Khamis, 27 Ogos 2015

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 3


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 3

Zakri memberhentikan kereta di depan bangunan Ombak. 15 tahun dulu dia pernah kesini dan keadaannya masih lagi tidak berubah dan masih sama. Zakri keluar bukakan pintu untuk Datuk Ahmad.
“Zack ikut Uncle masuk pejabar dulu ya. Uncle nak kenalkan dengan staf kat sana. Nanti senang kalau ada apa-apa hal penting yang Uncle nak Zack uruskan kalau Uncle tak ada. Zakri sekarang ni bukan saja sebagai pemandu, malah sebagai pembantu Uncle tau. Jom”. Datuk Ahmad mengajak Zakri mengikutinya ke dalam pejabat.

Zakri hanya mengikuti Datuk Ahmad. Sepanjang dia dan Datuk Ahmad berjalan masuk ke pejabat banyak mata yang memandangnya. Mungkin sebab ini kali pertama tengok Datuk Ahmad berjalan dengan dia sebab tu ramai yang memberi perhatian. Keluar saja daripada lif, ,mereka terus saja masuk ke ruang pejabat Datuk Ahmad. Staf yang berada dalan pejabat terus bangun apabila lihat Datuk Ahmad masuk. Mereka lihat pelik ke arah Zakri.
“ok semua, saya nak memperkenalkan pembantu saya yang baru. Kalau ada apa-apa yang penting dan masa tu saya tak ada, kamu semua boleh berurusan dengan dia. Dia akan ada bersama dengan saya sepanjang masa. Zack tu meja untuk kamu, tu untuk kamu melepaskan lelah sambil tunggu saya. Saya masuk kedalam dulu. Kamu boleh berkenalan dengan staf dulu. Selepas tu masuk ke dalam jumpa saya”. Datuk Ahmad terus berlalu meninggalkan Zack. Zack berjalan ke arah staf lelaki yang tersenyum kearahnya.
“hai, Zack”. Zakri menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Salim. Mari saya kenalkan dengan semua. Yang ni Kak Yam, ni pulak Sarah. Yang cantik manis ni Alia dan yang gantang hitam manis ni Yatim”. Salim memperkenalkan semua staf kepada Zakri. Zakri bersalaman dengan semua staf lelaki dan dengan staf perempuan pulak dia hanya tersenyum.
“saya baru dalam bidang ni jadi saya harap semua boleh tolong saya kalau saya tak tahu nak buat apa. Saya ingat saya ni pemandu jer, rupa-rupanya jadi pembantu sekali. Berat juga ni”. Zakri berkata sambil tersenyum.
“Zack jangan risau. Bab bantu membantu ni Kak Yam suka. Kalau ada apa-apa yang Zack nak tahu, nak mintak tolong ke cakap jer. Insyaallha kalau boleh tolong akak tolong”. Kak Yam ramah menegur Zakri.

Setelah berkenalan Zakri terus masuk ke dalam bilik Datuk Ahmad. “duduk Zack. Macam mana dah berkenalan dengan semua staf. Ni baru kat tingkat sepuluh Zack. Staf kat sini ramai lagi. Setiap tingkap ada. Dan setiap tingkat ada tugas masing-masing. Jadi nanti kalau ada peluang Uncle kenalkan dengan semua. Zakri dah tahu pasal selok belok Syarikat Ombak ni?”. Datuk Ahmad bertanya kepada Zakri. Zakri hanya mengelengkan kepalanya. Daripada dulu lagi dia tidak pernah ketinggalan dalam hal Syarikat. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada syarikat, Uncle Azman akan memberitahunya. Datuk Ahamd tersenyum lihat gelengan Zack.
“Ombak ni perniagaan warisan keluarga arwah kawan Uncle. Uncle just melabur jer dalam ni. Dan disebabkan syer Uncle yang paling banyak selepas arwah, jadi Uncle dilantik sebagai pemangku CEO kat sini. Sampai ke hari ni, Uncle masih lagi menunggu waris sebenar syarikat ni. Uncle tahu yang dia masih lagi ada wujud kat dunia cuma tak tahu jer kat mana. Jadi Ucle akan tunggu sampai dia bersedia untuk memunculkan diri. Uncle pun dah tak larat dah nak kerja. Tapi Uncle tak boleh menyerahkan pengurusan syarikat kepada sembarangan orang. Sebab tu sampai ke hari ni Uncle masih lagi bertahan”. Datuk Ahmad meluahkan perasaannya. Zakri terharu mendengar kata-kata Datuk Ahmad. Dia tidak sangka sampai ke hari ni dia masih lagi ditunggu walaupun dia tidak pernah menunculkan diri. Dia tidak akan pernah menunculkan diri selagi pembunuh keluarganya ditangkap.
“saya bangga dengan sikap Uncle. Saya harap segala titik peluh Uncle selama ini akan dihargai oleh orang yang Uncle tunggu tu’. Datuk Ahmad tersenyum mendengar kata-kata Zakri.
“nanti tengah hari kita balik makan kat rumah”. Sedang berbual tiba-tiba telefon Datuk Ahmad berbunyi. Zakri hanya memandang Datuk Ahmad bercakap di telefon.
 “Unty kamu mintak tolong kamu hantar dia ke pasar. Nak beli bahan masak untuk tengah hari ni katanya. Boleh ke?”, Datuk Ahmad memandang ke arah Zakri selepas menamatkan panggilannya. Zakri hanya tersenyum. “boleh Uncle. Dah ni memang kerja saya. Kalau macam tu saya pergi dulu lah. Nanti lama pulak Datin tunggu kat rumah tu”. Zakri terus berlalu selepas bersalaman dengan Datuk Ahmad.

Zakri memberhentikan keretanya di kawasan parking. Selepas itu dia terus keluar dan diikuti oleh Datin Salmah. “Datin nak saya tunggu kat kereta ke ikut masuk sekali?”. Zakri bertanya.
“masuk sekali la. Aisyah pun ada kat dalam. Dia datang terlebih dahulu tadi. Jom”. Zakri yang mendengar nama Aisyah terus terdiam. Dia tak tahu kenapa bila jer terbayang wajah Aisyah, dia jadi berdebar. Ini kali pertama dia berperasaan begini terhadap seorang perempuan. Zakri hanya mengekori Datin Salmah dari belakang. Aisyah yang sedang menunggu mamanya di depan kedai Starbuck terkejut apabila lihat Zakri berjalan di belakang mamanya. Dia ingatkan Zakri hanya menghantar mamanya dan tunggu di kereta. Dia sebenarnya malu bila berdepan dengan Zakri. Tak tahu kenapa tapi dia rasa hilang tingkah bila berhadapan dengan Zakri.
“sorry sayang. Dah lama eh tunggu. Mama jumpa kawan kejap tadi sebab tu lambat sikit. Jam masuk, dah lambat ni. Nak balik lagi”. Datin Salmah terus menarik tangan Aisyah masuk ke tempat yang menjual makanan basah. Zakri hanya mengikut daripada belakang.
“mama Aisyah ke sana jap eh. Nak cari barang sikit. Mama jangan pergi jauh-jauh tau. Nanti tak jumpa pulak”. Aisyah terus berlalu ke bahagian Yang menempatkan tuala wanita. Dia cuba mengambil tuala wanita yang biasa dia guna tapi ia berada di tempat yang agak tinggi. Tubuhnya yang kecil dan rendah itu tidak tercapai untuk mengambilnya.
Tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang yang berada di belakannya dengan kedudukan yang sanagt rapat. Lalu satu tangan dihulurkan untuk mengambil tuala wanita yang mejadi tumpuannya sejak dari tadi. Dia berpaling dengan cepat akibat daripada terkejut. Mata mereka saling bertentangan. Dia tidak menyangka bahawa Zakri yang menolong dia mengambil barang tersebut. Zakri terus menghulurkan tualu wanita tersebut kepada Aisyah yang kelihatan sangat merah pipinya. Mungkin kerana malu. Aisyah mengambil tuala wanita tersebut dan terus berlalu dari situ. Dia sempat menolak tubuh Zakri yang terlalu rapat dan menghalang laluannya. Zakri tersenyum melihat kelakuan Aisyah yang kelam kabut itu.
Datin Salmah meminta Zakri ke bank terlebih dahulu sebelum balik ke rumah. Aisyah hanya ikut dari belakang dengan keretanya. Datin Salmah masuk ke dalam bank seorang diri. Zakri keluar dari kereta dan menyandarkan dirinya pada kereta sambil menunggu Datin Salmah. Dia memerhatikan Aisyah yang sedang membaca buku di luar kereta. Dia juga sedang menyandarkan badannya ke kereta. Sedang asyik dia memerhatikan Aisyah, tiba-tiba dia terdengar satu jeritan. Zakri menghalakan pandangannya kea rah suara tersebut. Seorang wanita sedang diserang oleh dua orang lelaki. Beg dia dirampas oleh lalaki tersebut. Zakri terus berlari ke arah tersebut. Dua orang peragut itu melarikan diri ke arah bangunan bertentang, Zakri sempat memintas mereka. Gerekan Zakri sangat cepat dan tangkas. Dua orang peragut tersebut terkejut dengan kehadiran Zakri. Aisyah yang berada di kereta terkejut melihat ketangkasan Zakri. Dia berlari ke arah perempuan yang terjatuh semasa ditolak oleh perompak tadi.. Salah seorang peragut menerpa ke arah Zakri. Zakri mengelak dan peragut tersebut tersemban ke belakang. Zakri sempat menendang belakangnya sebelum dia jatuh. Seorang lagi mengeluarkan pisau. Zakri hanya tersenyum melihatnya. Zakri sudah lali dengan keadaan seperti ini. Dah macam-macam orang dia lawan. Setakat perakut yang entah apa ni hanya kacang baginya. Peragut itu menghalakan pisau ke arah perut Zakri. Zakri mengelak. Peragut itu tidak mengalah dan terus melawan. Zakri menengang perut peragut tersebut. Tapi peragut tersebut masih lagi kuat untuk melawan. Tanpa teragak-agak Zakri terus melompat ke arah bangku yang berada berdekatan dan melayangkan badannya ke arah peragut tersebut. Dia menghalakan tendangan ke arah dada peragut dan peragut tersebut tidak sempat untuk berbuat apa-apa kerana tidakan Zakri terlalu pantas. Kedua-dua peragut terbaring kesakitan. Selepas itu baru lah pegawai keselamat sampai. Zakri mengarahakan pegawai keselamatan mengangkat peragut tersebut dan menghantar ke balai polis. Dia terus mengambil beg yang diragut dan menuju ke arah Aisyah yang berada bersama dengan perempuan yang menjadi mangsa ragut tadi. Ketika sampai di depan mereka, Zakri tahu Aisyha memberikannya satu pandangan yang pelik. Mungkin sebab terkejut dengan tindakannya yang berani yang tidak sesuai sebagai seorang pemandu. Perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada Zakri. Datin Salmah keluar selepas itu. Dia pelik melihat keadaan Zakri yang berpeluh. Tanpa teragak-agak Aisyah memceritakan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Datin Salmah terkejut dan bertanya akan keadaan Zakri. Dia risau juka Zakri mendapat luka. Dia berasa lega bila Zakri memberitahu bahawa dia tidak apa-apa.
Selepas itu, Datin Salmah terus balik bersama dengan Aisyah manakala Zakri terus ke Ombak mengambil Datuk Ahmad untuk makan tengah hari. Sampai saja ke rumah. Makana sudah disiapkan. Zakri diajak untuk makan bersama. Mula-mula tu, Zakri menolak tapi setelah didesak dia terpaksa mengalah. Dia malu sebenarnya sebab Aisyah dari tadi lagi asyik memandang ke arahnya.
“abang tahu tak tadi, Zack lawan dengan peragut. Dua orang pulak tu. Nasi baik tak apa-apa. Risau saya dibuatnya”. Datuk Ahmad terkejut apabila mendengar kata-kata isterinya. Dia terus menoleh ke arah Zakri yang berada di depannya.
“ragut….lawan….kamu tak apa-apa ke Zack..luka ke sakit ke..?” Datuk Ahmad bertanya bimbang. Zakri hanya tersenyum ke arah Datuk Ahmad dan mengelengkan kepalanya tanda dia tak apa-apa. Datuk Ahmad mengeluh kelegaan melihat elengkan Zakri.
 “bila Zack nak pindah masuk dalam rumah belakang tu? Chah dah kemas dah tadi…katanya abang yang mintak kemas…”. Datin Salmah bertanya. “Petang ni Datin. Lepas saya hantar Datuk pulang, saya balik ambik barang”.
“Elok lah tu. Lagi awal kamu tinggal kat sini lagi senang. Nanti tak ada lah kamu nak ulang alik datang sini. Susah kan kamu pulak”. Datuk Ahmad menyokong cadangan Zakri. Selepas makan dan berbual seketika Zakri dan Datuk Ahmad kembali ke pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan