MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 7
Aisyah tersedar dari tidurnya. Dia melihat Zakri yang
sedang tidur lena di sebelahnya. Tubuh dia dipeluk kemas oleh Zakri. Melihatkan
tubuh Zakri yang terdedah dia teringat akan peristiwa malam tadi. Dia malu.
Semalam setelah genap seminggu dia menjadi isteri, akhirnya dia betul-betul
menjadi seorang isteri. Pesanan Mama dan Bonda entah kemana dah. Kejadian malam
tadi mula terlayar di ingatannya.
Zakri keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan
tuala. Badannya yang sasa dibiarkan terdedah. Pada masa yang sama, Aisyah masuk
ke dalam bilik.Dia terjerit kecil bila melihat Zakri tidak berbaju. Bila dia
berura-ura untuk kaluar dari bilik, pinggang dia dipeluk oleh Zakri dari
belakang. Zakri membalikkan tubuh Aisyah mengadapnya. Zakri tersenyum semacam.
Senyum gatal. “sayang nak pergi mana hmm..?”. Zakri bertanya perlahan di cuping
telinga Aisyah diiringi dengan satu kucupan di telingannya.
Aisyah yang
mendengar nada suara Zakri yang semacam dan mengelabah. “abang…pergi la pakai
baju…peluk-peluk orang pulak. Abang jangan nak buat perangai tak senonoh
eh…senyum abang tu lain macam jer tau tak…seram Chah tengok”. Zakri tidak
menghirau kan kata-kata Aisyah. Dia membelai bibir Aisyah yang dirasakannya
terlalu banyak cakap tu. Dah lama sangat dia geram dengan bibir munggil
isterinya ini.
Aisyah yang ingin berkata-kata lagi terkedu bila
bibirnya dipagut lembut oleh bibir seksi Zakri. Lama sebelum dia membalas kucupan
itu. Kucupan hangat itu dileraikan oleh Zakri. Dia mengelus bibir isterinya
yang basah akibat kucupannya tadi. Aisyah hanya membiarkan saja. Dia sudah hanyut
dengan belaian Zakri.
Zakri mencempung Aisyah dan diletakkan ke atas katil
dengan perlahan. Dia merebahkan badannya disebelah Aisyah. Tubuh Aisyah
dirangkul erat dan sekali lagi bibir Aisyah dipagutnya lembut. Aisyah membalas
kucupan hangat itu. Mereka berbalas pandang bila bibir mereka terlerai.
“abang……”. Aisyah memanggil Zakri. Zakri sedang
sibuk mengucup segenap lehernya. “abang….Mama…Bonda…”. Tersekat-sekat Aisyah
bercakap. Dia sememangnya sedang hanyut dengan belaian Zakri. Zakri memandang
lunak ke mata Aisyah. Dia berbisik. “abang nak sayang…abaikan Mama dan Bonda”.
Nafas Zakri hangat mengena wajah Aisyah. Aisyah memejamkan matanya sebelum dia
menganggukkan kepalanya. “I love U sayang. So much”. Selepas mengucapkan
kata-kata keramat itu, Zakri terus mengucup bibir Aisyah. Mereka hanyut dalam
dunia indah buatan mereka sendiri. Aisyah dengan rela hati merelakan perbuatan
Zakri. Setiap belaian dari Zakri sangat menghangat malam mereka. Dan malam itu
buat pertama kalinya Zakri dan Aisyah bersatu dengan penuh nikmat dan cinta.
Menungan Aisyah terhenti apabila dia terasa bibirnya
dikucup sekilas. Zakri sedang tersenyum di sebelahnya. Aisyah tersipu malu. Dia
menyorokkan mukanya di dada bidang
Zakri. Zakri ketawa dengan tingkah Aisyah. Tak habis-habis dengan malu dia.
“jom mandi…dah enam suku ni..kan terlepas subuh pulak”. Zakri melepaskan
pelukan dan bangun dari baringannya. Belum sempat Aisyah membantah, tubuhnya
sudah dicempung dan dibawa ke bilik air. Redha jer la Aisyah. Nak sangat kan.
Sudah sebulan Aisyah dan Zakri bergelar suami
isteri. Namun luar daripada rumah mereka buat seperti biasa dan Zakri masih
lagi berkhidmat sebagai pemandu Datuk Ahmad.
Malam minggu tu entah kenapa Zakri terasa ingin
pergi melawat ke Rumah Bonda. Datuk dan Datin tidak pergi dan Zakri hanya pergi
dengan Aisyah. Mereka membuat keputusan untuk bermalam di Rumah Bonda.
“jom makan buah anak-anak Bonda”. Bonda menjamu
anak-anak makan buah selepas makan malam. Zakri dan Aisyah turut serta. Isya
pula tidak meninggalkan Zakri. Asyik mengekor jer. Zakri hanya tersenyum bila
Zahra merungut. Katanya dia tidak berpeluang bermanja dengan Zakri bila Isya
ada.
“malam ni Ica nak idur ngan abang jek…kak aya angan
eles…”. Isya berkata sambil mencium pipi Zakri.
“eh mana boleh….abang Zack tidur dengan kak Chah
la…tak malu”. Isya sudah mencebikkan bibirnya bila tidak dibenarkan tidur
dengan Zakri. Semua yang di situ ketawa dengan telatah Isya. Dia turun dari
riba Zakri dan beralih kepada Aisyah yang berada di sebelah Zakri. “kak Chah
Ica nak idur ngan kak Chah ngan abang jek eh…”. Isya meminta kebenaran dari Aisya.
Aisyah mengangkat Isya ke atas ribanya. “ya sayang…boleh jer….”. Isya yang
mendengar kebenaran dari Aisyah terus berteriak riang. Zahra di depannya
dijelirkan lidah. Zahra bangun untuk mengejar Isya dan mereka terus berkejaran
sambil ketawa girang.
Bunyi riuh di luar bilik mengejutkan Zakri dan
Aisyah daripada tidur. “sayang duk dalam bilik diam-diam. Jaga Isya”. Zakri
yang berura-ura untuk bangun berhenti bila tangannya dipegang. “abang Chah
takut”. “hissss…tak ada apa pun…duk jer sini diam-diam okey”. Zakri sempat
mencium pipi Aisyah sebelum berlalu keluar dari bilik.
Keluar saja dari bilik
Zakri terkejut bila seorang lelaki sedang memukul Bonda Sarah. Lelaki tersebut
juga terkejut dengan kehadiran Zakri. Kiranya tidak ada lelaki dewasa dalam
rumah itu. Zakri terus memukul lelaki tersebut. Setelah lelaki tersebut
tumbang, muncul pula tiga orang lelaki lain dari bilik tidur budak-budak
perempuan. Salah seorang dari mereka memikul Zahra. Mereka terkejut bila
melihad Zakri ditambah pula dengan rakan mereka yang telah tumbang. Zakri
menerpa kearah lelaki yang sedang memikul Zahra. Namun langkahnya di halang
oleh dua orang lagi daripada mereka. Penjenayah yang memikul Zahra yang paling
terkejut apabila melihat Zakri. Dia tidak sangka yang Zakri akan ada di sini.
Dia berlari keluar bila Zakri dihalang oleh rakannya.
Zakri dengan tangkas melawan dua penjenayah
tersebut. Bila laluan dia tidak lagi di halang, Zakri terus berlari ke arah
lelaki yang memikul Zahra tadi. Sebelum sempat dia keluar Zakri berjaya
menghalangnya. Dua orang lelaki tadi telah pun berjaya melarikan diri.
Tinggalah dia seorang diri. Dia Meletakkan Zahra ke bawah dan bersedia melawan
Zakri. Kawan-kawan Zahra yang berada di situ terus berlari mendapatkan Zahra
yang tidak sedarkan diri. Lawan Zakri kali ini agak sukar sikat untuk di
tumpaskan. Semasa sedang bergelut topeng yang dipakai oleh lelaki tersebut
tertanggal dan Zakri terpana melihat wajah tersebut. Manun selepas itu dia
senyum.
“aku memang dah agak…kau memang ada kaitan dengan
kes 15 tahun lepas kan”.
“siapa kau ni sebenarnya? Kau bukan sembarangan
orang jer kan…bukan setakat pemandu Datuk kan?”. Syahil bertanya geram. Dia
tidak menyangka yang Zakri akan menjadi penghalangnya dalam memculik anak
Hamidi.
“kau tak perlu tahu aku siapa”. Usai berkata Zakri
terus menyerang Syahil. Dia mengambil jangka masa yang agak lama juga untuk
menumpaskan Syahil.
Syahil dan seorang lagi rakannya dibawa ke balai
untuk siasatan yang lebih lanjut. Pasukan polis dan Uncle Azman sampai di Rumah
Bonda selepas Zakri berjaya menumpaskan Syahil. Bonda, Zahra dan beberapa lagi
rakan Zahra yang cedera di bawa ke hospital. Anak-anak lain masih lagi terkejut
dengan kejadian tersebut.
Ranggo menumbuk kuat
meja yang berada di depannya. Dia sangat marah kerana rancangan mereka untuk
memculik Zahra tidak berjaya. Anak buahnya yang berjaya melarikan diri
dibelasah teruk. Kerja senang macam ni pun tak boleh nak buat. Dia mengambil
telefonnya dan menelefon seseorang.
“hello Lil. Ku dengar sini baik-baik, kau kena
sembunyikan diri dulu buat masa sekarang. Anak buah aku kena kecup malam tadi
masa nak culik anak Hamidi. Aku takut mereka bocorkan rahsia. Kita kena
sembunyikan diri”. Ranggo bercakap melalui telefon.
“ya aku tahu….kau jangan nak kalut sangat boleh tak.
Kau datang tempat aku dulu. Kita fikirkan sama-sama”. Ranggo menenangkan Jalil
yang berada di talian. Selepas itu dia menamatkan taliannya.
Bonda Sarah sekarang sedang dikerumuni oleh
anak-anak dan juga kawan-kawannya. Zahra sekarang ni sedang duduk rapat dengan
Zakri sambil merangkul lengan Zakri. Dia kini sudah tahu cerita yang sebenarnya
setelah Zakri dan Uncle Azman menceritakan perkara yang sebenar. Pada mulanya
dia menangis dan tidak mahu jumpa sesiapa pun termasuk lah Zakri. Namun setelah
di pujuk oleh Aisyah akhirnya dia akur. Dia gembira kerana sekarang ni dia
tidak lagi sebatang kara dan bertambah terkejut bila mendapat tahu yang dia ni
sebenarnya adalah pewaris kepada orang kaya.
“aku tak kira Sarah. Dalam masa terdekat ni kau kena
jugak kawin dengan aku. Akan jaga kau dan anak-anak. Aku tak nak perkara yang macam ni berlaku lagi. Kau tahu
kan aku sayangkan kau”. Uncle Azman tiba-tiba meluahkan perasaannya. Semua yang
berada di situ tersenyum apabila mendengar luahan tersebut. Bonda Sarah
terkejut tapi wajahnya jelas merah kerana malu. Nak mampus agaknya Azman ni.
Buat aku malu jer. Depan anak-anak pulak tu. Dia menjeling geram ke arah Uncle
Azman.
“kau mengarut apa ni Man…dah tua-tua pun nak buat
perangai budak-budak…buang tabiat nak mampus agaknya kau ni…aku ni dah tua dah
Man…malas nak fikir pasal kawin dah”.
“siapa cakap kau tua…baru 42 tahun…bergetah lagi.
Kalau nak bagi aku anak tiga orang pun boleh lagi”. Uncle berkata sambil
tersengih. Bonda Sarah terus mengambil bantal kecil yang ada disebelahnya dan
melemparkan ke arah muka Uncle Azman. Cun-cun kena. Tapi Uncle Azman masih lagi
tersengih. Muka Bonda Sarah yang merah bertambah merah.
“kau ni memang muka tak malu kan. Depan anak-anak
cakap tu cover sikit boleh tak”.
“aku serius ni Sarah. Dah lama kan kau tahu perasaan
aku. Tapi dulu kau kata nak tunggu Zakri balik dulu dan sekarang Zakri dah
balik. Aku nak tuntut janji kau. Tolong lah….aku sayang sangat kat kau”. Bonda
Sarah terus senyap bila Uncle Azman serius meluahkan perasaannnya. Dari riak
muka Uncle Azman Zakri tahu yang Uncle Azman sekarang tak main-main.
“Bonda sekarang ni la masanya Bonda fikirkan pasal
kebahagiaan Bonda. Zakri tahu Bonda pun merasakan perkara yang sama kat Uncle
Man kan. Jadi jangan nak jual mahal sangat…kan Uncle cari orang lain melepas
pulak Bonda”. Zakri menyokong Uncle Azman. Dia tahu yang Uncle Azman boleh jaga
Bonda dengan baik lepas ni. Dia pun tak mahu perkara seperti semalam berlaku lagi.
Suasana senyap tadi terus riuh bila Bonda
menganggukkan kepalanya. Yang paling tersenyum lebar adalah Uncle Azman
sendiri. Akhirnya pada umur 45 tahun ni
dia berpeluang untuk berumah tangga dengan wanita yang selama ini dia tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan