Apa yang paling saya suka adalah dalam membuat skrip. Ia sangat kena dengan jiwa saya yang suka menulis dan berangan. Kebanyakan dalam produksi tugas saya adalah sebagai penulis skrip.
Masuk tahun kedua, saya telah diberi pengajaran yang baru. Maka ilmu saya mengenai bidang filem semakin bertambah. Saya belajar benda baru tentang dunia bunyi dan dunia editing. Saya banyak belajar tentang bunyi-bunyi dan setiap bunyi itu ada fungsinya. Pelajaran tentang bunyi terus disambung semasa saya tahun ke tiga. Dan lebih banyak pengetahuan saya tentang bunyi terutamanya bunyi dalam filem.
Semasa dalam tahun dua juga saya banyak belajar tentang dunia editing. Saya di ajar bagaimana untuk memotong bahagian-bahagian rakaman filem yang tidak elok. Dalam kelas ini juga saya belajar membuat sesuatu treler filem. Mula-mula saya belajar dalam editing, saya menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak Unimas untuk pelajar Sinematografi untuk mengedit kerja mereka. Setelah itu saya diajar mengedit di komputer saya sendiri dengan menggunakan adobe. Ia dikenali sebagai adobe premire pro. Dari kini saya masih lagi menggunakan adobe ini jika saya ingin mengedit sesuatu video.
Tugasan dalam membuat demo reel. Kami perlu membuat demo reel untuk memperkenalkan projek yang telah saya buat.
Semasa dalam tahun tiga juga saya belajar tentang dokumentari. Saya di ajar bagaimana untuk membuat sesuatu dokumentari. Melalui kelas itu, saya dan ahli kumpulan berjaya membuat dua buah filem dokumentari dengan berjayanya.
Akhir semester tahun tiga saya dan rakan sekelas diberi tugas dalam mengendali kan satu festival filem yang khas untuk pelajar sinematografi. Filem-filem pelajar sinematografi yang ada dipertandingkan di dalam festival tersebut.
Kak.. boleh x kalau saya mau nanya soalan tentang sinematografi ni.. apakah kerjaya bgi course ni di universiti?? Ni nombor saya (01116344037).. harap boleh ketahui lebih lanjut soalnya saya dpt course ni 🥺mohon bantuannya
BalasPadam