Rabu, 3 Disember 2014

Projek Tahun Akhir

Projek tahun akhir ini saya buat pada tahun lepas. Masa itu saya di tahun tiga. Projek ini merupakan projek yang paling besar bagi pelajar sinematografi. Projek ini saya jaya kan dengan dua orang lagi pelajar sinematografi yang lain. Kami melakukan projek tersebut dalam satu kumpulan.  Projek tersebut, mempunyai dua bahagian iaitu satu kertas kerja dan satu lagi ialah filem pendek. Saya membuat kertas kerja mengenai filem komedi yang menggunakan stail slapstik. Maka dalam filem pendek tersebut saya perlu selit kan babak-babak yang mengambarkan komedi slapstik tersebut. Di dalam produksi saya bertugas sebagai penulis skrip dan juga pengarah seni. Sebagai penulis skrip tidak menjadi masalah bagi saya kerana saya sering kali memegang jawatan tersebut di dalam produksi tetapi sebagai pengurus seni ia sangat mencabar saya tidak pernah lagi memegang jawatan tersebut semasa di dalam produksi.





Semasa krew-krew produksi kami sedang menetapkan kedudukan kamera dan lighting. Kami mengambil krew-krew yang terdiri daripada pelajar-pelajar sinematografi.


 Salah seorang pelakon kami yang menjaya kan filem pendek yang bertajuk Cinta Adam.
Dia sedang dimekap oleh salah seorang krew daripada produksi kami.





Babak di mana saya sedang memberi arahan kepada pelakon dalam membantunya membawa watak dengan lebih baik. Sebagai penulis skrip dan pengarah seni saya sememangnya wajib dalam menerangkan sesuatu watak kepada pelakon.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan