Khamis, 27 Ogos 2015

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 9 Last Part


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 9

Zakri dan Aisyah kini sedang sibuk menguruskan majlis persandingan mereka. Di samping itu Zakri juga sedang sibuk mempelajari tentang selok belok Ombak dengan Datuk Ahmad. Minggu depan dia akan diperkenalkan dengan semua staf Ombak dan Datuk Ahmad akan bersara. Dah letih katanya. Zakri sudah bersedia untuk diperkenalkan. Zahra juga akan diperkenalkan nanti sebagai salah seorang waris Hamidi. 

Uncle Azman dan Bonda pula akan berkahwin minggu depan. Katanya nak buat kecil-kecil jer. Dah tua nak bersanding bagai. Mereka hanya buat majlis angkat nikah.

Rumah bonda sekarang Bonda Sarah menyerahkan tugasan pengurusan kepada pembantunya. Dia hanya akan menguruskan hal-hal yang penting sahaja. Selepas kawin nanti dia akan tinggal dengan Uncle Azman. Zahra dan Isya akan dibawa tinggal bersama. Zakri tiada masalah bila Bonda Sarah minta  Zahra tinggal dengannya. Zahra pun tidak menolak kerana dia memang rapat dengan Bonda dan Uncle Azman. Atas permintaan Uncle Azman, dia meminta memanggilnya Daddy dan tidak dibenarkan memanggilnya Uncle lagi.

Perkarangan Rumah Bonda dipenuhi oleh orang ramai. Tengah hari ni Bonda Sarah Dan Uncle Azman akan dinikahkan. Dengan sekali lafaz, Bonda Sarah akhirnya menjadi isteri Uncle Azman. Uncle Azman membuat aksi gatal semasa upacara pembatalan air sembahyang. Bonda Sarah menjeling tajam dengan sikap nakal suaminya. Jagalah malam ni. Tidur sorang-sorang.
Semasa sedang sibuk berbual, tiba-tiba Aisyah rebah. Nasib baik sempat di sambut oleh Zakri. Dia kalut membawa Aisyah ke Klinik. Uncle Azman dan Banda Sarah ikut sekali. Siap dengan baju pengantin lagi.

Selepas di periksa oleh doctor, semua kalut ke arah katil Aisyah. Aisyah yang terbaring masih pucat mukanya. Dia menghulurkan tangannya kepada Zakri. Zakri menyambut dan mengucup tangan isterinya. Dia megusup wajah Aisyah yang pucat. 
“macam mana Doktor dengan isteri saya…dia tak apa-apa ke..?”. Doktor tersenyum.
“Encik tak perlu risau. Isteri encik tak apa-apa, biasa lah awal-awal kehamilan memang macam ni. Dia akan rasa letih dan lemah”. Semua yang mendengar penerangan dari Doktor sudah terkejut. Zakri tersenyum memandang Aisyah. Aisyah yang pucat terus merah mukanya. Dia tak sangka yang dia mengandung.Zakri terus merangkul tubuh Aisyah. Pipi Aisyah dicium bertalu-talu. Perbuatannya terhenti bila terdengar Bonda berdehem. Bila dia memandang ke belakang, Mama dan Bonda memandangnya tajam. Zakri tersengih. Dia tahu apa yang ada di dalam kepala Mama dan Bonda.
“hmmm…Mama, Bonda relek la…jangan marah-marah….hehehe”. Zakri melebarkan sengihannya.
“gelojoh betul. Bulan depan dah nak bersanding. Tak pasal-pasal bersanding bertiga”. Datin Salmah merungut. Uncle Azman dan Datuk Ahmad ketawa riang. Dapat cucu la tak lagi mereka.
“biar la mah…dah duduk sekali…memang berisi la”. Datuk Ahmad menyokong Zakri.
“betul tu Ma…Zakri tak tahan la Ma…anak Mama ni seksi sangat”. Aisyah menghadiahkan cubitan kepada Zakri seusai Zakri berkata. Cakap tak agak-agak. Malu lah dia. Muka tak yah cakap la…merah habis.
“dah berapa bulan cucu saya tu doctor?”. Bonda Sarah bertanya kepada Doktor.
“dah masuk dua bulan”.
Bonda menjeling sekali lagi ke arah Zakri. Memang betul gelojoh. Tak sabar-sabar betul. Kawin baru tiga bulan, dah mengandung dua bulan. Zakri tersengih malu. Namun akhirnya mereka ketawa gembira.

Malam ni mereka semua bermalam di Rumah Bonda. Aisyah dan Zakri sudah lama berlalu ke dalam bilik mereka. Aisyah kurang sihat dan Zakri pula menemani Aisyah berehat dalam bilik.
“malam ni Isya nak tidur dengan bonda tak..?”. Bonda Sarah bertanya kepada Isya. Sekarang ni yang ada di runag tamu cuma Uncle Azman, Bonda Sarah, Zahra dan juga Isya. Yang lain semuanya dah tidur. Uncle Azman menjeling kepada Bonda Sarah. Ada ke patut ajak Isya tidur sekali. Malam ni kan malam pertama kita. Nak lari la tu. Bonda kalut bila melihat jelingan Uncle Azman.
“tak oleh Onda…addy akap alam ni Ica ene idur ngan kak Aya. Onda ena idur ngan Addy. Ica tak oleh acau…nanti Addy agi Ica adik. Ica nak adik”. Isya berkata dengan pelatnya. Zahra yang ada kat situ sudah ketawa kuat. Bonda Sarah serta merta mencubit suaminya yang ada di sebelahnya. Ada ke patut cakap kat budak-budak macam tu. Buat malu jer.
“kau ni memang kan…rosak otak anak aku”.
“aku…aku…abang…panggil abang ‘abang’ sayang. Nak kena macam tadi ke?”. Uncle Azman mengugut Bonda Sarah. Cepat-cepat Bonda Sarah menggelengkan kepalanya. Dia teringat peristiwa petang tadi dimana Uncle Azman telah mengucup bibrnya bila Bonda Sarah membahasakan dirinya kau kau. Denda katanya.
“okey Isya…jom masuk tidur. Jangan kacau Bonda dengan Daddy…kata nak adik”. Zahra pula yang menjadi mangsa cubitan dari Bonda Sarah. Isya hanya mengikut langkah Zahra yang sedang memimpinnya. Bonda Sarah bangun dan sebelum sempat dia melangkah tangannya di tarik. Serta merta dia jatuh atas riba Uncle Azman. Uncle Azman hanya tersenyum sumbing. Bonda Sarah menjeling tajam.
“abang lepas la…sarah nak masuk bilik ni…ishh dia ni”. Bonda Sarah cuba melepaskan pelukan kemas Uncle Azman. Uncle Azman senyum bila Bonda Sarah memanggilnya abang.
“nak buat apa masuk bilik awal. Lepak la sini dulu”. Uncle Azman berbisik di telinga Bonda Sarah. Berdiri tegak bulu roma Bonda Sarah bila Uncle Azman mencium lehernya yang tidak pernah disentuh sesiapa pun selama ini.
“kata nak bagi Isya adik….masuk bilik la. Tak kan nak bagi kat sini kut”. Uncle terkejut mendengar kata-kata dari Bonda Sarah. Pelukan dia menjadi longgar. Bonda Sarah mengambil peluang melepaskan diri. Dia terus berlari menuju ke bilik bila dia berjaya lepas dari pelukan suaminya. Uncle Azman tersenyum sebulum dia turut bangun mengikut jejak langkah isterinya. Bonda Sarah terjerit bila terasa badannya melayang tinggi. Dia telah dicempung oleh Uncle Azman. Bonda Sarah malu dan terus menyembunyikan wajahnya di dada bidang Uncle Azman.
Masuk jer dalam bilik, Uncle Azman meletakkan Bonda Sarah ke atas katil. Leher yang dipegang kejap oleh Bonda Sarah menyebabkan Uncle Azman terbaring elok atas badan Bonda Sarah. Mereka berbalas pandangan sebelum Uncle Azman merapatkan Wajah Mereka. Bonda Sarah memejamkan matanya. Seluruh wajahnya dikucup oleh Uncle Azman. Akhir sekali bibirnya dikucup oleh bibir Uncle Azman. Lama. Apabila tangan Uncle Azman mula merayap meliar di segenap tubuh, Bonda Sarah terus menolak tubuh suaminya. Tautan bibir mereka terlerai. Suaminya menunjukkan muka kecewa.
“kenapa…abang tengah syok nih”.
“lampu…tutup”. Bonda menyuruh Uncle Azman menutup lampu.
“ala…dalam terang tak boleh ke…?”. Bonda Sarah mencubit Uncle Azman. Tak senonoh betul.
“nak ke tak nak ni…kalau tak nak tutup, tak yah buat apa-apa malam ni”. Bonda Sarah mengugut Uncle Azman.
“boleh jer sayang…kejap eh”. Selepas menutup lampu, Uncle Azman terus menyambung apa yang tergendala tadi. Bonda Sarah hanya mengikut permainan Suaminya. Dia sudah berserah. Sememangnya Uncle Azman adalah lelaki yang dari dulu lagi dia cintai.

Semua staf Ombak pandang pelik kepada Zakri dan Zahra yang masuk beriringan ke dalam lobi syarikat. Semua staf di setiap tingkat di kehendaki berkumpul hari ini kerana mereka akan diperkenalkan kepada CEO yang baru.
Selepas Datuk Ahmad memperkenalkan Zakri semua terkejut kerana mereka tidak meyangka bahawa Zakri yang selama ini bekerja sebagai pemandu Datuk Ahmad merupakan Waris Ombak. Zahra juga diperkenalkan sebagai puteri bongsa arwah Hamidi dan Anita. Mereka diterima dengan baik oleh semua staf. Staf semua sudah tahu sikap Zakri yang baik dan sebab itu mereka menerima dengan baik kehadiran Zakri sebagai CEO baru mereka. Mereka juga dijemput hadir ke majlis perkahwinan Zakri dan Aisyah bulan depan.

Kini kandungan Aisyah sudah masuk bulan ke lapan. Perut Aisyah juga sudah bulat dan besar. Mereka berdua tidak sabar menunggu kehadiran bayi mereka.
Bonda Sarah juga kini sedang mengandung. Hebat betul Uncle Azman ni, baru sebulan kawin terus Bonda Sarah mengandung. Bonda Sarah pada mulanya malu untuk memberitahu kerena dengan usianya sekarang yang sudah berusia. Tapi selepas mendengar kata-kata semangat dari Uncle Azman terus hilang rasa bimbangnya. Kata Uncle Azman, dia kesiankan Isya kerana tiap-tiap hari minta nak adik. Sebab dia bagi Isya adik cepat-cepat. Isya orang yang paling gembira bila diberitahu yang dia akan mendapat adik.
Aisyah yang sedang termenung di balkoni biliknya terkjut bila dia dipeluk dari belakang. “abang suka tau kejutkan Chah. Kesian baby pun terkejut”. Aisyah mengusap perutnya yang memboyot.
“ye ker…ala baby abah minta maaf ya sayang”. Terus  perut Aisyah di usap. Aisyah tersenyum bila perutnya diusap oleh Zakri. Zakri mencium wajah Aisyah yang menoleh ke arahnya yang ada di belakang.
“I love U sayang…I don’t know how to live without U…U are my soul..”. Zakri mengucup pipi Aisyah sekali lagi.
Aisyah berpaling mengadap Zakri. Leher Zakri dirangkul erat. Zakri pula mengemaskan pelukan pasa pinggang isterinya. “I love U to. Chah bersyukur sebab Allah berikan Chah seorang suami yang baik sangat. Plus hensem dan sado macam ni”. Aisyah mencium hidung Zakri. Zakri tersenyum. Aisyah dibawa ke dalam pelukannya. Dia berharap yang kebahadian ini akan berpanjangan dan kasih sayang mereka akan terus bercambah dari hari ke hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan