Hi......alll
saya mulakan dengan cerita serba sedikat tentang diri ini. Saya berasal dari Kelantan dan kini sedang belajar di UNIMAS iaitu universiti yang terletak di Sarawak. Jauh U, I datang belajar, oversea gitu. Saya ni anak bogsu daripada lapan orang adik beradik. Jangan kata saya manja tau, bukan apa orang sekarang ni kalau dengar jer kita ni anak bogso mesti kata kita ni manja....kan? salah tau. Saya tak manja. Tapi mengada-ngada jer...hahahaha.
Saya belajar dalam bidang filem. Ia lebih dikenali sebagai kos Sinematografi.Dalam masa saya belajar kos Sinematografi ni, banyak benda yang saya dapat belajar. Bermula dari saya tahun pertama sehinggalah dari saya tahun akhir ni. Apa yang paling saya suka adalah dalam penulisan skrip. Ni adalah bidang dan subjek yang paling saya suka. Selain tu, subjek lain pun buat saya enjoy dalam mempelajarinya. Dengan adanya kawan-kawan yang sekepala dengan saya membuatkan saya belajar dengan cara yang paling happy. Banyak saya dapat belajar contohnya belajar cara menggunakan kamera, lighting yang bermacam jenis. Selain itu, saya juga banyak belajar menggunakan adobe. Adobe ni bukan sejenis makanan tau korang, ia sebenarnya satu window yang digunakan oleh pelajar yang macam saya ni untuk mengedit sesuatu gambar ataupun video. Dengan adanya benda ni ia akan menyenangkan kerja kita tau.
kena berlakon x?
BalasPadam