MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU….part 2
Zakri bangun melipat sejadah yang telah digunakannya
sebentar tadi. Dia baru saja menyudahkan solat subuh. Walaupun 15 belas tahun
dia tinggal di Kota London namun dia tidak pernah melupakan kepada penciptanya.
Encik Kamal sendiri tidak pernah leka dalam menasihatkannya untuk sentiasa
ingat kepada Allah S.W.T. Dia bersiap ala kadar untuk pergi melaporkan diri
kepada Datuk Ahmad. Uncle Azman akan mengambilnya dan menghantar dia ke rumah
Datuk Ahmad. Keluar saja dari kawasan perumahan kondominium, Uncle Azman sudah
menunggunya di dalam keretanya. Zakri tersenyum dan terus masuk ke dalam
kereta.
“macam mana, dah bersedia nak menjadi pemandu”.
Uncle Azman bertanya kepada Zakri.
“insyallah Uncle. Saya dah bersedia. Macam la saya
tak pernah buat Uncle. Dah macam-macam kerja saya buat, Uncle jangan risau ya”.
Zakri menoleh ke arah Azman yang berada di sebelahnya.
“hahahaha…Uncle lupa pulak yang Zakri ni kan perisik
yang paling terbaik. Tapi satu jer Uncle nak pesan supaya jangan sesekali
terlepas cakap atau sebagainya. Jangan sampai rahsia yang Zack simpan selama ni
terbongkar. Kalau Datuk ajak masuk dalam syarikat pun buat macam biasa jer.
Jalil sentiasa ada kat syarikat tu, jangan lepas laku bila ada depan dia”.
Azman membari nasihat kepada Zakri. Dia tahu Zakri ni sangat banas baran.
Zakri hanya mampu tersenyum mendengar
kata-kata nasihat Uncle Azmannya. Dia tahu Uncle Azman sangat mengenali
sifatnya yang satu itu. Kereta Uncle Azman masuk ke dalam satu kawasan rumah
yang luas dan besar. Uncle Azman keluar daripada kereta dan berjalan ke arah
pintu utama rumah tersebut. Dia sudah biasa dengan kawasan rumah itu kerana
Datuk Ahmad merupakan salah seorang kawan baiknya. Dia juga lah yang merekomenkan
Zakri sebagai pemandu peribadi kepada Datuk Ahmad selepas pemandu lamanya
berhenti kerja. Zakri hanya tunggu di luar rumah. Selepas itu dia lihat Uncle
Azman keluar bersama seorang lelaki yang sudah berumur namun masih lagi nampak
segak dan kemas. Mereka berjalan menuju ke arah Zakri yang sedang berdiri di
tepi kereta Uncle Azman. Datuk Ahmad menghulurkan tangan untuk bersalam.
“saya tak sangka pulak yang pemandu saya ni masih
muda dan sangat tegap . Ni confirm ke nak jadi pemandu ni. Macam tak layak jer”.
Datuk Ahmad berkata sambil tersenyum. Dia menoleh sekejap kelasa Uncle Azman
yang berada di sebelahnya.
“betul la tu Datuk. Saya memang nak jadi pemandu pun.
Saya nak beli kereta mahal tak mampu, jadi saya bercita-cita nak jadi pemandu.
Boleh la saya pandu kereta besar walaupun kereta orang”. Datuk Ahmad dan Uncle
Azman ketawa mendengar kata-kata Zakri.
“tak payah panggil Datuk la ya…panggil Uncle jer”.
Datuk Ahmad merendah diri. Zakri sangat suka akan sifat Datuk Ahmad yang ramah
ini. Uncle Azman pun pernah beritahu bahawa Datuk sangat ramah.
“ok lah Mad. Aku dah lambat ni. Jadi aku tinggalakan
Anak angkat aku ni kat kau ya. Jaga dia baiki-baik.hahahaa…Uncle pergi dulu ya
Zack. Kerja baik-baik”. Uncle Azman menepuk bahu Zakri sebelum dia berlalu
masuk ke dalam kereta.
Sedang mereka memerhatikan Uncle Azman berlalu
keluar dari kawasan rumah, mereka ditegur oleh satu suara lembut.
“Pa, Aisyah pergi dulu ya”. Aisyah anak gadis Datuk
Ahmad menegur mereka. Zakri dan Datuk Ahmad berpaling serentak. Aisyah terkejut
melihat Zakri yang berdiri disebelahnya ayahnya. Sangkanya pemandu baru ayahnya
itu sudah berumur dan tidak semuda dan setampan ini. Aisyah terasa pipinya
merah apabila Zakri terus-terusan melihatnya tanpa berkelip.
“hmmm…dah nak pergi butik ker Chah”. Datuk Ahmad
meleraikan pandangan mata mereka berdua. Dia hanya tersenyum. Dia pun pernah
muda. Aisyah kelam kabut apabila tahu ayahnya perasan akan pandangannya kepada
Zakri. Sedangkan Zakri masih lagi kelihatan selamba seperti tadi.
“ya…Aisyah pergi dulu ya”. Aisyah terus berlalu ke
keretanya tanpa menoleh kebelakang lagi. Zakri melihat Aisyah berlalu
sehinggalah kereta yang dipandu oleh Aisyah hilang dari pandangan.
“Zack jom. Saya pun dah lewat ni. Kamu dah tahu dah
kan dengan jalan kat sini?”. Datuk Ahmad bertanya. Menurut Azman Zakri ni dari
kampung jadi mana tahu Zakri kurang tahu dengan selok belok jalan kat bandar
besar ni. Tapi melihat pada anggukan Zack, dia tersenyum. Sudah seminggu Zakri
menghafal jalan-jalan yang berada kat bandar ni bertemankan Uncle Azmannya,
jadi dia tidak risau akan masalah jalan. Datuk Ahmad masuk ke dalam kereta dan
diiringi oleh Zack yang masuk di bahagian pemandu. Dalam perjalanan mereka
hanya senyap tanpa berbicara. Datuk Ahmad sedang kusyuk membaca surat khabar.
Zakri memandang ke dalam cermin yang ada di hadapannya apabia terdengar Datuk
Ahmad melipat surat khabarnya. Pandangan mata mereka berlaga dan saling
berbalas mata.
“Kat sebelah umah saya tu ada satu rumah kecil.
Biasanya pemandu saya yang lepas semuanya tinggal kat situ. Nanti kamu pindah
la kat situ”.
“baik Uncle. Saya sekarang pun memang tengah cari
tempat tinggal ni. Dah alang-alang Uncle mempelawa elok sangat la tu”. Zack
bersetuju dengan cadangan Datuk Ahmad. Dia rasa lebih senang kerja dia untuk
melindungi Datuk Ahmad jika dia tinggal berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan