Khamis, 27 Ogos 2015

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 9 Last Part


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 9

Zakri dan Aisyah kini sedang sibuk menguruskan majlis persandingan mereka. Di samping itu Zakri juga sedang sibuk mempelajari tentang selok belok Ombak dengan Datuk Ahmad. Minggu depan dia akan diperkenalkan dengan semua staf Ombak dan Datuk Ahmad akan bersara. Dah letih katanya. Zakri sudah bersedia untuk diperkenalkan. Zahra juga akan diperkenalkan nanti sebagai salah seorang waris Hamidi. 

Uncle Azman dan Bonda pula akan berkahwin minggu depan. Katanya nak buat kecil-kecil jer. Dah tua nak bersanding bagai. Mereka hanya buat majlis angkat nikah.

Rumah bonda sekarang Bonda Sarah menyerahkan tugasan pengurusan kepada pembantunya. Dia hanya akan menguruskan hal-hal yang penting sahaja. Selepas kawin nanti dia akan tinggal dengan Uncle Azman. Zahra dan Isya akan dibawa tinggal bersama. Zakri tiada masalah bila Bonda Sarah minta  Zahra tinggal dengannya. Zahra pun tidak menolak kerana dia memang rapat dengan Bonda dan Uncle Azman. Atas permintaan Uncle Azman, dia meminta memanggilnya Daddy dan tidak dibenarkan memanggilnya Uncle lagi.

Perkarangan Rumah Bonda dipenuhi oleh orang ramai. Tengah hari ni Bonda Sarah Dan Uncle Azman akan dinikahkan. Dengan sekali lafaz, Bonda Sarah akhirnya menjadi isteri Uncle Azman. Uncle Azman membuat aksi gatal semasa upacara pembatalan air sembahyang. Bonda Sarah menjeling tajam dengan sikap nakal suaminya. Jagalah malam ni. Tidur sorang-sorang.
Semasa sedang sibuk berbual, tiba-tiba Aisyah rebah. Nasib baik sempat di sambut oleh Zakri. Dia kalut membawa Aisyah ke Klinik. Uncle Azman dan Banda Sarah ikut sekali. Siap dengan baju pengantin lagi.

Selepas di periksa oleh doctor, semua kalut ke arah katil Aisyah. Aisyah yang terbaring masih pucat mukanya. Dia menghulurkan tangannya kepada Zakri. Zakri menyambut dan mengucup tangan isterinya. Dia megusup wajah Aisyah yang pucat. 
“macam mana Doktor dengan isteri saya…dia tak apa-apa ke..?”. Doktor tersenyum.
“Encik tak perlu risau. Isteri encik tak apa-apa, biasa lah awal-awal kehamilan memang macam ni. Dia akan rasa letih dan lemah”. Semua yang mendengar penerangan dari Doktor sudah terkejut. Zakri tersenyum memandang Aisyah. Aisyah yang pucat terus merah mukanya. Dia tak sangka yang dia mengandung.Zakri terus merangkul tubuh Aisyah. Pipi Aisyah dicium bertalu-talu. Perbuatannya terhenti bila terdengar Bonda berdehem. Bila dia memandang ke belakang, Mama dan Bonda memandangnya tajam. Zakri tersengih. Dia tahu apa yang ada di dalam kepala Mama dan Bonda.
“hmmm…Mama, Bonda relek la…jangan marah-marah….hehehe”. Zakri melebarkan sengihannya.
“gelojoh betul. Bulan depan dah nak bersanding. Tak pasal-pasal bersanding bertiga”. Datin Salmah merungut. Uncle Azman dan Datuk Ahmad ketawa riang. Dapat cucu la tak lagi mereka.
“biar la mah…dah duduk sekali…memang berisi la”. Datuk Ahmad menyokong Zakri.
“betul tu Ma…Zakri tak tahan la Ma…anak Mama ni seksi sangat”. Aisyah menghadiahkan cubitan kepada Zakri seusai Zakri berkata. Cakap tak agak-agak. Malu lah dia. Muka tak yah cakap la…merah habis.
“dah berapa bulan cucu saya tu doctor?”. Bonda Sarah bertanya kepada Doktor.
“dah masuk dua bulan”.
Bonda menjeling sekali lagi ke arah Zakri. Memang betul gelojoh. Tak sabar-sabar betul. Kawin baru tiga bulan, dah mengandung dua bulan. Zakri tersengih malu. Namun akhirnya mereka ketawa gembira.

Malam ni mereka semua bermalam di Rumah Bonda. Aisyah dan Zakri sudah lama berlalu ke dalam bilik mereka. Aisyah kurang sihat dan Zakri pula menemani Aisyah berehat dalam bilik.
“malam ni Isya nak tidur dengan bonda tak..?”. Bonda Sarah bertanya kepada Isya. Sekarang ni yang ada di runag tamu cuma Uncle Azman, Bonda Sarah, Zahra dan juga Isya. Yang lain semuanya dah tidur. Uncle Azman menjeling kepada Bonda Sarah. Ada ke patut ajak Isya tidur sekali. Malam ni kan malam pertama kita. Nak lari la tu. Bonda kalut bila melihat jelingan Uncle Azman.
“tak oleh Onda…addy akap alam ni Ica ene idur ngan kak Aya. Onda ena idur ngan Addy. Ica tak oleh acau…nanti Addy agi Ica adik. Ica nak adik”. Isya berkata dengan pelatnya. Zahra yang ada kat situ sudah ketawa kuat. Bonda Sarah serta merta mencubit suaminya yang ada di sebelahnya. Ada ke patut cakap kat budak-budak macam tu. Buat malu jer.
“kau ni memang kan…rosak otak anak aku”.
“aku…aku…abang…panggil abang ‘abang’ sayang. Nak kena macam tadi ke?”. Uncle Azman mengugut Bonda Sarah. Cepat-cepat Bonda Sarah menggelengkan kepalanya. Dia teringat peristiwa petang tadi dimana Uncle Azman telah mengucup bibrnya bila Bonda Sarah membahasakan dirinya kau kau. Denda katanya.
“okey Isya…jom masuk tidur. Jangan kacau Bonda dengan Daddy…kata nak adik”. Zahra pula yang menjadi mangsa cubitan dari Bonda Sarah. Isya hanya mengikut langkah Zahra yang sedang memimpinnya. Bonda Sarah bangun dan sebelum sempat dia melangkah tangannya di tarik. Serta merta dia jatuh atas riba Uncle Azman. Uncle Azman hanya tersenyum sumbing. Bonda Sarah menjeling tajam.
“abang lepas la…sarah nak masuk bilik ni…ishh dia ni”. Bonda Sarah cuba melepaskan pelukan kemas Uncle Azman. Uncle Azman senyum bila Bonda Sarah memanggilnya abang.
“nak buat apa masuk bilik awal. Lepak la sini dulu”. Uncle Azman berbisik di telinga Bonda Sarah. Berdiri tegak bulu roma Bonda Sarah bila Uncle Azman mencium lehernya yang tidak pernah disentuh sesiapa pun selama ini.
“kata nak bagi Isya adik….masuk bilik la. Tak kan nak bagi kat sini kut”. Uncle terkejut mendengar kata-kata dari Bonda Sarah. Pelukan dia menjadi longgar. Bonda Sarah mengambil peluang melepaskan diri. Dia terus berlari menuju ke bilik bila dia berjaya lepas dari pelukan suaminya. Uncle Azman tersenyum sebulum dia turut bangun mengikut jejak langkah isterinya. Bonda Sarah terjerit bila terasa badannya melayang tinggi. Dia telah dicempung oleh Uncle Azman. Bonda Sarah malu dan terus menyembunyikan wajahnya di dada bidang Uncle Azman.
Masuk jer dalam bilik, Uncle Azman meletakkan Bonda Sarah ke atas katil. Leher yang dipegang kejap oleh Bonda Sarah menyebabkan Uncle Azman terbaring elok atas badan Bonda Sarah. Mereka berbalas pandangan sebelum Uncle Azman merapatkan Wajah Mereka. Bonda Sarah memejamkan matanya. Seluruh wajahnya dikucup oleh Uncle Azman. Akhir sekali bibirnya dikucup oleh bibir Uncle Azman. Lama. Apabila tangan Uncle Azman mula merayap meliar di segenap tubuh, Bonda Sarah terus menolak tubuh suaminya. Tautan bibir mereka terlerai. Suaminya menunjukkan muka kecewa.
“kenapa…abang tengah syok nih”.
“lampu…tutup”. Bonda menyuruh Uncle Azman menutup lampu.
“ala…dalam terang tak boleh ke…?”. Bonda Sarah mencubit Uncle Azman. Tak senonoh betul.
“nak ke tak nak ni…kalau tak nak tutup, tak yah buat apa-apa malam ni”. Bonda Sarah mengugut Uncle Azman.
“boleh jer sayang…kejap eh”. Selepas menutup lampu, Uncle Azman terus menyambung apa yang tergendala tadi. Bonda Sarah hanya mengikut permainan Suaminya. Dia sudah berserah. Sememangnya Uncle Azman adalah lelaki yang dari dulu lagi dia cintai.

Semua staf Ombak pandang pelik kepada Zakri dan Zahra yang masuk beriringan ke dalam lobi syarikat. Semua staf di setiap tingkat di kehendaki berkumpul hari ini kerana mereka akan diperkenalkan kepada CEO yang baru.
Selepas Datuk Ahmad memperkenalkan Zakri semua terkejut kerana mereka tidak meyangka bahawa Zakri yang selama ini bekerja sebagai pemandu Datuk Ahmad merupakan Waris Ombak. Zahra juga diperkenalkan sebagai puteri bongsa arwah Hamidi dan Anita. Mereka diterima dengan baik oleh semua staf. Staf semua sudah tahu sikap Zakri yang baik dan sebab itu mereka menerima dengan baik kehadiran Zakri sebagai CEO baru mereka. Mereka juga dijemput hadir ke majlis perkahwinan Zakri dan Aisyah bulan depan.

Kini kandungan Aisyah sudah masuk bulan ke lapan. Perut Aisyah juga sudah bulat dan besar. Mereka berdua tidak sabar menunggu kehadiran bayi mereka.
Bonda Sarah juga kini sedang mengandung. Hebat betul Uncle Azman ni, baru sebulan kawin terus Bonda Sarah mengandung. Bonda Sarah pada mulanya malu untuk memberitahu kerena dengan usianya sekarang yang sudah berusia. Tapi selepas mendengar kata-kata semangat dari Uncle Azman terus hilang rasa bimbangnya. Kata Uncle Azman, dia kesiankan Isya kerana tiap-tiap hari minta nak adik. Sebab dia bagi Isya adik cepat-cepat. Isya orang yang paling gembira bila diberitahu yang dia akan mendapat adik.
Aisyah yang sedang termenung di balkoni biliknya terkjut bila dia dipeluk dari belakang. “abang suka tau kejutkan Chah. Kesian baby pun terkejut”. Aisyah mengusap perutnya yang memboyot.
“ye ker…ala baby abah minta maaf ya sayang”. Terus  perut Aisyah di usap. Aisyah tersenyum bila perutnya diusap oleh Zakri. Zakri mencium wajah Aisyah yang menoleh ke arahnya yang ada di belakang.
“I love U sayang…I don’t know how to live without U…U are my soul..”. Zakri mengucup pipi Aisyah sekali lagi.
Aisyah berpaling mengadap Zakri. Leher Zakri dirangkul erat. Zakri pula mengemaskan pelukan pasa pinggang isterinya. “I love U to. Chah bersyukur sebab Allah berikan Chah seorang suami yang baik sangat. Plus hensem dan sado macam ni”. Aisyah mencium hidung Zakri. Zakri tersenyum. Aisyah dibawa ke dalam pelukannya. Dia berharap yang kebahadian ini akan berpanjangan dan kasih sayang mereka akan terus bercambah dari hari ke hari.

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 8


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 8

Ranggo dan Jalil serta anak-anak buah mereka kini sedang bersembunyi di tempat persembunyian mereka. Tempat ini adalah tempat dimana anak-anak buah mereka tidak pernah datang.
“macam mana sekarang ni…sampai bila kita nak bersembunyi macam ni”. Jalil tidak berpuas hati dengan Ranggo.
“kau bersembunyi jer kat sini. Pihak polis tak kan tahu tempat ni. Lepas ni aku nak keluar dengan anak-anak buah aku. Aku akan pastikan orang yang nak jatuhkan aku tu dihapuskan. Dia bermain dengan salah orang. Dia ingat aku akan senang-senang lepaskan dia. Ni Ranggo lah”. Ranggo berkata dengan kuat. Dia jelas kelihatan sangat marah dengan Zakri yang telah menghalang kerjanya. Jalil pun berasa gerun untuk menegur Ranggo. Kan tak pasal-pasal dia pulak yang dibelasah oleh Ranggo.

Zakri masuk ke dalam bilik siasatan selepas salah seorang daripada rakan sekerja dia keluar dengan muka yang kecewa dan keluhan berat dikeluarkan. Syahil memang mencabar pihak polis dengan kedegilannya. Zakri menarik kerusi yang berada di depan Syahil. Syahil terkejut melihat kedatangan Zakri. Zakri mengeluarkan id nya dan di tunjukkan kepada Syahil. “Zakri Daniel Bin Hamidi”.  Syahil menyebut nama Zakri.
Lama Syahil berfikir sebelum tersentak dan dia terus merenung mata Zakri. Zakri tersenyum. “ya…aku Zakri Daniel Bin Hamidi. Budak yang berjaya menyelamatkan diri 15 tahun lepas selepas kau orang semua membunuh keluarganya”.
“hahaha…kau tak ada bukti pun yang mengatakan aku pun terlibat sama”. Syahil masih lagi menunjukkan keegoannya.
“aku dah ada bukti pun. Kawan kau sorang lagi tu dah ceritakan segalanya. Semua kegaitan korang semua dah terbongkar. Pasal Jalil dan Ranggo pun aku dah tahu. Sekarang ni aku Cuma nak tahu mana tempat persembunyian mereka. Semua tempat lain aku dah pergi tapi semuanya kosong. Sekarang hanya tinggal kau sorang yang belum buka mulut. Mungkin kau tahu mana tempat yang paling selamat untuk Ranggo menyembunyikan diri dia. Kalau kau berkerjasama, kemungkinan hukuman kau boleh dikurangkan”. Zakri cuba untuk memujuk Syahil. Syahil nampak resah. Nampaknya dia dah tak boleh berdiam diri lagi. Segala kegiatan dia sudah terbongkar. Tak guna punya kawan.
“aku tak tahu…ada satu tempat tu yang sering Ranggo pergi tapi dia tak pernah bawa kami. Tu tempat rahsia dia. Tak ada siapa pun yang tahu”. Zakri mengeluh mendengar jawapan Syahil. “Mungkin kau boleh awasai tempat-tempat persembunyian tu dengan ketat. Mana tahu salah seorang dari kami kesana untuk ambil sesuatu”. Syahil memberi cadangan. Zakri tersenyum.
“baik pulak kau kan…siap bagi cadangan lagi. Tapi bagus jugak cadangan kau tu”.
“buat apa aku nak bersembunyi lagi. Dah memang ada bukti dah pun”. Zakri bangun untuk berlalu. Namun dia ditahan oleh Syahil.
“kejap Zack. Aku rasa ada seorang tahu tempat tu. Kau pergi kelab John yang kami selalu lepak tu. Kau cari Rahaya. GRO kat situ. Aku rasa Ranggo pernah bawa dia kat situ. Tu jer yang aku boleh cakap setakat ni”.
Zakri tersenyum kepada Syahil. “terima kasih”.
Zakri keluar memberi arahan kepada anak buahnya untuk mengawasi tempat-tempat persembunyian Ranggo. Manakala dia dan beberapa rakan kerja yang lain akan ke kelab John untuk mengawasi Rohaya. Sebelum itu dia sempat menelefon Aisyah untuk memaklumkan bahawa dia akan balik lambat. Dia tahu Aisyah sering merajuk bila dia sibuk bekerja. Namun setelah dipujuk mereka berbaik semula. Dia sekarang hanya ingin menyelesaikan misi ini secepat mingkin. Dia juga telah memaklumkan kepada ketuanya di Amerika bahawa ini merupakan misi terakhirnya. Dia akan berhenti dan mengurukan syarikat arwah Papanya. Dia dah berjanji dengan bapa mertuanya.
Sudah satu malam mereka mengawasi Rohaya yang sedang melayan pelanggannya di kelab malam tersebut. Mereka percaya yang kelak Rohaya akan pergi ke tempat persenbunyian Ranggo disebabkan itulah Rohaya di awasi. Satu malam Zakri dan rakannya mengawasi Rohaya. Rohaya pulang ke rumah bila siang hari menjelma. Zakri bertukar tugas dengan rakan kerja yang lain.
Zakri pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum memulakan tugasnya kembali. “assalamualikum Mama, Papa”. Zakri menegur Datuk Ahmad dan Datin Salmah yang sedang bersarapan. Mereka tersenyum memandang Zakri. Dia tahu Zakri kini sedang berkerja keras dalam menyelesaikan kes 15 tahun lepas.
“kesian betul mama tengok Zakri ni. Nak makan dulu ke nak rehat dulu?”. Datin Salmah bertanya prihatin. Zakri tersenyum. “Zakri naik berehat dululah Mama. Letih sangat badan ni”.
“hmm naik la Zakri. Rehatkan tubuh tu dulu. Chah pun baru jer naik tadi. Nak mandi katanya. Mana tahu kamu rindu kat isterinya kamu tu”. Zakri ketawa dengan kata-kata bapa mertuanya itu. Dia mengenyitkan matanya kepada Datuk Ahmad sebelum belari naik ke bilik.
Aisyah yang sedang mengeringkan rambutnya terkejut bila pintu bilik dibuka dari luar. Bila melihat gerangan yang masuk ke dalam, dia melebarkan senyumannya. Dia melepaskan tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya tadi dan berlari ke arah Zakri yang sedang mendepangkan tangannya. Aisyah berlari masuk ke dalam pelukan kemas Zakri. Lama mereka berpelukan.
“hmm…wanginya sayang abang ni…seksi pulak tu. Tunggu abang hey..?”. Zakri melihat ke arah Aisyah yang seksi berkemban dengan tuala yang singkat. Mendedahkan pahaya yang putih melepak.
Aisyah berjinjit dan merangkul leher Zakri dengan kedua-dua belah tangannya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Zakri dan mencium pipi kanan Zakri. “abang rasa…?”. Aisyah berbisik lembut di telinga Zakri. Zakri yang geram dengan telatah manja Aisyah terus menolak Aisyah jatuh ke atas katil dan sebelum sempat Aisyah bangun dia terus menindih tubuh genit Aisyah.
“dah goda tak boleh nak patah balik. Sayang kena tanggung akibatnya”. Zakri terkedu bila bibirnya dipagut oleh bibir Aisyah. Aisyah semakin berani sekarang ni. Dah hilang rasa malunya.
“abang ni lambat lah”. Aisyah berkata selepas melepaskan bibir Zakri. Zakri tersenyum miang. Letih yang tadi melekat pada tubuhnya terus hilang selepas melihat telatah manja Aisyah.
Selepas membersihkan diri, Aisyah turun meninggalkan Zakri yang sedang tidur pulas keletihan. Dia turun untuk masak makan tengah hari. Dia tahu nanti selepas bangun tidur, Zakri akan mula berkerja semula. Jadi sebelum Zakri berkerja dia akan masak tengah hari untuk Zakri.
“hai…anak Mama, baru turun. Zakri Mana?”. Datin Salmah memerli. Dia tersenyum.
“abang tidur lagi. Letih benar nampaknya tu. Chah nak masak. Abang kata tadi dia nak makan asam pedas”. Aisyah berkata sambil berjalan masuk ke dapur. Datuk Ahmad masih lagi dipejabat. Dia sekarang sudah mempunyai pemandu yang baru setelah Zakri sibuk sedang menyekesaikan misinya.
Setelah selesai makan tengah hari, Zakri berehat sebentar di ruang tamu sebelum dia keluar mengawasi semula. Sedang dia berbual degan Datuk Ahmad yang pulang untuk makan tengah hari, telefonnya berbunyi. “ya..kamu awasi dia betul-betul. Kejap lagi saya sampai”. Zakri menamatkan perbualannya. Dia bangun dari duduknya.
“abang kena pergi sekarang”. Zakri memberitahu Aisyah.
“Pa, Ma…Zakri pergi dulu”. Zakri meminta diri. Aisyah mengiringinnya sampai ke pintu depan.
“hati-hati ya abang”. Aisyah berpesan. Zakri menganggukkan kepalanya. Dia menarik Aisyah mendekatinya. Kucupan hangat di dahi diberikan kepada Aisyah. “I love U”. “I love U to”. Aisyah membalas. Zakri terus berlalu pergi dengan keretanya.

Mereka mengekori Rohaya yang sedang menuju ke suatu tempat. Rohaya sangat mencurigakan kerena dia telah membeli tertalu banyak makanan dan makanan tersebut untuk satu kuantiti orang yang ramai. Tanpa pengetahuan Rohaya, dia telah diekori. Sampai di satu bangunan lama, Royaha memberhentikan kenderaannya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum berlalu masuk. Dia tidak mahu dia diekori. Itu adalah pesanan Ranggo kepadanya. Zakri dan pasukanya memerhatikan daripada jauh. Selepas Rohaya masuk, mereka terus menyusul masuk mengekori langkah Rohaya. Mereka sangat pasti yang Ranggo dan konco-konco sedang bersembunyi di sini. Zakri tersenyum bila telahan mereka betul. Terbukti yang Ranggo sememangnya bersembunyi di bangunan lama itu. Zakri memberi arahan untuk menyerbu. Jalil, Ranggo dan konco-konconya tidak sempat melarikan diri. Mereka semua ditahan dan dibawa ke Balai. Zakri sempat membelasah Jalil sehingga lembik. Dia sangat berdendam dengan Jalil kerana kes bunuh keluarganya. Ranggo juga teruk dibelasah.
Akhirnya kes 15 tahun lepas terungkap semula. Terbukti yang kes tersebut merupakan kes bunuh dan bukannya kes kebakaran yang tidak disengajakan. Mereka semua dijatuhkan penjara seumur hidup. Hanya Syahil yang dikurangkan hukumannya kerana kerjasamanya.

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 7


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 7

Aisyah tersedar dari tidurnya. Dia melihat Zakri yang sedang tidur lena di sebelahnya. Tubuh dia dipeluk kemas oleh Zakri. Melihatkan tubuh Zakri yang terdedah dia teringat akan peristiwa malam tadi. Dia malu. Semalam setelah genap seminggu dia menjadi isteri, akhirnya dia betul-betul menjadi seorang isteri. Pesanan Mama dan Bonda entah kemana dah. Kejadian malam tadi mula terlayar di ingatannya.

Zakri keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan tuala. Badannya yang sasa dibiarkan terdedah. Pada masa yang sama, Aisyah masuk ke dalam bilik.Dia terjerit kecil bila melihat Zakri tidak berbaju. Bila dia berura-ura untuk kaluar dari bilik, pinggang dia dipeluk oleh Zakri dari belakang. Zakri membalikkan tubuh Aisyah mengadapnya. Zakri tersenyum semacam. Senyum gatal. “sayang nak pergi mana hmm..?”. Zakri bertanya perlahan di cuping telinga Aisyah diiringi dengan satu kucupan di telingannya.

 Aisyah yang mendengar nada suara Zakri yang semacam dan mengelabah. “abang…pergi la pakai baju…peluk-peluk orang pulak. Abang jangan nak buat perangai tak senonoh eh…senyum abang tu lain macam jer tau tak…seram Chah tengok”. Zakri tidak menghirau kan kata-kata Aisyah. Dia membelai bibir Aisyah yang dirasakannya terlalu banyak cakap tu. Dah lama sangat dia geram dengan bibir munggil isterinya ini.

Aisyah yang ingin berkata-kata lagi terkedu bila bibirnya dipagut lembut oleh bibir seksi Zakri. Lama sebelum dia membalas kucupan itu. Kucupan hangat itu dileraikan oleh Zakri. Dia mengelus bibir isterinya yang basah akibat kucupannya tadi. Aisyah hanya membiarkan saja. Dia sudah hanyut dengan belaian Zakri.

Zakri mencempung Aisyah dan diletakkan ke atas katil dengan perlahan. Dia merebahkan badannya disebelah Aisyah. Tubuh Aisyah dirangkul erat dan sekali lagi bibir Aisyah dipagutnya lembut. Aisyah membalas kucupan hangat itu. Mereka berbalas pandang bila bibir mereka terlerai.
“abang……”. Aisyah memanggil Zakri. Zakri sedang sibuk mengucup segenap lehernya. “abang….Mama…Bonda…”. Tersekat-sekat Aisyah bercakap. Dia sememangnya sedang hanyut dengan belaian Zakri. Zakri memandang lunak ke mata Aisyah. Dia berbisik. “abang nak sayang…abaikan Mama dan Bonda”. Nafas Zakri hangat mengena wajah Aisyah. Aisyah memejamkan matanya sebelum dia menganggukkan kepalanya. “I love U sayang. So much”. Selepas mengucapkan kata-kata keramat itu, Zakri terus mengucup bibir Aisyah. Mereka hanyut dalam dunia indah buatan mereka sendiri. Aisyah dengan rela hati merelakan perbuatan Zakri. Setiap belaian dari Zakri sangat menghangat malam mereka. Dan malam itu buat pertama kalinya Zakri dan Aisyah bersatu dengan penuh nikmat dan cinta.

Menungan Aisyah terhenti apabila dia terasa bibirnya dikucup sekilas. Zakri sedang tersenyum di sebelahnya. Aisyah tersipu malu. Dia menyorokkan mukanya di  dada bidang Zakri. Zakri ketawa dengan tingkah Aisyah. Tak habis-habis dengan malu dia. “jom mandi…dah enam suku ni..kan terlepas subuh pulak”. Zakri melepaskan pelukan dan bangun dari baringannya. Belum sempat Aisyah membantah, tubuhnya sudah dicempung dan dibawa ke bilik air. Redha jer la Aisyah. Nak sangat kan.

Sudah sebulan Aisyah dan Zakri bergelar suami isteri. Namun luar daripada rumah mereka buat seperti biasa dan Zakri masih lagi berkhidmat sebagai pemandu Datuk Ahmad.
Malam minggu tu entah kenapa Zakri terasa ingin pergi melawat ke Rumah Bonda. Datuk dan Datin tidak pergi dan Zakri hanya pergi dengan Aisyah. Mereka membuat keputusan untuk bermalam di Rumah Bonda.
“jom makan buah anak-anak Bonda”. Bonda menjamu anak-anak makan buah selepas makan malam. Zakri dan Aisyah turut serta. Isya pula tidak meninggalkan Zakri. Asyik mengekor jer. Zakri hanya tersenyum bila Zahra merungut. Katanya dia tidak berpeluang bermanja dengan Zakri bila Isya ada.
“malam ni Ica nak idur ngan abang jek…kak aya angan eles…”. Isya berkata sambil mencium pipi Zakri.
“eh mana boleh….abang Zack tidur dengan kak Chah la…tak malu”. Isya sudah mencebikkan bibirnya bila tidak dibenarkan tidur dengan Zakri. Semua yang di situ ketawa dengan telatah Isya. Dia turun dari riba Zakri dan beralih kepada Aisyah yang berada di sebelah Zakri. “kak Chah Ica nak idur ngan kak Chah ngan abang jek eh…”. Isya meminta kebenaran dari Aisya. Aisyah mengangkat Isya ke atas ribanya. “ya sayang…boleh jer….”. Isya yang mendengar kebenaran dari Aisyah terus berteriak riang. Zahra di depannya dijelirkan lidah. Zahra bangun untuk mengejar Isya dan mereka terus berkejaran sambil ketawa girang.
Bunyi riuh di luar bilik mengejutkan Zakri dan Aisyah daripada tidur. “sayang duk dalam bilik diam-diam. Jaga Isya”. Zakri yang berura-ura untuk bangun berhenti bila tangannya dipegang. “abang Chah takut”. “hissss…tak ada apa pun…duk jer sini diam-diam okey”. Zakri sempat mencium pipi Aisyah sebelum berlalu keluar dari bilik. 

Keluar saja dari bilik Zakri terkejut bila seorang lelaki sedang memukul Bonda Sarah. Lelaki tersebut juga terkejut dengan kehadiran Zakri. Kiranya tidak ada lelaki dewasa dalam rumah itu. Zakri terus memukul lelaki tersebut. Setelah lelaki tersebut tumbang, muncul pula tiga orang lelaki lain dari bilik tidur budak-budak perempuan. Salah seorang dari mereka memikul Zahra. Mereka terkejut bila melihad Zakri ditambah pula dengan rakan mereka yang telah tumbang. Zakri menerpa kearah lelaki yang sedang memikul Zahra. Namun langkahnya di halang oleh dua orang lagi daripada mereka. Penjenayah yang memikul Zahra yang paling terkejut apabila melihat Zakri. Dia tidak sangka yang Zakri akan ada di sini. Dia berlari keluar bila Zakri dihalang oleh rakannya. 

Zakri dengan tangkas melawan dua penjenayah tersebut. Bila laluan dia tidak lagi di halang, Zakri terus berlari ke arah lelaki yang memikul Zahra tadi. Sebelum sempat dia keluar Zakri berjaya menghalangnya. Dua orang lelaki tadi telah pun berjaya melarikan diri. Tinggalah dia seorang diri. Dia Meletakkan Zahra ke bawah dan bersedia melawan Zakri. Kawan-kawan Zahra yang berada di situ terus berlari mendapatkan Zahra yang tidak sedarkan diri. Lawan Zakri kali ini agak sukar sikat untuk di tumpaskan. Semasa sedang bergelut topeng yang dipakai oleh lelaki tersebut tertanggal dan Zakri terpana melihat wajah tersebut. Manun selepas itu dia senyum.
“aku memang dah agak…kau memang ada kaitan dengan kes 15 tahun lepas kan”.
“siapa kau ni sebenarnya? Kau bukan sembarangan orang jer kan…bukan setakat pemandu Datuk kan?”. Syahil bertanya geram. Dia tidak menyangka yang Zakri akan menjadi penghalangnya dalam memculik anak Hamidi.
“kau tak perlu tahu aku siapa”. Usai berkata Zakri terus menyerang Syahil. Dia mengambil jangka masa yang agak lama juga untuk menumpaskan Syahil.
Syahil dan seorang lagi rakannya dibawa ke balai untuk siasatan yang lebih lanjut. Pasukan polis dan Uncle Azman sampai di Rumah Bonda selepas Zakri berjaya menumpaskan Syahil. Bonda, Zahra dan beberapa lagi rakan Zahra yang cedera di bawa ke hospital. Anak-anak lain masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut.

Ranggo menumbuk kuat meja yang berada di depannya. Dia sangat marah kerana rancangan mereka untuk memculik Zahra tidak berjaya. Anak buahnya yang berjaya melarikan diri dibelasah teruk. Kerja senang macam ni pun tak boleh nak buat. Dia mengambil telefonnya dan menelefon seseorang.
“hello Lil. Ku dengar sini baik-baik, kau kena sembunyikan diri dulu buat masa sekarang. Anak buah aku kena kecup malam tadi masa nak culik anak Hamidi. Aku takut mereka bocorkan rahsia. Kita kena sembunyikan diri”. Ranggo bercakap melalui telefon.
“ya aku tahu….kau jangan nak kalut sangat boleh tak. Kau datang tempat aku dulu. Kita fikirkan sama-sama”. Ranggo menenangkan Jalil yang berada di talian. Selepas itu dia menamatkan taliannya.

Bonda Sarah sekarang sedang dikerumuni oleh anak-anak dan juga kawan-kawannya. Zahra sekarang ni sedang duduk rapat dengan Zakri sambil merangkul lengan Zakri. Dia kini sudah tahu cerita yang sebenarnya setelah Zakri dan Uncle Azman menceritakan perkara yang sebenar. Pada mulanya dia menangis dan tidak mahu jumpa sesiapa pun termasuk lah Zakri. Namun setelah di pujuk oleh Aisyah akhirnya dia akur. Dia gembira kerana sekarang ni dia tidak lagi sebatang kara dan bertambah terkejut bila mendapat tahu yang dia ni sebenarnya adalah pewaris kepada orang kaya.
“aku tak kira Sarah. Dalam masa terdekat ni kau kena jugak kawin dengan aku. Akan jaga kau dan anak-anak. Aku tak nak  perkara yang macam ni berlaku lagi. Kau tahu kan aku sayangkan kau”. Uncle Azman tiba-tiba meluahkan perasaannya. Semua yang berada di situ tersenyum apabila mendengar luahan tersebut. Bonda Sarah terkejut tapi wajahnya jelas merah kerana malu. Nak mampus agaknya Azman ni. Buat aku malu jer. Depan anak-anak pulak tu. Dia menjeling geram ke arah Uncle Azman.
“kau mengarut apa ni Man…dah tua-tua pun nak buat perangai budak-budak…buang tabiat nak mampus agaknya kau ni…aku ni dah tua dah Man…malas nak fikir pasal kawin dah”.
“siapa cakap kau tua…baru 42 tahun…bergetah lagi. Kalau nak bagi aku anak tiga orang pun boleh lagi”. Uncle berkata sambil tersengih. Bonda Sarah terus mengambil bantal kecil yang ada disebelahnya dan melemparkan ke arah muka Uncle Azman. Cun-cun kena. Tapi Uncle Azman masih lagi tersengih. Muka Bonda Sarah yang merah bertambah merah.
“kau ni memang muka tak malu kan. Depan anak-anak cakap tu cover sikit boleh tak”.
“aku serius ni Sarah. Dah lama kan kau tahu perasaan aku. Tapi dulu kau kata nak tunggu Zakri balik dulu dan sekarang Zakri dah balik. Aku nak tuntut janji kau. Tolong lah….aku sayang sangat kat kau”. Bonda Sarah terus senyap bila Uncle Azman serius meluahkan perasaannnya. Dari riak muka Uncle Azman Zakri tahu yang Uncle Azman sekarang tak main-main.
“Bonda sekarang ni la masanya Bonda fikirkan pasal kebahagiaan Bonda. Zakri tahu Bonda pun merasakan perkara yang sama kat Uncle Man kan. Jadi jangan nak jual mahal sangat…kan Uncle cari orang lain melepas pulak Bonda”. Zakri menyokong Uncle Azman. Dia tahu yang Uncle Azman boleh jaga Bonda dengan baik lepas ni. Dia pun tak mahu perkara seperti semalam berlaku lagi.
Suasana senyap tadi terus riuh bila Bonda menganggukkan kepalanya. Yang paling tersenyum lebar adalah Uncle Azman sendiri. Akhirnya pada umur 45  tahun ni dia berpeluang untuk berumah tangga dengan wanita yang selama ini dia tunggu.

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 6


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU….part 6

Kini sudah masuk dua bulan dia bekerja dengan Datuk Ahmad. Walaupun misi melindungi Datuk Ahmad sudah selesai, Zakri meminta kebenaran untuk terus berkhidmat dengan Datuk Ahmad untuk menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya 15 tahun lepas. Permintaannya diluluskan oleh pihak atasan atas pujukan Uncle Azman. Kini dia sedang memerhatikan salah seorang pekerja Ombak yang sangat mencurigakan iaitu Syahil. Semasa sedang menyiasat dia sering melihat Syahil melepak di satu kelab malam dan paling mencurigakan, Syahil sering melepak bersama dengan kawan-kawannya yang jelas seperti ganster. Memang tidak sesuai dengan dia sebagai seorang pegawai yang berjawatan tinggi di salah satu syarikat yang megah di Malaysia. Namun sampai ke hari ni, Syahil masih lagi belum menunjukkan apa-apa yang membolehkan dia mendapatkan bukti kesalahan.

Kelihatan dua orang lelaki yang sedang duduk berhadapan. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu yang sangat serius. “korang ni buat kerja ke tak…dah 15 tahun berlalu, masih lagi tak jumpa dengan budak tu. Tak kan budak tu sorang pun korang tak boleh nak handle. Apa guna aku bayar korang kalau sampai sekarang pun masih tak selesai lagi masalah ni”. Salah seorang daripada mereka kelihatan tegang sambil marah-marah.
“kau sabar sikit lagi boleh tak Lil. Aku ada maklumat baru untuk kau. Kau pasti suka tapi sebelum tu kau kena buat sesuatu kat syarikat tu. Biar jatuh sikit, biar orang yang kerja kat situ mula rasa tergugat kerja kat situ. Baru lah kau boleh teruskan sasaran kau. Kau gunakan kretibiliti kau untuk menunjukkan kau ni seorang ketua yang baik dan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat”. Jalil tersenyum mendengar cadangan dari Ranggo. Ranggo adalah kawannya dan juga merupakan penjenayah yang melakukan keganasan namun sampai ke hari ini pihak polis tidak boleh menangkapnya kerana setiap kerja yang dilakukan olehnya sangat bersih dan tidak pernah meninggalkan sebarang bukti. Tambah-tambah lagi pengaruh yang dimilikinya.
“tapi apa yang perlu aku lakukan?”. Jalil bertanya.
“apa guna aku bagi anak buah aku yang paling bagus tu kerja kat syarikat dengan kau. Tu fungsi dia. Kau bagi jer arahan dia tahu lah apa yang dia perlu buat”. Ranggo menjeling Jalil yang dirasakan agak bodah. Macam mana nak handle syarikat besar kalau benda macam ni pun tak tahu nak buat macam mana.
“ok…nanti aku bincang dengan dia. Apa maklumat baru yang kau dapat tu…cepat la cakap”. Jalil tidak sabar untuk mendengar maklumat yang penting sangat seperti yang di katakan oleh Ranggo tadi.
Ranggo tersenyum ke arah Jalil. “kalau kau nak tahu 15 tahun lepas, adik ipar kau sempat melahirkan anak yang dikandungkannya sebelum dia meninggal”. Jalil yang mendengar maklumat tersebut itu terus berdiri. Dia terkejut.
“sempat lahir. Habis tu kat mana dia sekarang ni. Kau tahu ker?”.
“sekarang ni anak buah aku sedang menyiasat. Kau jangan risau. Dalam masa terdekat ni kita akan jumpa dia. Dia sedang disembunyi. Maknanya ada pihak yang tahu kita sedang memburu waris Hamidi sekarang ni”.
“kita kena cari dia cepat-cepat. Dah la abangnya pun kita tak jumpa lagi, ni timbul pulak adik. Masalah betul la”. Jalil merungut.
 Ranggo hanya menganggukan kepalanya. Dia pun akan ada masalah kalau budak itu dijumpai oleh pihak berkuasa. Budak tu mungkin sudah lihat muka anak buahnya yang telah membunuh keluarganya 15 tahun lepas. Ini akan menjadi masalah  kepada geng dia.


“Yam panggil Zack masuk bilik saya kejap”. Datuk Ahmad memberi arahan kepada Kak Yan melalui interkomnya. “Baik Datuk”.
“Zack Datuk nak Jumpa. Bunyi suara macam risau jer. Kau cakap la elok-elok dengan Datuk. Sejak dua menjak ni dia nampak risau sangat. Dah dua projek kita terlepas kat tangan orang lain. Serabut la tu”. Kak Yam memberitahu tentang perasaan bimbangnya kepada Zakri. Zakri menganggukkan kepalanya. Zakri sendiri tahu tentang perkara ini. Dia sekarang pun sedang menyiasat tentang perkara ni.
“ya Uncle…ada apa nak jumpa saya?”. Zakri bertanya sambil duduk berhadapan dengan Datuk Ahmad.
“Syahil…..”.
“kenapa dengan Syahil Uncle?”.
“saya dia ada kaitan dengan kes projek kita ni. Dah dua kali projek kita kena rampas. Dan tadi kali ketiga Kamil datang jumpa saya. Kali ni lebih berat. Projek kita di plagiat. Ada yang tiru konsep kita sebelun kita sempat membuat pembentangan lagi. Dan menurut Kamil hanya dia dan Syahil yang tahu tentang konsep tersebut. Saya awak siasat Syahil tapi jangan sampai dia tahu kita syak dia. Buat macam biasa”.
“baik Uncle. Saya akan buat macam yang Uncle suruh. Ada apa-apa lagi ke Uncle. Saya kena balik ambik Datin. Nak ke pasar katanya”. Zakri bertanya. Datuk Ahmad tersenyum. “tak ada apa-apa dah….pergi lah. Kan merajuk mak Datin kamu tu tunggu lama”. Datuk Ahmad berjenaka. Zakri tersenyum dan terus berlalu.
Syahil sudah seminggu tidak masuk kerja. Mungkin dia sudah tahu yang dia sekarang ni sedang di awasi. Ini merumitkan lagi kerja Zakri. Dia terlepas Syahil. Dia pasti yang Syahil ada kaitan dengan kes bunuh 15 tahun lepas. Dan sekarang Syahil menghilang. Ini akan merumitkan lagi siasatan Zakri.

“Zack…saya nak minta tolong ni. Aisyah telefon tadi, katanya kereta dia rosak tengah jalan. Takut sangat bunyinya sampai menangis-nangis”. Datin berkata dengan kalut. Zakri yang sedang berbual dengan dengan Datuk Ahmad selepas makan malam tadi terus tersentak. Mana taknya buah hari dalam hati dalam masalah mestilah dia terkejut.
“baik Datin saya pergi sekarang. Kat mana Datin?”. Zakri bertanya kalut.
“kat parking butik dia. Katanya dia parking jauh sikit hari sebab tak ada parking. Saya risau la dah la malam ni”. Datin menyatakan rasa tidak sedap hatinya.
“saya pergi dulu ya….Datin, Uncle”. Zakri meminta diri dan terus berlari ke arah kereta dan terus meluncur pergi.
Sampai saja di kawan yang berdekatan dengan butik Aisyah, Zakri terus melilau mencari kereta Aisyah. Namun tidak kelihatan. Dia membawa kereta jauh sedikit dari butik tersebut. Dari jauh dia ternampak kereta Aisyah. Memang jauh dia parking dari butiknya. Dan yang paling mengejutkan Zakri hanya kereta Aisyah yang terparking disitu. Patutlah takut sangat.
Zakri keluar dari kereta dan terus menuju ke arah kereta Aisyah. Dia mengetuk cermin kereta. Aisyah yang terkejut terus membuka pintu keretanya. Setelah itu dia terus menerpa ke arah Zakri dan memeluknya. Zakri yang tergamam dengan pelukan tersebut hanya kaku. Dia dapat rasa yang badan Aisyah terketar-ketar. Mungkin Aisyah masih lagi dalam ketakutan. Zakri membalas pelukan Aisyah sambil menenangkannya.
“isssss…..tak ada apa-apa lah Chah. Abang ada ni. Tenang ya”. Zakri cuba untuk pujuk Aisyah.
“Chah takut”. Aisyah bersuara perlahan. Semakin kemas pelukannya.
“astakfirullahalazim….apa yang kamu berdua buat ni. Tak tahu dosa pahala ker?”. Zakri dan Aisyah terus melepaskan pelukan bila terkejut dengan teguran itu. Mereka berpaling dan paling terkejut bila melihat beberapa orang lelaki yang memakai kopiah dan songkok. Zakri yang melihat keadaan lelaki-lelaki tersebut sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas ini.
“Encik-encik semua jangan salah faham. Saya cuma nak tenangkan dia. Dia dalam ketakutan tadi”. Zakri cuba menerangkan perkara yang sebenar. Aisyah mengiyakan kata-kata dari Zakri dengan menganggukkan kepala dia.
“Kami dari JAIS. Keadaan kamu berdua sangat mencurigakan. Kalau kamu berdua tidak ada hubungan yang sah, kamu kena ikut kami untuk siasatan yang lebih lanjut”. Zakri dan Aisyah yang mendengar kata-kata dari salah seorang dari mereka terus terdiam. Mereka telah salah faham.
“macam ni Encik, Saya ni Cuma seorang pemandu dan ni pula anak majikan saya. Kalau nak bawa kami ke pejabat encik semua akan menjadi masalah buat majikan saya untuk ke sana sebab dia tak boleh bawa kereta. Apa kata kita bincang kat rumah majikan saya. Saya rasa lebih baik dan lebih senang saya nak terangkan perkara yang sebenar”. Zakri cuba untuk berbincang dengan mereka. Mereka melihat sesama mereka. Mereka menganggukkan kepala.
Zakri naik kereta bersama Aisyah. Aisyah dari tadi lagi menangis. “Chah minta maaf, sebab Chah abang terbabit sama. Sedangkan abang nak tolong Chah jer”. Aisyah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
 Zakri berpaling ke arah Aisyah yang duduk di sebelahnya. “tak ada apa lah Chah. Bukan Salah Chah pun. Dah diorang nak muncul time tu, nak buat macam mana. Dah la nangis tu”. Zakri memujuk Aisyah yang sejak dari tadi lagi menangis.
Zakri membuka pintu dan menjemput orang-orang JAIS masuk. Aisyah yang masih lagi menangis terus berlari ke arah mamanya yang berada di runag tamu. Datin Salmah terkejut dengan keadaan itu. Tambah lagi dengan kehadiran para-para ustaz ke rumahnya pada malam-malam buta ni.
Datuk Ahmad bangun bersalam dengam mereka semua. Selepas semua duduk. Zakri menerangkan perkara yang berlaku sebentar tadi kepada Datuk Dan Datin. Mereka berdua mengeluh.
“macam ni lah Datuk, Datin. Kalau tak nak naik turun mahkamah, Datuk dan Datin kena kawinkan mereka. Ni saja cara penyelesaiannya. Kalau tidak kami akan tindakan undang-undang”. Zakri yang mendengar hanya mengeluh. Masalah timbul. Kalau macam ni identitinya akan terbongkar sebelum sempat dia menyelesaikan kes 15 tahun lepas. Tapi tak kan dia tak nak bertanggungjawab. Dia perlu bertindak bijak.
“Macam ni la Datuk, Datin. Saya akan bertanggungjawab. Tu pun kalau Datuk dan Datin setuju untuk jadikan saya yang merupakan seorang pemandu ni sebagai menantu”. Zakri membuat keputusan. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Maruah Aisyah harus dijaga.
“Zack saya tak pernah memilih orang untuk menjadi menatu saya. Kalau ini keputusan awak saya setuju. Saya pun dah lama kenal awak dan tahu hati budi awak macam mana. Chah….macam mana?”. Datuk Ahmad bertanya kepada Aisyah.
“Chah ikut jer pa kalau ini untuk kebaikan semua. Chah minta maaf dah malukan Papa. Chah yang salah, masa tu Chah yang peluk abang Zack. Chah takut sangat masa tu. Chah tak sengaja”. Aisyah kembali menangis.
“saya suka kan Chah Datuk, Datin. Bukan setakat suka tapi cinta”. Pengakuan dari Zakri membuatkan Aisyah tersentak. Datuk dan Datin hanya tersenyum. Dia memang sudah agak selama ni yang Zack sukakan Aisyah. “tapi sebelum itu Datuk dan Datin perlu tahu sesuatu pasal saya. Boleh semua tunggu sekejap, kejap lagi Uncle Azman dengan Bonda Sarah sampai. Mereka akan ceritakan semuanya. Saya tak boleh nak terangkan seorang diri”. Semua pelik mendengar penerangan dari Zakri. Belum sempat mereka berkata, kedengaran salam diberi dari luar.
“assalamualaikum….”. Uncle Azman dan Bonda Sarah masuk beriringan. Mereka berasa pelik kerana raami yang ada dekat situ. Tadi dia menerima mesej dari Zakri yang mengatakan ada masalah besar yang berlaku dan memintanya datang ke rumah Datuk Ahmad kadar segera.
Bonda Sarah duduk di samping Zakri. Manakala Uncle Azman pula duduk berhimpit di sebelah Bonda Sarah. “dah kau ni kenapa, banyak-banyak tempat kat ruang tamu ni tempat sempit ni jugak kau nak himpit”. Bonda Sarah menolak badan Uncle Azman sehingga Uncle Azman terpaksa berdiri. Dia menjeling Bonda Sarah. Jual mahal betul. Bukan luak pun duduk sebelah dia. Ajak kawin tak nak. Semua yang ada kat situ tersenyum melihat pasangat itu. Dah tua-tua pun bergaduh macam budak-budak.
Uncle Azman ambil tempat duduk di sebelah Datuk Ahmad. “apa yang berlaku ni…? Zakri kata ada masalah besar yang berlaku sampai minta aku pergi ambik rimau tu sekali”. Uncle Azman bertanya. Kata-katanya di sambut dengan ketawa dari semua yang ada di situ kecuali Bonda Sarah yang menjeling tajam. Sampai hati kata kita singa. Tak jadi nak terima lamaran. Kena fikir sekali lagi. Huh.
Zakri berdehem dan terus menceritkana perkara yang sebenar. Uncle Azman dan Bonda Sarah yang mendengar hanya mampu mengeluh. Dia memandang ke arah Zakri dan kemudian beralih pula kearah Aisyah. Nampaknya identiti Zakri perlu didedahlan hari ini tapi tanpa kehadiran orang luar. Uncle Azman memberi isyarat kepasa Zakri tentang orang-orang JAIS. Zakri menganggukkan kepalanya memberikan kebenaran.
“huh….Mad kau kena tahu sesuatu pasal Zakri. Tapi apa yang aku cerita ni biar lah sampai di sini saja. Lepas pada malam kita buat macam biasa”. Uncle Azman memulakan mukadimahnya. Datuk Ahmad yang tidak tahu apa-apa hanya berkerut kening.
“Zack ni sebenarnya orang yang kau tunggu-tunggu sejak 10 tahun lalu. Zakri Daniel”. Datuk Ahmad dan Datin Salmah tersentak apabila mendengar kenyataan dari Uncle Azman. Mereka serentak berpaling ke arah Zakri. Bonda Sarah menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Uncle Azman.
“biar aku terang secara detail. 15 tahun lepas aku yang selamatkan Zakri daripada penjahat yang membunuh keluarganya. Dia merupakan saksi utama kes tersebut. Aku minta bantuan kawan aku untuk melindungi Zakri. Zakri dibawa ke Amerika dan tinggal kat sana sehinggalah lima bulan lepas dia datang untuk misi dia iaitu melindungi kau daripada pengganas. Dia Pegawai Polis daripada pasukan Khas. Dia lebih kepada Perisik. Dia melakukan undercover untuk melindungi kau. Dia ada misi lain sebebarnya. Dia sekarang sedang menyiasat kes bunuh Papa, Mama dan Adik dia 15 tahun lepas. Dan kemungkinan mastermind dia orang dalam. Aku minta maaf sebab rahsiakan hal ini daripada kau. Sebenarnya ini untuk keselamatan Zakri dan juga adik Zikri sendiri. Mereka mungkin dalam bahaya kalau mereka dapat dikesan oleh penjenayah tu”. Uncle Azman menerangkan perkara sebenar.
“saya minta maaf Datuk, Datin. Saya tak ada pilihan. Saya ingatkan selepas selesai kes ni, baru saya akan terangkan perkara sebenar. Saya tak sangka perkara ni akan berlaku”. Zakri memandang ke arah Aisyah yang jelas kelihatan terkejut.
“adik Zakri….apa maksud kau dengan adik Zakri Man?”. Datuk Ahmad bersuara.
“Zahra. Adik Zakri yang aku jaga daripada kecil lagi. Sebelum arwah Anita meninggal dia selamat melahirkan anaknya. Man mintak aku yang jaga untuk keselamatan Zahra. Sampai ke hari orang luar tak tahu yang Zahra tu sebenarkan pewaris kepada Ombak”. Bonda menjawab pertanyaan Datuk Ahmad.
Datuk Ahmad menoleh kepada Zakri dan dia tersenyum. “Saya tak sangka yang orang yang saya tunggu salama ni ada depan mata saya. Yang selalu melindungi saya. Jadi awaklah ya yang tolong kami masa diserang pengganas dulu tu ya?”. Datuk Ahmad bertanya kepada Zakri. Zakri tersenyum sumbing. Datuk Ahmad ketawa kuat.
“saya dah agak. Saya cam susuk tubuh awak Zack. Awak terbalikkan jaket awak, awak pakai topi, awak pakai kaca mata hitam tapi kasut awak tak tukar. Saya cam kasut awak”. Bertambah lebar senyuman Zakri apabila mendengar kata-kata daripada Datuk Ahmad.
“macam mana ni….jadi ke nak kawin. Kalau jadi kita siapkan malam ni terus. Lepas tu saya boleh terus tulis laporan”. Salah seorang daripada JAIS bersuara. Dia tersenyum.
“malam ni terus ke Ustaz..?”. Zakri bertanya terkejut.
“ye la…lagi cepat lagi bagus. Sebab saya kena tulis laporan. Kes kamu ni dah jadi kes tangkap khalwat. Jadi kena proses secepat yang mungkin. Kenapa kamu tak nak kawin ke…?”. Ustaz bertanya lanjut kepada Zakri.
 “ehhh…nak…”. Zakri menjawab dengan cepat. Semua yang ada di situ terus ketawa. Aisyah yang terkejut dengan kelakuan Zakri terus merah mukanya. Dia malu degan sifat gelojoh Zakri.
“kalau macam tu kita mulakan sekarang lah. Wali ada, sakni pun ada ni. Kita boleh mula sekarang”. Aisyah sudah mula rasa berdebar.
Selepas selesai saja upacara akad nikah, ustaz dari JAIS minta diri. Uncle Azman sempat meminta Ustaz-ustaz tersebut supaya tidak menceritakan apa yang berlaku tadi kepada orang lain. Mereka faham dan bersetuju.
“lepas saja kes ni selesai, baru kita buat majlis ya”. Datin Salmah memberikan pendapatnya. Semua bersetuju kerana buat masa sekarang apa yang penting penjenayah perlu ditangkap sebelum banyak lagi benda yang buruk berlaku.
“tapi korang berdua kena tahan diri. Jangan nak gelojoh. Kan tak pasal-pasal bersanding bertiga pulak”. Bonda Sarah mengenakan Zakri dan Aisyah. Zakri hanya manpu tersenyum sambil memandang ke arah Aisyah.
“tengok la dulu Bonda. Kalau Zakri dapat tahan….hahahaha…”. Zakri menjawab dengan nakal. Semua ketawa dengan kata-kata Zakri. Hanya Aisyah yang tertuduk malu. Dia sempat memberikan jelingan tajam kepada Zakri. Zakri membalas dengan kenyitan mata. Bertambah malu Aisyah bila perlakuan mereka diperhatikan oleh orang tua mereka. Dia terus berdiri. “Chah masuk bilik dulu”. Selepas berkata Aisyah terus berkari menaiki tangga untuk ke biliknya.
“hmmmm…Sarah, mereka dah selesai, kita bila lagi?”. Bonda Sarah menjeling Uncle Azman yang sedang tersenyum sumbing. “dah start dah…geli la aku Man. Dah aku nak balik. Malas la nak layan kau”. Bonda Sarah terus bangun dan bersalaman dengan Datin Salmah dan Zikri. Uncle Azman mencebikkan bibirnya. Jual mahal sangat. Aku kawin dengan orang lain nanti padan muka. Mereka berdua terus berlalu meninggalkan rumah Datuk Ahmad. Datuk Ahmad dan Datin Salmah berlalu ke bilik mereka manakala Zakri pula ke arah bilik Aisyah. Sebelum masuk ke dalam bilik, Datuk Ahmad sempat berpesan kepada Zakri supaya jangan nakal-nakal. Zakri membalas kata-kata Datuk Ahmad dengan senyuman nakal.
Zakri masuk dan terus tutup pintu. Pada masa yang sama Aisyah keluar dari bilik air. Dia kelihatan baru saja lepas mandi. Aisyah yang melihat Zakri terus pucat mukanya. Dia kaku dan tak tahu nak buat apa. Semakin Zakri mendekat semakin dia gelabah. Dia mengundur kebelakang bila Zakri semakin menghampirinya sehinggalah dia tersandar di almari. Zakri mendekati Asyah dan mengepung Aisyah dengan kedua belah tangannya. Zakri suka bila dapat lihat Aisyah yang kalut dan gelabah. Aisyah terpaksa mendongakkan kepalanya untuk melihat Zakri yang sememangnya tinggi.
“abang nak apa….? jauh la sikit…”. Aisyah yang sudah merah mukanya bertanya. Dia tak tahan untuk berada dalam keadaan itu terlebih lama lagi. Dada Zakri ditolak agar menjauh darinya. Zakri membelai wajah Aisyah. Pipi merah Aisyah dielus-elusnya dengan lembut. Geram sangat la tu. “abang nak Chah…….”. Zakri berkata meleret. Panjang nama Aisyah ditariknya. Aisyah  memotong kata-kata Zakri. “abang jangan nak macam-macam eh…Bonda pesan suruh sabar kan…jagan gelojoh…”. Zakri ketawa kuat apabila Aisyah memotong percakapannya.
“abang tak habis cakap lagi, sayang dah potong. Abang nak Chah bagi tuala tu jer…nak pinjam…nak mandi. Belengas lah”.
Aisyah terus menghulurkan tuala yang digunakan kepada Zakri. Zakri menyambut. Sebelum dia masuk bilik air dia sempat tunduk mengucup leher putih isterinya. Dari tadi lagi leher tu seperti memanggil-manggilnya. “hmmmm…wangi”. Aisyah tergaman dengan perlakuaan Zakri. Dia hanya kaku melihat Zakri berlalu masuk ke bilik air. Lepas Zakri masuk terus dia melepaskan nafas dengan kuat.
“apa aku nak buat lepas ni…? aku malu”. Dia berulang alik dalam ruang bilik tidurnya. Bila dia dengar bunyi berhenti dia terus berlari naik ke atas katil dan membungkus dirinya dalam selimut. Zakri yang keluar tersenyum mlihat telatah isterinya. Takut sangat aku terkam dia.
Selepas mengenakan baju dia terus berlalu kea rah katil dan berbaring di sebelah Aisyah. Dia sempat mengambil bajunya tadi sebelum masuk ke bilik. Aisyah yang terasa katilnya bergerak terus terkedu. Dia kaku tak bergerak. Lebih memeranjatkan bila selimutnya diselak. Tiba-tiba dia terasa pinggang dia dipeluk. Dan dia dapat rasakan yang Zakri sekarang sangat dekat dengannya. Dia dapat rasakan nafas hangat Zakri di lehernya diiringi dengan satu kucupan hangat dari Zakri.
“tidur lah…abang janji tak buat apa-apa…abang ingat pesan Bonda dan Mama tadi”. Aisyah yang mendengar kata-kata dari Zakri terus berpaling ke arah Zakri. Wajah mereka sangat rapat sampaikan Aisyah dapat rasakan nafas hangat Zakri pada mukanya. Zakri tersenyum. Dia mencium ubun-ubun Aisyah. Lama. Akhirnya Aisyah terlena dalam pelukan kemas Zakri. Tidurnya menjadi lena daripada biasa.