MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU….part 5
Zakri
memberhentikan kereta di depan pintu masuk Hotel Permata. Datuk Ahmad ada temu
janji dengan beberapa orang ternama yang juga merupakan penyumbang kepada
masyarakat Gaza. Zakri diminta masuk sekali. Kata Datuk Ahmad, Zakri ni bukan
hanya pemandu malah sebagai pegawai peribadinya. Mereka diiringi ke tempat
duduk mereka yang sudah ada yang menunggu. Datuk Ahmad bersalaman dengan
beberapa orang yang berada di meja tersebut. Zakri diperkenalkan kepada mereka.
Zakri meminta duduk di meja berhampiran dengan meja mereka. Dia tidak mahu
mengganggu perjumpaan mereka. Datuk Ahmad membenarkan. Sedang mereka
berbincang, Zakri sibuk memerhatikan kawasan sekeliling. Dia tidak boleh
terleka walaupun untuk sesaat.
Tiba-tiba mereka
dikejutkan dengan bunyi tembakan dan salah seorang yang berada di meja bersama
dengan Datuk Ahmad jatuh tersungkur selepas terkena tembakan tersebut. Zakri yang
terkejut terus berlari ke arah Datuk Ahmad dan menarik Datuk Ahmad dan beberapa
orang rakannya itu supaya duduk menyorok di bawah meja. Mata Zakri meliar
mencari punca tembakan. Matanya menangkap gerakan penembak yang memakai jaket
hitam. Bukan seorang tapi dua orang. Zakri terus bangun dan melepaskan
jaketnya. Setelah itu jaketnya dibalikkan dan dipakai semula. Topi dalam jaket
dikeluarkan dan dipakai. Kaca mata hitam juga dipakai. Dia tidak mahu dirinya
dikenali.
Orang ramai semua sudah
berlari lintang pukang. Keadaan itu membuatkan pengganas tidak dapat mencari
sasarannya. Ini memberikan peluang kepada Zakri untuk menyerang mereka. Zakri
sudah menghubungi pihak Polis dengan menekan penggera keselamatan yang selama
ini dia pegang. Zakri menyerang salah seorang daripada mereka. Pistol yang
dipegangnya tercampak. Kawannya pula yang menghalakan pistol namun sempat juga
ditepis oleh Zakri dengan tangkas. Segala seni mempertahankan diri yang
dimiliki dikeluarkan oleh Zakri.
Salah seorang dari
mereka telah terseungkur tidak sedarkan diri. Pengganas yang satu lagi itu
kelihatan sangat marah bila Zakri berjaya jatuhkan rakannya. Dia tahu yang
Zakri bukanlah calang-calang orang. Untuk melarikan diri memang dia tidak
sempat lagi. Jadi dia hanya mampu menyerang. Pengganas mara kedepan menendang
perut Zakri. Zakri terundur ke belakang. Zakri tersenyum ke arahnya.
“what the
f..k?”. Pengganas tersebut menyumpah-nyumpah Zakri bila melihat Zakri
tersenyum. Dia tahu yang Zakri sedang mengejeknya. Zakri terus menyerang kaki
pengganas. Dia jatuh namun kakinya yang satu lagu masih mampu menahan tubuhnya daripada
terus jatuh. Melihat keadaan tersebut, Zakri terus menyerang di bahagian kepala
pengganas. Sebelum sempat Zakri memukul lebih teruk lagi, dia telah ditahan
oleh pegawai polis. Dia merengus tapi dia sempat menedang sekali lagi di dada
pengganas. Selepas itu dia terus berlalu keluar.
Datuk Ahmad yang berada
di bawah meja menyaksikan keseluruhan pergaduhan tadi. Dia seperti kenal dengan
susuk tubuh orang yang meyerang pengganas tadi. Namun dia tidak dapat mengenal
pasti siapa orangnya. Dia dikejutkan dengan kedatangan Zakri yang menyakan
keadaan dirinya. Dia dibantu oleh beberapa orang pegawai Polis. Mereka dibawa
ke hospital. Sedetik pun Zakri tidak pergi dari sisi Datuk Ahmad. Dia tahu
Datuk Ahmad masih lagi dalam keadaan yang terkejut.
Datin Salmah dan Aisyah berlari masuk ke dalam wad
yang menempatkan Datuk Ahmad. “ya Allah…Abang. Abang tak apa-apa ker…macam mana
boleh diserang ni?”. Datin Salmah terus memeluk Suaminya. Datuk Ahmad ketawa
dengan sikap kelam kabut isterinya. Datin Salmah yang mendengar ketawa dari
suaminya terus bangun dan mencubit paha suaminya. Datuk Ahmad mengaduh.
”sakitnya hati….kita risaukan dia, boleh pulak dia
ketawa”. Datin salmah menjeling.
“ala…abang tak apa-apa la. Cuma terkejut jer. Tapi
malangnya Tan Sri Kamil tak dapat diselamatkan. Dia kena tembak di kepala”.
Datuk Ahmad berbicara sedih.
“apa yang berlaku sebenarnya Papa?”. Aisyah
bertanya.
“sebenarnya mereka tu pengganas. Mereka datang ke
sini mencari Papa sebab Papa merupakan penyumbang utama kepada masyarakat Gaza.
Mereka marah sebab tu mereka nak hapuskan papa agar masyarakat Gaza nanti tak
ada penyumbang lagi”. Datuk Ahmad menceritakan balik apa yang pihak Polis
ceritakan kepadanya. Pengganas sekarang sudah ditangkap dan ketua serta
konco-konco mereka di Amerika juga sudah ditangkap di tempat persembunyian
mereka.
“nasib baik ada seseorang yang tolong tadi. Nak
harapkan orang ramai memang tak la. Belum apa-apa dah lari lintang pukang”.
“siapa yang tolong abang…?”. Datin Salmah bertanya.
“Abang pun tak tahu Mah. Tak cam. Dia pakai jaket
warna biru pastu pakai pulak topi dan kaca mata hitam. Memang tak cam la”.
Datuk Ahmad memandang ke arah Zakri yang dari tadi lagi senyap. Tak tahu kenapa
dia berasa sangsi dengan Zakri. Dia yakin susuk tubuh yang yang menolong mereka
tadi sama dengan susuk tubuh Zakri.
Zakri yang perasan dirinya diperhatikan terus
bersuara. “mungkin pihak polis kut Uncle. Mungkin dia dah lama perhatikan gerak
geri pengganas tu. Mereka kan dah tahu yang pengganas tu sasarkan adalah
Uncle”. Zakri ingin menutup kesangsian Datuk Ahmad. Dia tahu yang Datuk Ahmad
sekarang sangsi dengan dia.
“ya la tu Papa. Mungkin betul apa yang abang Zack
cakap tu”. Aisyah menyokong kata-kata Zakri. Datuk Ahmad yang sedang minum terus
tersedak bila mendengar Aisyah memanggil Zakri ‘abang’. Setelah lega sedikit
dia tersenyum sumbing.
“bila masa pulak yang Chah dah panggil Zack ni
abang. Biasanya tak pun”. Aisyah yang tersasul terus menekup mulutnya. Dia tak
perasan pulak yang dia panggil Zakri abang. “eh…Chah panggil abang eh…tak
perasan pulak”. Aisyah tersenyum malu.
“apa salahnya Chah nak panggil abang. Panggil jer
la. Lagi pun Zack ni tua dari Chah. Kan Zack?”. Datuk Ahmad bertanya kepada
Zakri. Zakri hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Aisyah yang malu
terus menoleh ke arah Zakri. Zakri mengenyitkan matanya kepada Aisyah. Aisyah
terkejut dan terus berdiri. Muka tak payah cakap lah. Dah macam buag epal kat
giant. Datuk Ahmad dan Datin Salmah yang melihat perlakuan Zakri terus ketawa
kuat. Dia suka dengan sikap Zakri yang sering mengusik Aisyah. Aisyah yang
melihat Mama dan Papanya ketawa terus berlari keluar dari bilik wad papanya.
Zack juga turut bangun. Dia meminta diri untuk keluar sebentar.
Zakri yang terlihat Aisyah sedang duduk di atas
bangku di kawasan legar hospital terus menuju kearah itu. Namun dia berhenti di
belakang Aisyah bila dia dengar Aisyah merungut seorang diri. “aduh….Chah asal
yang kau ni kalut sangat. Cuba kawal sikit perasaan kau tu. Buat malu jer. Huaaaaaaa…..dah
depan mama dan papa…malunya. Nanti apa dia fikir pasal aku. Mesti dia kata aku
gatal nak goda dia siap panggil dia abang lagi. Aku bukan nak goda dia pun,
kalua dia tergoda bukan salah aku. Heheheh….tapi best jugak kan kalau panggil
dia abang. Abangggggg…..”. Aisyah cuba memanggil Zakri dengan nada lembut.
Lepas tu dia tersipu-sipu malu. Zakri yang ada di belakang Aisyah cuba menahan
ketawanya sampai tubuhnya bergoyang-goyang.
“Abanggggg…..”. Sekali lagi Aisyah panggil dengan
nada yang sangat lembut. Memang sangat menggoda. Zakri yang tadi sedang ketawa
pun terhenti. Seram sejuk pulak dia rasa. Nak-nak jer angkat anak Datuk Ahmad
ni masuk bilik. Tak ke haru nanti. Baik dia hentikan Aisyah daripada panggil
dia buat kali yang ke tiga. Kalau sekali dia dengar suara Aisyah yang
mendayu-dayu tu memang bilik la jawabnya. Hahaha. Kau memang gila Zakri.
“hmmmm…..”. Zakri berdehem. Aisyah yang mendengar
suara Zakri terus berdiri dan merpaling ke arah Zakri. Aisyah terus merah
mukanya. “abang Zack. Ya ada apa….?”. Aisyah cuba menahan perasaannya. Zakri
hanya tersenyum. “tak ada apa…saja datang abang nak tegur Chah”. Zakri
memberikan senyuman menawannya kepada Aisyah. Aisyah tergaman melihat senyuman
itu. Aduh manisnya budak. Anak sapa la ni. Tapi Aisyah seperti tersentak
seketika. Senyuman itu seperti dia pernah lihat. Zahra. Ya Zahra pun mempunyai
senyuman yang sama. Zakri yang melihat Aisyha seperti mengelamun terus mencuit
hidung Aisyah. Aisyah tersentak. “ya Allah dia cuit hidung aku….lembutnya
cuitan dia….tapi aku malu”. Aisyah yang terkejut dengan cuitan itu terus
berlari masuk ke dalam bilik Papanya semula dengan muka yang merah. Zakri juga
terkejut dengan perlakuannya sendiri. “aduh…yang pergi cuit hidung dia tu
kenapa…adui rosak anak dara orang…aku kena bertanggungjawab ni….”. Zakri yang
mendengar kata hatinya terus ketawa. Cuit hidung pun nak kena bertanggungjawab.
Memang aku dah gila. Gila kan Aisyah anak Datuk Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan