MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 4
Sudah
seminggu Zakri tinggal dalam rumah kecil yang berada di belakang rumah Datuk
Ahmad. Walaupun rumah itu kecil tapi Zakri selesa tinggal di situ. Dengan
keadaan sekeliling yang dipenuhi pokok bunga membuatkan Zakri teringat akan
arwah Mamanya. Kata Datin Salmah Aisyah yang menanam bunga kat situ. Tak cukup
kawasan depan rumahnya yang besar tu, kawasan belakang ni pulak yang dia tanam
bunga. Zakri hanya tersenyum bila teringat akan Aisyah. Aisyah yang kelam
kabut, Aisyah yang pemalu, Aisyah yang kalut. Semuanya melucukan. Dia teringat
peristiwa dua hari lepas dimana Aisyah sedang menyiram bunga di halaman
rumahnya sambil menyanyi. Yang paling lucu Aisyah nyanyi lagu Tamil. Zakri yang
berada di belakang Aisyah ketawa terbahak-bahak. Aisyah yang terkejut terus melatah.
Melatah dalam bahasa Tamil pulak tu.
“pandai ya Cik Aisyah nyanyi lagu Tamil. Siap
menari lagi…boleh tolong transletkan tak, saya tak faham”. Zakri mengusik
Aisyah yang sudah merah pipinya. “Adui…comel betul la kau ni Aisyah”. Zakri
berkata dalam hatinya.
Aisyah yang terkejut dan malu terus merempuh
Zakri untuk masuk ke dalam rumah. Namun malang bila dia hanpir jatuh bila
kakinya tertarik paip yang terjatuh tadi. Belum sempat dia jatuh menyembah
bumi, tiba-tiba dia terasa badan dia ditahan oleh satu tubuh. Pinggangnya
dipegang kemas. Aisyah membuka matanya dan benda pertama yang dia lihat adalah
wajah Zakri yang rapat dengan mukanya. Sangat rapat. Mukanya yang merah
bertambah merah. Tanpa ucap terima kasih dia terus menegakkan badannya dan
menolak Zakri jauh darinya. Setelah itu dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
Zakri hanya mampu tersenyum sambil memegang dadanya yang sedang berdegup
kencang. Tanpa mereka sedari kejadian tadi sempat dilihat oleh sepasang mata
dan gerangan tersebut tersenyum melihat aksi tadi sambil mengelengkan
kepalanya.
Ketukan di pintu
mengejutkan Zakri. Dia terus membuka pintu rumahnya. Kelihatan Datuk Ahmad
sedang berdiri sambil tersenyum. “saya nak ajak kamu ke suatu tempat. Jom”.
Tanpa sempat Zakri bertanya Datuk Ahmad sudah berlalu pergi. Zakri terus masuk
dan bersiap seadanya.
Datuk Ahmad dan Datin Salmah sudah menunggu
dalam kereta. Aisyah pula sedang memakai kasut. Zakri masuk ke dalam kereta,
Aisyah terus masuk dan duduk di sebelah Zakri. Zakri hanya melihat sambil tersenyum.
Datuk Ahmad tersenyum sumbing melihat telatah mereka. Dia sendiri yang meminta
Aisyah supaya duduk di depan sebelah Zakri. Mula-mula tu Aisyah membantah namun
setelah dipujuk dan menjampi, Aisyah akhirnya setuju. Datuk Ahmad hanya nak
tengok gelagak mereka sebenarnya. Isterinya pernah cerita padanya tentang
peristiwa dua hari lepas tentang Zakri dan Aisyah.
“kita nak
kemana Uncle”.
“kami nak ke
rumah anak yatim. Rumah Bonda. Nanti saya tunjukkan jalannya”.
“baik Uncle”. Zakri menjawab dengan keadaan
perlahan. Dia masih terkejut setelah mendengar nama Rumah Bonda. Rumah anak
yatim dimana adiknya ditempatkan. Dia ingat-ingat lupa jalan ke rumah anak
yatin tersebut. Dulu tiap-tiap minggu dia ke sana bersama keluarganya. Adakah
masa sudah tiba untuk dia bertemu dengan adiknya?. Adalah dia sedah bersedia?.
Zakri melepaskan nafas dengan berat. Aisyah yang perasan terus menoleh ke arah
Zakri. Zakri hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya. Aisyah terkejut
dengan perbuatan Zakri. Apalagi, terus merah mukanya. Zakri tersenyum. Aisyah
memang mampu untuk menghilangkan rasa tidak sedap dihatinya. Hatinya yang tidak
tenang tadi terus hilang setelah melihat gelagat Aisyah yang malu tak
bertempat.
Mereka keluar dari
kereta setelah sampai di Rumah Bonda. Zakri yang keluar paling lambat. Dia
masih ragu-ragu untuk keluar. Dia bimbang sekiranya Bonda Sarah masih
mengingatinya lagi. Dia sangat baik dengan Bonda Sarah kerana Bonda Sarah
merupakan adik angkat kepada arwah Mamanya. Selepas Mamanya, Bonda Sarah merupakan
insan kedua yang sangat memahami dia.
Disebabkan itulah dia bimbang jika Bonda Sarah masih mengingatinya.
Sekarang ini Zakri hanya mampu bertawakal agar Bonda Sarah sudah lupa akan dia.
Lagi pun dia sekarang jauh beza dengan dulu. Sedangkan orang lain pun tidak
mengecamnya termasuklah Uncle Jalil yang sudah beberapa kali bertembung
dengannya di pejabat.
Mereka disambut oleh beberapa orang remaja
perempuan. Mereka di bawa masuk ke dalam. Apabila melihat Bonda Sarah keluar,
Zakri terus menundukkan wajahnya. Datin Salmah dan Aisyah berpelukan dengan
Bonda Sarah.
“Kak Chah….”.
Mereka dikejutkan dengan jeritan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur
dalam lingkungan tiga tahun. Semua yang berada di situ tersenyum dengan
gelagatnya. Dia terus berlari ke arah Aisyah dan naik ke aras riba Aisyah yang
sedang duduk di atas sofa. Aisyah tersenyum sambil membetulkan duduk budak
tersebut. “olo…olo…comelnya adik kak Chah ni….siapa yang ikat rambut Isya ni.
Comel”.
Isya tersenyum sumbing. “kak Aya yang icat…tantik tak
kak Chah?. Isya bertanya comel. Semua yang berada di situ tersenyum dengan
gelagat Isya termasuklah Zakri. Dia yang paling kuat sekali ketawa. Bonda Sarah
yang perasan akan ada seorang yang dia tidak pernah tengok terus memandang ke
arah Zakri. Dan ketika itulah mereka berbalas pandang. Bonda Sarah jelas
terkejut dan terus berdiri. “Zakri….”. Bonda Sarah terus menyebut nama Zakri.
Datuk Ahmad yang perasan terus menyoal. “kenapa
Sarah. Kau kenal ke dengan pemandu aku yang baru ni…Zack namanya bukan Zakri”.
Bonda Sarah yang dan pucat mukanya terus mengelengkan kepalanya. Zakri yang
berdebar hanya menunjukkan riak wajah yang tenang. Sedaya upaya dia cuba
menahan perasaannya.
“oh….aku salah orang kut. Aku ingatkan anak kawan
aku tadi. Seiras mukanya”. Bonda Sarah masih lagi tidak mengalihkan
pandangannya ke arah Zakri. “Zakri…anak arwah Hamidi dengan Anita ke?”. Datuk
Ahmad bertanya sambil memandang sama ke arah Zakri.
Zakri yang berada di depan mereka sudah panas
punggung. Bonda Sarah hanya menganggukkan kepalanya. Kini semua mata sudah
memandang ke arah Zakri. “hmmmm…saya rasa semua dah salah orang ni…saya ni
Zack, bukan Zakri”. Zakri membetulkan tanggapan semua yang berada di depannya.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan seorang remaja perempuan.
Remaja perempuan tersebut terus berlari ke arah
Aisyah dan terus memeluknya. Zakri yang melihat remaja tersebut terus berdiri tegak.
Semua memerhatikan perbuatannya. Zahra. Zakri bermonolog. Zahra turut memandang
ke arah Zakri. Bonda Sarah perasan sesuatu apabila Zakri kelihatan tergaman
bila melihat Zahra.
“saya nak ke tandas…boleh tunjukkan?”. Zakri cuba
menahan riak wajahnya. Dia tahu bahawa semua yang berada di depannya sekarang
sedang pelik dengan kelakuannya.
“Isya sayang boleh tunjukkan Abang Zack tandas tak…?
Sian Abang Zack nak pergi tandas tapi tak tahu kat mana”. Aisya meminta
pertolongan Isya. Isya terus turun dari riba Aisyah. “nanti Ica nak upah. Oleh
tak mama…?. Isya memandang ke arah Datin Salmah.
Datin Salmah hanya tersenyum.
Dia tahu sangat dengan budak Isya ni. “ye lah..nanti Mama upah”. Isya yang
gembira mendengar kata-kata Datin Salmah terus berlari ke arah Zakri. Zakri
terus mendukung Isya dan berlalu ke arah yang di tunjukkan oleh Isya.
“mana kau dapat pemandu kau tu Mad. Ada siapa-siapa
yang rekomenkan ke?. Bonda Salmah bertanya lanjut.
“Azman yang rekomenkan. Katanya anak buah dia dari
kampung. Nak pakai kerja sekarang ni. Tu yang dia rekomenkan untuk aku tu. Zack
pun nampak baik, tu yang aku tak teragak-agak nak ambil dia kerja dengan aku”.
Datuk Ahmad menjawab tanpa rasa ragu dengan pertanyaan dari Bonda Sarah. Bonda
Sarah yang mendengar jawapan dari Datuk Ahmad terus tersentak. Apa yang
dirancang oleh mereka sebenarnya ni. Dia tahu ada sesuatu yang besar yang telah
dirancangkan oleh Azman.
“kak Chah siapa yang Isya bawa ke tandas tadi…pak we
kak Chah eh…?”. Zahra mengenakan Aisyah. Dia memang rapat dengan Aisyah. Aisyah
yang malu dengan pertanyaan dari Zahra terus merah mukanya. “eh…apa Ara ni.
Bukan lah. Tu pemandu baru Papa”. Aisyah menerangkan kepada Zahra untuk menutup
malunya. “dah tu yang kak Chah malu sangat tu kenapa. Tengok muka tu dah macam
tomato masak. Mama dah boleh petik dah ni, masak tom yam”. Zahra terus berlari
ke arah Datin Salmah bila Aisyah berura-ura bangun untuk mengejarnya. Semua
ketawa dengan perlakuan mereka yang dah macam budak-budak. Suasana yang tegang
tadi terus berubah.
Baru beberapa
langkah Aisyah berlari, kakinya terlanggar hujung tikar buluh lalu terus tersadung.
Namun Zakri yang baru keluar dari tandas sempat menyambut pinggang Aisyah
dengan tangan kirinya. Manakala tangan kanannya masih lagi kemas mendukung
Isya. Ini kali kedua Aisyah diselamatkan oleh Zakri delam keadaan yang sangat
memalukan. “woooooo….wah hebat lah abang ni…dah macam dalam filem tamil pulak”.
Zahra menambah perasa. Zakri membetulkan kedudukan Aisyah dan melepaskan
pinggang Aisyah.
“Chah ke tandas jap”. Aisyah mencipta alasan untuk
lari dari keadaan yang memalukan tadi. “ya Allah..kenapa la aku ni kalut
sanagt. Dah la ni kali kedua dia sambut aku”. Aisyah merungut sambil berjalan
ke arah tandas. Datuk dan Datin hanya tersenyum. Bonda Sarah masih lagi
memandang ke arah Zakri. Zakri perasan akan pandangan itu tapi dia buat-buat
tak perasan.
“Isya tadi kata nak tunjuk kat abang kebun bunga
Isya yang cantic tu. Jom”. Zakri cuba untuk melarikan diri. Dia tidak betah
berada dekat dengan Bonda Sarah dengan lebih lama lagi. “Jom…tapi unga Ica tak
anyak pun…unga kak cha ngan kak Aya jer anyak”. Isya berkata dengan pelatnya.
Selepas Zakri dan Isya berlalu, Datuk Ahmad dan Datin Salmah meminta diri untuk
ke dalam untuk melihat anak-anak mereka yang sedang mengkaji pelajaran. Bonda
Sarah pula meminta diri ke tempat lain. Ada kerja katanya.
“Isya boleh Bonda nak bercakap dengan kejap. Isya
masuk dalam dulu ya…”. Tiba-tiba Bonda Sarah menegur Zakri dan Isya yang sedang
sebuk berbual pasal bunga yang telah ditanamnya. Zakri sudah rasa tak sedap
hati. Namun dia tetap meletakkan Isya dari dukungannya. Isya berlari kecil masuk
ke dalam rumah. Tinggal lah Zakri dan Bonda Sarah di kawasan belakang yang
sunyi ini.
“why are doing this…I know u remember me right…I
know u well Zakri…very well.” Bonda Sarah berkata sambil teresak-esak
membuatkan Zakri berasa sangat bersalah. Benda yang paling dia benci adalah
melihat orang yang dia sayang menangis. “Bonda tahu ni Zakri. Bonda tak pernah
lupakan Zakri, walaupun muka kamu jauh beza dengan dulu tapi Bonda dapat kenal
kamu. Tolong lah jangan buat Bonda macam ni. Bonda sakit sangat kat sini bila
Zakri buat-buat tak kenal dengan Bonda”. Bonda Sarah menangis sambil tangan
kirinya memegang dadanya. Manakala tangan kanannya pula memukul-mukul dada
Zakri.
Zakri tak tahan melihat Bonda Sarahnya menangis
begitu. Tanpa teragak-agak dia menarik Bonda Sarah ke dalam pelukannya. Dia
ingin menenangkan Bondanya. “Zakri minta maaf. Bukan Zakri sengaja nak buat
Bonda nacam tu. Zakri terpaksa. Zakri dalam misi sekarang ni Bonda. Zakri tak
boleh dedahkan identity Zakri pada orang umum”. Zakri yang juga teresak-esak
menerangkan tujuannya yang sebenarnya.
Bonda Sarah
memandang ke arah Zakri. “Misi apa ni...?”.
“Zakri ni Polis Bonda. Tapi Zakri lebih kepada
Perisik. Zakri sekarang sedang undercover
kes Datuk Ahmad untuk melindungi dia. Pejabat Zakri kat Amerika menerima arahan
untuk melindungi Datuk Zakri daripada pengganas. Dia nak menghapuskan Datuk
Ahmad kerana Datuk Ahmad merupakan penyumbang utama kepada masyarakat dekat
Gaza. Mereka marah sebab tu mereka nak menghapuskan Datuk Ahmad.
Pada mulanya
kawan Zakri yang diberikan tugas ni tapi bila Zakri tahu yang akan dilindungi
ni sebenarnya Kawan arwah Papa, Zakri terus meminta izin untuk menggantikan
dia. Ada sesuatu yang perlu Zakri uruskan Bonda selain melindungi Datuk Ahmad”.
Bonda Sarah yang mendengar cerita dari Zakri terus melepaskan
pelukan dari Zakri. Dia memandang tajam ke arah Zakri. “Benda apa Zakri….DENDAM
ke….tolong lah Zakri jangan buat diri kamu tu dalam bahaya”. Bonda Sarah
kelihatan marah.
Zakri memegang kedua-dua belah bahu Bonda Sarah.
“Bonda selagi Zakri tak cari siapa yang nak hancurkan keluarga kami selagi tu
Zakri kena bersembunyi Bonda. Sampai bila Zakri kena senyapkan diri Bonda.
Zahra. Macam mana dengan Zahra?. Sampai bila kita nak sembunyikan identity dia
Bonda. Sampai bila?. Zakri menegaskan kenyataan kepada Bonda Sarah.
“dah tu apa yang Zakri akan buat sekarang ni. Tolong
lah jangan bahayakan nyawa Zakri. Hanya Zakri yang Zahra ada kat dalam dunia
ni. Jangan buat dia jadi sebatang kara Sayang”. Bonda Sarah memegang kedua-dua
pipi Zakri.
“Zakri janji akan berhati-hati. Bonda jangan risau.
Uncle Azman ada dengan Zakri”. Bonda terus memasamkan mukanya bila Zakri
menyebut nama Azman. “sampai hati Uncle Azman tak beritahu Bonda pasal Zakri.
Bertahun Bonda tunggu Zakri balik. Bonda tahu Zakri selamat dan sedang
bersembunyi”. Zakri tersenyum bila Bonda marah kepada Uncle Azmannya.
“Uncle tak nak risaukan Bonda. Cukuplah Bonda dah
mengambil risiko untuk menjaga Zahra. Uncle tak nak tambahkan lagi risiko kat
Bonda. Bonda tahukan Uncle tu sayang sangat kat Bonda”. Bonda Sarah yang
mendengar kata-kata dari Zakri terus memukul lengan Zakri. Dia brasa malu bila
dah tua-tau ni pun Zakri nak kaitkan perasaan sayang. “la….betul tu. Uncle
bujang, Bonda dara. Sesuai sangat la tu.”.
“eeeee..Zakri ni. Dah. Stop cakap pasal ni. Sekarang
ni apa yang Zakri akan buat”
“buat masa sekarang ni Zakri sedang menyiasat dalam
pejabat. Zakti tahu ada kaki tangan mereka dalam pejabat. Zakri sekarang Cuma
nak cari orang tu jer. Kita kena tangkap anak-anak dia dulu Bonda baru lah kita
boleh kenal dengan babak dia”. Zakri menerangka rancangannya kepada Sarah.
“Zakri Cuma
nak minta Bonda tolong jagakan Zahra dengan ketat buat masa sekarang. Zakri
rasa tak sedap hati”. Bonda Sarah hanya mampu menganggukkan kepalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan