mendorong dia berfikiran seperti itu. Matanya tidak lepas dari memandang Nana sedangkan Nana dari tadi lagi mengelakkan mata mereka bertembung dan hal itu menyebabkan Anis mengeluh keraan dia tidak dapat membaca apa yang ada dalam hati Nana. Nana sekaan-akan tahu yang Anis sedang ingin mengorek kata hatinya. Mereka bertiga meminta diri selepas mereka berbual lama.
“awak kenapa Anis. Dari tadi lagi senyap jer, pastu kenapa awak mengeluh kuat masa kita kat rumah Faris tadi?”. Aiman bertanya kepada Anis. Mereka sekarang sudah boleh bercakap dengan biasa dan tidak lagi marah-marah seperti mula-mula jumpa dulu.
“saya tak tahu la. Saya rasa adik Faris, Nana tu ada sembunyikan sesuatu la. Tambah-tambah lagi sepanjang dia berada di ruang tamu tadi dia asyik larikan matanya dari memandang saya. Tu yang buat say tak puas hati. Saya tak dapat nak baca fikiran dia. Dia macam tahu-tahu jer saya ni boleh baca fikiran dia”. Anis meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“tak ada apa la Nis. Mungkin masa tu dia sedih kut. Kita kan sedang bersembang pasal arwah Abang dia. Lagipun banyangan yang awak nampak tempoh hari banyangan lelaki kan?”. Azam memandang cermin yang berada di depannya untuk melihat Anis yang berada di belakang.
“saya tak pasti Zam. Sebab apa yang saya nampak hari tu banyangan dari belakang. Tambah lagi baju yang dia pakai tu ada hud kat belakang dan kepala dia ditutupi oleh hud tu. Lagi satu susuk tubuh dia pun tak besar sangat”. Anis masih lagi keliru dengan bayangan yang dia lihat tempoh hari.
“Nana tu bukan tak nak tengok awak Nis. Ye la, dari dia mula duduk kat ruang tamu tu, dia dah mula tengok saya dah. Tak lepas-lepas tengok saya. Saya tahu la saya ni hensem”. Aiman bergurau dengan Anis. Dia tahu yang Anis sekarang sedang bingung sebab tu dia bergurau untuk legakan sedikik sebanyak resah yang ada di hati Anis. Anis yang ada di belakang menjeling ke arah Aiman. Aiman yang melihat jelingan Anis terus etawa. “awak cemburu kan Nis. Saya tahu, cara awak pandang saya pun saya tahu awak sukakan saya yang hensem ni”. Aiman meyambung. Azam yang mendengar hanaya ketawa. Dia tahu Aiman cuma bergurau. Anis yang mendengar tuduhan ke atas dirinya terus menarik telinga Aiman dari arah belakang. Dia malu bila Aiman berkata begitu. Sekarang mukanya sudah jelas merah kerana menahan malu. Aiman  yang tengok muka Anis yang merah hanya tersenyum. Anis tidak tahu sebenarnya dia juga merasakan hal yang sama.
“hmmmm….Nis sebenarnya dah lama saya nak Tanya benda ni. Hmmmmm….Doktor Miranti tu dah kawin ke belum?”. Azam bertanya tersekat-sekat. Dia malu sebenarnya. Aiman yang mendengar soalan dari Azam terus meledakkan ketawanya. Azam menjeling ke arah Aiman yang sedang ketawa.
“belum la Zam. Dia tu masih sebaya saya la. Masa saya mula-mula masuk ke tempat tu, dia baru bertugas satu bulan. Dengan dialah saya selalu meluahkan perasaan. Mungkin sebab kami ni sebaya sebab tulah kami jadi cepat rapat. Sekarang ni pun dia selalu telefon tanya saya okey ke tak kerja dengan kau orang. Risau sangat saya ni kena buli. Kenapa Zam, awak nak mengurat Daktor Miranti ke?”. Anis masih lagi tersenyum. Dia terasa lucu denagn soalan Azam. Tambah-tambah lagi Azam kelihatan malu ketika bertanyakan soalan tersebut.
“eh…tak ada lah saja jer saya Tanya..hehehehe….”.
“ala kau ni malu-malu pulak. Kalau nak cakap jer la, kan melepas”. Aiman menyindir Azam. Azam hanya menjeling. Perbualan mereka berhenti apabila mereka sampai ke tempat tujuan mereka.
>>>>>>>>>>>>> 
“Zam, Anis mana?”. Aiman bertanya kepada Azam apabila dia lihat Anis tidak ada di situ. Sedangkan tadi semasa dia ke tandas Anis masih lagi ada di situ.
“entah. Dia kata tadi dia nak keluar jap”. Azam masih lagi membuat kerjanya.
“kenapa kau biarkan dia keluar sorang-sorang. Dia sekarang ni mungkin menjadi tumpuan penbunuh tahu tak. Semua orang kenal dia disebabkan keistemewaan dia tu dan tidak kemungkinan pembunuh tu pun tahu akan hal tu”. Aiman tidak berpuas hati. Azam yang sedangmembuat kerja terus berhenti. Betul jugak kata-kata Aiman tu. Kenapalah dia tidak terfikir tadi.
“aku tak terfikir pulak tadi Man. Dia tak cakap pun nak kemana. Dia Cuma kata tadi kawan tunggu kat bawah. Dia nak jumpa kejap. Aku tak sedap hati la Man. Jom kita cari dia”. Azam dan Aimam bergegas keluar daripada pejabat. Sebelum keluar Azam sempat berpesan kepada Basri supaya menelefonnya jika ada hal yang penting. Azam dan Aiman berpecah dan naik kereta asing-asing.
Aiman menyumpah-nyumpah dalam hati bila Anis masih lagi tidak dijumpai. Telefon dia pula tidak dapat dihubungi. Sudah tiga jam dia belegar-legar di kawasan kuala Lumpur mencari Anis namun tetap juga tidak dijumpai. Aiman mencapai telefonnya yang berbunyi. Dia membulatkan mata apabila melihat mana geranagn pemanggil. Belum sempat dia memberi salam, dia diterjah dengan suara Anis yang terketar seperti dalam ketakutan.
“Zam tolong saya. Saya takut. Ada ada orang ikut saya”. Anis bersuara.
“Anis awak kat mana sekarang?”. Anis memberitahu lokasi dia berada. “okey, awak duduk kat situ senyap-senyap. Jangan kemana-mana. Kejap lagi saya sampai”. Aiman bersura tegas. Dia sekarang tidak fikir apa-apa kecuali tentang keselamatan Anis. Jika terjadi apa-apa kepada Anis, dia memang tidak dapat memaafkan dirinya.
“Anis”. Azam mendekati Anis yang sedang duduk bertinggung di belakang pintu tangga. Anis yang kepucatan terus meluru ke arah Aiman dan memeluknya. Aiman membalas pelukan Anis. Dia tahu Anis sedang ketakutan sekarang.
“shhhhhh….Nis kenapa ni, siapa yang kejar awak?”. Aiman bertanya kepada Anis yang masih lagi ketakutan.
“saya tak tahu. Saya takut. Nasib baik saya sempat larikan diri. Dia hilang jejak saya bila saya sempat bersenbunyi kat sini”. Anis menjawab sambil tergagap-gagap.
“okey-okey awak selamat sekarang. Dah jangan menagis lagi. Awak kena terangkan kat saya apa yang sebenarnya terjadi tadi. Tapi buat masa sekarang awak tenangkan diri dulu. Lepas ni baru awak cerita. Ya”. Azam meleraikan pelukan. Kedua-dua tangannya memegang pipi Anis. Anis mengangkatkan kepalanya dan memandang ke arah Aiman. Aiman mengesat sisa-sisa air mata yang ada di pipi Anis. Anis menganggukkan kepalanya. Selepas itu Anis sekali lagi memeluk Aiman. Aiman sempat mengucup dahi Anis. Dia tahu apa yang dia buat sekarang ni salah tapi dia terpaksa kerana untuk menenangkan perasaan Anis. Selepas itu mereka bergerak keluar dari tempat itu. Tanpa mereka sedari semasa mereka berlalu keluar, ada mata yang sedang memerhatikan mereka dengan perasaan ayng marah. Dia masih lagi tidak berpuas hati kerana Anis terlepas. Dia tahu yang Anis meruapakan ancama terbesar buatnya.
>>>>>>>>>>>>>> 
Anis kini sedang berdepan dengan Azam dan Aiman. Dia hanya mampu memandang ke arah Azam kerana dia malu untuk memandang ke arah Aiman. Peristiwa Aiman menenangkannya tadi masih lagi terbayang-bayang. Tambah-tambah kucupan Aiman di dahinya tadi masih lagi dia terasa. Aiman pula hanya memandang lunak ke arah Anis. Dia tahu Anis malu untuk memandang ke arahnya.
“okey, sekarang ceritakan apa yang terjadi tadi”. Azam memulakan bicara.
“sebenarnya tadi ada orang telefon saya cakap dia nampak keluarga saya kat Alamanda. Saya cuma nak pergi tengok dari jauh jer sebab saya rindukan dia orang. Tapi bila sampai kat sana dan satu jam saya pusing satu Alamanda untuk mencari, tapi mereka tak ada pun. Saya fikir mungkin mereka dah balik. Masa saya nak keluar dari situ, saya rasa ada orang ikut saya dari arah belakang. Saya lajukan langkah dan bersembunyi di sebalik kedai. Bila dia hilang jejak saya, dia kelihatan kelam kabut. Saya dah mula ketakutan sebab tu saya lari bersembunyi di sebalik pintu kat tangga. Lepas tu saya terus onkan telefon saya dan telefon Aiman”. Anis menceritakan hal yang terjadi tadi.
“awak cam ke muka dia?”. Aiman bertanya.
“tak, dia pakai topi. Tapi, susuk tubuh dia macam perempuan. Saya pasti dia bukan lelaki. Yang paling penting ada kesan lecur kat tangan kiri dia”. Azam dan Aiman terkejut bila dengar perkataan lecur itu.
“susuk tubuh dia saya macam pernah nampak. Saya memang tak silap. Itu Nana, Adik Faris. Man, Zam awak kena percaya cakap saya. Firasat saya tak pernah salah”. Anis menyakinkan Aiman dan Azam.
“Awak pasti ke Nis. Tapi Nana tak ada kesan lecur kan?”. Aiman keliru.
“kita tak Nampak hari tu sebab masa tu tangan dia berbalut. Dia kata tangan dia luka. Kau orang pasti ker tangan dia betul-betul luka, atau dia sengaja nak tutup kesan lecur tu”. Anis masih lagi dengan pendapatnya. Dia sangat pasti dengan firasatnya. Aiman dan Azam saling berpandangan. Kata-kata Anis masuk akal dan Nana memang ada motif untuk membunuh Peguam Tahir dan Datuk Norman.
“kita kena tunggu keputusan dari pihak forensik terlebih dahulu. Mereka kata ada kesan darah yang ada pada kuku mangsa dan darah tu bukanlah darah mangsa. Kemungkinan itu adalah darah suspek. Mungkin mangsa sempat mencengkam suspek sebelum dia dibunuh”. Aiman membuat keputusan. Anis cuma berharap yang telahannya itu adalah betul.
>>>>>>>>>>>> 
Faris membuka pintu apabila dia terdengar suara orang memberi salam. Buka saja pintu dia terkejut kerana rumahnya di datangi oleh beberapa orang polis termasuklah Azam, Aiman dan juga Anis.
“kenapa Tuan Azam, ada apa-apa yang penting ke sampai datang beramai-ramai ni?”. Faris berasa tidak sedap hati.
“kami datang cari Nor Liana Muhammad. Dia disabitkan bersalah dalam kes bunuh Geguam Tahir dan Datuk Norman. Kami ada waran untuk bawa dia ke balai untuk siasatan lebih lanjut”. Azam berterus terang dengan Faris. Faris terkejut apabila mendengar kata-kata daripada Azam. Nana yang berada di dalam rumah terus keluar apabila dia mendengar suara bising di luar rumah. Lihat saja ramai polis yang berada di luar rumahnya , dia mula berasa bimbang dan takut. Adakah segala perbuatannya selama ini sudah terbongkar?.
Salah seorang pegawai polis perempuan meluru ke arah Nana dan terus menggarinya. Nana memberontak.
“apa ni. Saya tak buat apa-apa salah pun. Kenapa nak tangkap saya pulak?”. Nana memberontak kerana tidak berpuas hati.
“Nana awak merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Peguan Tahir dan Datuk Norman. Kami kena bawa awak ke balai. Lagipun kami ada bukti yang awak bersalah. Kesan darah awak ada pada kuku mangsa”. Nana kelihatan pucat bila mendengar kata-kata Azam. Dia tidak pasti masa bila dia ada tingkalkan kesan darah pada mangsa.
“dan ada satu lagi bukti kukuh”. Anis meluru ke arah Nana dan merentap balutan yang ada pada tangan kiri Nana. Terbuka jer balutan tu Azam dan Aiman tergaman manakala Anis tersenyum sinis. Memang betul tekaan Anis, terdapat kesan lecur disitu.
“Nana, apa ni. Nana cakap tangan Nana luka”. Faris mengeluh. “Nana jangan cakap yang mereka ni semua betul. Nana ke yang bunuh dua orang tu?”. Faris memandang tepat ke arah mata Nana. Nana menundukkan mukanya. Dia tersesak-esak menangis. Faris yang melihat tangissan Nana terus tergaman. Dia tidak sangka adiknya yag selama ini sopan dan lembut sanggup membunuh.
“ya…Nana yang buhuh mereka berdua. Abang tahu tak sebab mereka lah Along kena hukum bunuh. Kau orang semua mesti tak tahu kan yang Datuk Norman sebenarnya yang bunuh Kak Nita. Dia rogol Kak Nita lepas tu dia bunuh. Dia jadikan Along Mangsa sebab lepas dia bunuh Kak Nita, dia call Along menggunakan nombor Kak nita. Lepas Along sampai jer Kk Nita dan meninggal dah pun. Along tak buat apa-apa dan pada masa tu jugalah ada orang nampak yang Along ada dekat dengan mayat Kak Nita. Along takut masa tu sebab tu dia larikan diri. Beberapa hari lepas tu, saksi tu pulak yang mati dengan cara yang sama. Makinlah Along menjadi buruan. Along dituduh membunuh saksi sebab takut rahsia dia bocor.”. Nana teresak-esak sambil menceritakan hal yang sebenar. “lepas Along kena tangkap. Datuk Norman berpakat dengan Peguam Tahir untuk sabitkan Along bersalah dan dengan mudah Along dituduh bersalah dengan perbuatan yang dia tak lakukan. Ada sorang lagi yang Nana nak bunuh tapi tak senpat. Semuanya sebab kau. Kau dah hancurkan rancangan aku”. Nana tiba-tiba berteriak ke arah Anis. Anis yang terkejut terus bersembunyi di belakang Aiman.
“mana Nana tahu ni. Siapa yang ceritakan kat Nana?”. Faris bertanya hairan. Dia berasa sangsi dengan cerita Nana.
“nana yang dengar sendiri mereka bercakap. Masa tu kat mahkamah. Nana cuma nak ke tandas tapi bila jer Nana dengar percakapan mereka Nana terus tidak jadi nak ke tandas. Nana rasa marah sangat masa tu tapi yang paling buat Nana marah bila Abang disahkan bersalah oleh Hakim. Nana tahu kalau Nana cerita masa tu pun, tak akan ada orang yang percaya”. Nana masih lagi menangis teresak-esak.
“apa-apa lagi kita bercakap kat  balai. Maaf Faris, kami kena bawa Nana ke balai sekarang. Kamu boleh dapatkan peguam bela”. Azam terus memberi arahan kepada orang bawahannya untuk membawa Nana. Mereka meninggalkan Faris yang masih lagi terkejut.
>>>>>>>>>>>> 
Selepas dibicarakan, Nana dikenakan hukuman penjara 20 tahun. Manakala seorang lagi lelaki yang dikataka oleh Nana yang bersubahat sekali dengan Pegam Tahir dan Datuk Norman adalah seorang Pegawai Polis yang berpangkat Sarjan. Masa kes tiga tahun lepas, dia yang meletakkan DNA suspek pada mayat mangsa. Dengan DNA itulah, suspek disahkan  sebagai pembunuh. Dengan pengakuan dia jugalah hukuman Nana dikurangkan. Faris pula bersyukur kerana Nana tidak mendapat hukuman yang berat.
Selepas kes itu selesai, Aiman dibebaskan dan keluarganya lah yang paling gembira. Datuk Kadir ada memberinya tawaran untuk bertugas kembali sebagai Pegawai Polis di jabatan itu, tapi Aiman menolak kerana dia sudah berjanji dengan Papanya untuk membantu papanya itu di syarikat mereka. Anis pula sudah berbaik dengan keluarganya selepas kes tersebut. Nama dia naik sebagai orang utama yang menyelesaikan kes itu. Tentang keistimewaannya pula tetap menjadi rahsia antara mereka. Biarlah keluarganya tidak tahu tentang perkara itu.
>>>>>>>>>>>>> 
“sayang fikir apa ni? dari tadi lagi abang tengok asyik termenung jer”. Aiman memeluk isterinya dari belakang. Dia menjatuhkan dagu atas bahu isterinya. Rambut dan pipi isterinya dicium bertalu-talu. Anis yang berasa geli dengan ciuman suaminya hanya ketawa. Dia tidak melarang kerana tahu sangat yang suaminya itu bukannya makan saman kalau dia melarang sekalipun.
“tak ada fikir apa la abang. Saja jer tengok bintang. Cantik”. Anis tersenyum sambil berpusing mengadap suaminya. Tangannya diangakat dan terus memaut leher suaminya kemas. Aiman tersenyum dengan kelakuan manja Anis. Dia megemaskan pegangan di pinggang isterinya.
“Abang esok pukul berapa rombongan kita bertolak?”. Anis bertanya kepada Suaminya. Esok mereka akan menyertai rombangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Petang tadi Azam dan Miranti sudah sah menjadi suami isteri dan esok pula mereka akan bersanding. Mereka kini bermalam di hotel yang ditempah khas oleh Azam untuk rombongannya.
“pukul 11 Sayang. Huh….tak sangka kan kita yang dulu berkahwin sebelum Azam dengan Miranti. Mereka yang bercinta bagai nak rak, tengok-tengok kita yang kawin dulu”. Aiman melepaskan ketawanya.
“tu sebab Abang ni gatal. Tak menyempat-nyempat”. Anis teringatkan kembali tentang Aiman yang tiba-tiba hantar rombongan merisik dan yang paling dia terkejut mereka terus bertunag pada masa itu jugak. Sedangkan selama ini, mereka berdua tidak pernah bercinta. Selepas kes hari tu pun mereka Cuma berjumpa sekali sekala sahaja itupun sebab nak temankan Azam dan Miranti dating.
“ye la kalau Abang tak bertindak dengan cepat, melepas la Abang nak dapat isteri cantik macam Sayang ni. Lepas Sayang datang ke pejabat Abang dengan Azam hari tu, terus lelaki kat pejabat tu merisik dengan Abang pasal Sayang. Manalah Abang tak mengelabah. Balik jer rumah Abang terus mintak Papa dengan Mama pergi merisik Sayang. Nasib baik Papa dan Mama setuju”. Anis ketawa mendengar kata-kata suaminya. Aiman memandang kasih ke arah isterinya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Anis dan terus mengucup pipi Anis.
“dah la jom tidur. Kesian baby papa kat dalam ni mengantuk”. Aiman mengusap-usap perut Anis yang bulat. Anis kini sudah mengandung enam bulan. Aiman terus mencempung isterinya dan membawa masuk. Pintu balkoni ditarik dan dia terus menuju ke arah katil. Selepas meletak Anis, dia bangun menutup lampu. Malam itu Anis tidur lena dalam pelukan suaminya sepeti malam-malam sebelum ini dan dia sempat berdoa supaya biarlah semua ini kekal sepanjang hayat mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan