Selasa, 2 Disember 2014

Shooting Untuk Subjek Harta Intelek

Subjek ni saya ambil masa saya tahun dua. Tak banyak tugasan yang perlu dibuat dalam subjek. Kami cuma perlu siapkan satu projek akhir iaitu satu filem pendek ataupun iklan tentang intelektual properties. Dalam subjek ni ia ada banyak jenis pasal harta intelek dan kami telah memilih peniruan dalam jenama sesuatu produk. Kami telah memilih produk kasut yang telah di tiru jenamanya tapi produknya tidak berkualiti. Jalan cerita ini bermula dimana seorang remaja lelaki yang bermain futsal dengan memakai kasut tiruan. Sedang rancak bermait tiba-tiba kasutnya koyak sedangkan kasut itu baru saja dibelinya. Selang beberapa hari, remaja tersebut kembali bermain futsal dengan kasut yang baru. Namun kasur tersebut ternyata tidak rosak seperti kasut yang sebelumnya sedangkan ia merupakan dari jenama yang sama. Remaja tersebut baru sedar bahawa kasut sebelum ini merupakan kasut tiruan.





Ni adalah babak pertama dimana pelakon kami sedang memakai kasut untuk bermain bola. Tanpa pemgetahuan pemakai, kasut itu merupakan kasut tiruan yang tidak original.







 Ini adalah babak dimana kasut itu rosak ataupun koyak semasa remaja tersebut sedang rancak bermain. Keadaan kasut itu sangat teruk sedangkan kasut tersebut baru sajaha dibelinya.






Babak diatas merupakan babak akhir dimana kasut baru yang dibelinya ternyata tidak koyak walaupun dia bermain lebih teruk daripada kasut sebelumnya. Dari itu dia sedar bahawa kasut sebelumnya itu merupakan kasut tiruan semata-mata.

Kami present projek kami ini selepas dua minggu. Kami mendapat respon yang baik dari kawan dan Pensyarah. Waalupun iklan kami pendek dan ringkas tapi menurut pensyarah cara penyampaian dalam iklan ini sangat baik dan senang untuk difahami oleh umum.


Ini adalah video full iklan kami....


Itu sahaja untuk setakat ni....bye...bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan