Khamis, 27 Ogos 2015

Mini Novel: Si Sasa Dan Si Pemalu Part 8


MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU…part 8

Ranggo dan Jalil serta anak-anak buah mereka kini sedang bersembunyi di tempat persembunyian mereka. Tempat ini adalah tempat dimana anak-anak buah mereka tidak pernah datang.
“macam mana sekarang ni…sampai bila kita nak bersembunyi macam ni”. Jalil tidak berpuas hati dengan Ranggo.
“kau bersembunyi jer kat sini. Pihak polis tak kan tahu tempat ni. Lepas ni aku nak keluar dengan anak-anak buah aku. Aku akan pastikan orang yang nak jatuhkan aku tu dihapuskan. Dia bermain dengan salah orang. Dia ingat aku akan senang-senang lepaskan dia. Ni Ranggo lah”. Ranggo berkata dengan kuat. Dia jelas kelihatan sangat marah dengan Zakri yang telah menghalang kerjanya. Jalil pun berasa gerun untuk menegur Ranggo. Kan tak pasal-pasal dia pulak yang dibelasah oleh Ranggo.

Zakri masuk ke dalam bilik siasatan selepas salah seorang daripada rakan sekerja dia keluar dengan muka yang kecewa dan keluhan berat dikeluarkan. Syahil memang mencabar pihak polis dengan kedegilannya. Zakri menarik kerusi yang berada di depan Syahil. Syahil terkejut melihat kedatangan Zakri. Zakri mengeluarkan id nya dan di tunjukkan kepada Syahil. “Zakri Daniel Bin Hamidi”.  Syahil menyebut nama Zakri.
Lama Syahil berfikir sebelum tersentak dan dia terus merenung mata Zakri. Zakri tersenyum. “ya…aku Zakri Daniel Bin Hamidi. Budak yang berjaya menyelamatkan diri 15 tahun lepas selepas kau orang semua membunuh keluarganya”.
“hahaha…kau tak ada bukti pun yang mengatakan aku pun terlibat sama”. Syahil masih lagi menunjukkan keegoannya.
“aku dah ada bukti pun. Kawan kau sorang lagi tu dah ceritakan segalanya. Semua kegaitan korang semua dah terbongkar. Pasal Jalil dan Ranggo pun aku dah tahu. Sekarang ni aku Cuma nak tahu mana tempat persembunyian mereka. Semua tempat lain aku dah pergi tapi semuanya kosong. Sekarang hanya tinggal kau sorang yang belum buka mulut. Mungkin kau tahu mana tempat yang paling selamat untuk Ranggo menyembunyikan diri dia. Kalau kau berkerjasama, kemungkinan hukuman kau boleh dikurangkan”. Zakri cuba untuk memujuk Syahil. Syahil nampak resah. Nampaknya dia dah tak boleh berdiam diri lagi. Segala kegiatan dia sudah terbongkar. Tak guna punya kawan.
“aku tak tahu…ada satu tempat tu yang sering Ranggo pergi tapi dia tak pernah bawa kami. Tu tempat rahsia dia. Tak ada siapa pun yang tahu”. Zakri mengeluh mendengar jawapan Syahil. “Mungkin kau boleh awasai tempat-tempat persembunyian tu dengan ketat. Mana tahu salah seorang dari kami kesana untuk ambil sesuatu”. Syahil memberi cadangan. Zakri tersenyum.
“baik pulak kau kan…siap bagi cadangan lagi. Tapi bagus jugak cadangan kau tu”.
“buat apa aku nak bersembunyi lagi. Dah memang ada bukti dah pun”. Zakri bangun untuk berlalu. Namun dia ditahan oleh Syahil.
“kejap Zack. Aku rasa ada seorang tahu tempat tu. Kau pergi kelab John yang kami selalu lepak tu. Kau cari Rahaya. GRO kat situ. Aku rasa Ranggo pernah bawa dia kat situ. Tu jer yang aku boleh cakap setakat ni”.
Zakri tersenyum kepada Syahil. “terima kasih”.
Zakri keluar memberi arahan kepada anak buahnya untuk mengawasi tempat-tempat persembunyian Ranggo. Manakala dia dan beberapa rakan kerja yang lain akan ke kelab John untuk mengawasi Rohaya. Sebelum itu dia sempat menelefon Aisyah untuk memaklumkan bahawa dia akan balik lambat. Dia tahu Aisyah sering merajuk bila dia sibuk bekerja. Namun setelah dipujuk mereka berbaik semula. Dia sekarang hanya ingin menyelesaikan misi ini secepat mingkin. Dia juga telah memaklumkan kepada ketuanya di Amerika bahawa ini merupakan misi terakhirnya. Dia akan berhenti dan mengurukan syarikat arwah Papanya. Dia dah berjanji dengan bapa mertuanya.
Sudah satu malam mereka mengawasi Rohaya yang sedang melayan pelanggannya di kelab malam tersebut. Mereka percaya yang kelak Rohaya akan pergi ke tempat persenbunyian Ranggo disebabkan itulah Rohaya di awasi. Satu malam Zakri dan rakannya mengawasi Rohaya. Rohaya pulang ke rumah bila siang hari menjelma. Zakri bertukar tugas dengan rakan kerja yang lain.
Zakri pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum memulakan tugasnya kembali. “assalamualikum Mama, Papa”. Zakri menegur Datuk Ahmad dan Datin Salmah yang sedang bersarapan. Mereka tersenyum memandang Zakri. Dia tahu Zakri kini sedang berkerja keras dalam menyelesaikan kes 15 tahun lepas.
“kesian betul mama tengok Zakri ni. Nak makan dulu ke nak rehat dulu?”. Datin Salmah bertanya prihatin. Zakri tersenyum. “Zakri naik berehat dululah Mama. Letih sangat badan ni”.
“hmm naik la Zakri. Rehatkan tubuh tu dulu. Chah pun baru jer naik tadi. Nak mandi katanya. Mana tahu kamu rindu kat isterinya kamu tu”. Zakri ketawa dengan kata-kata bapa mertuanya itu. Dia mengenyitkan matanya kepada Datuk Ahmad sebelum belari naik ke bilik.
Aisyah yang sedang mengeringkan rambutnya terkejut bila pintu bilik dibuka dari luar. Bila melihat gerangan yang masuk ke dalam, dia melebarkan senyumannya. Dia melepaskan tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya tadi dan berlari ke arah Zakri yang sedang mendepangkan tangannya. Aisyah berlari masuk ke dalam pelukan kemas Zakri. Lama mereka berpelukan.
“hmm…wanginya sayang abang ni…seksi pulak tu. Tunggu abang hey..?”. Zakri melihat ke arah Aisyah yang seksi berkemban dengan tuala yang singkat. Mendedahkan pahaya yang putih melepak.
Aisyah berjinjit dan merangkul leher Zakri dengan kedua-dua belah tangannya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Zakri dan mencium pipi kanan Zakri. “abang rasa…?”. Aisyah berbisik lembut di telinga Zakri. Zakri yang geram dengan telatah manja Aisyah terus menolak Aisyah jatuh ke atas katil dan sebelum sempat Aisyah bangun dia terus menindih tubuh genit Aisyah.
“dah goda tak boleh nak patah balik. Sayang kena tanggung akibatnya”. Zakri terkedu bila bibirnya dipagut oleh bibir Aisyah. Aisyah semakin berani sekarang ni. Dah hilang rasa malunya.
“abang ni lambat lah”. Aisyah berkata selepas melepaskan bibir Zakri. Zakri tersenyum miang. Letih yang tadi melekat pada tubuhnya terus hilang selepas melihat telatah manja Aisyah.
Selepas membersihkan diri, Aisyah turun meninggalkan Zakri yang sedang tidur pulas keletihan. Dia turun untuk masak makan tengah hari. Dia tahu nanti selepas bangun tidur, Zakri akan mula berkerja semula. Jadi sebelum Zakri berkerja dia akan masak tengah hari untuk Zakri.
“hai…anak Mama, baru turun. Zakri Mana?”. Datin Salmah memerli. Dia tersenyum.
“abang tidur lagi. Letih benar nampaknya tu. Chah nak masak. Abang kata tadi dia nak makan asam pedas”. Aisyah berkata sambil berjalan masuk ke dapur. Datuk Ahmad masih lagi dipejabat. Dia sekarang sudah mempunyai pemandu yang baru setelah Zakri sibuk sedang menyekesaikan misinya.
Setelah selesai makan tengah hari, Zakri berehat sebentar di ruang tamu sebelum dia keluar mengawasi semula. Sedang dia berbual degan Datuk Ahmad yang pulang untuk makan tengah hari, telefonnya berbunyi. “ya..kamu awasi dia betul-betul. Kejap lagi saya sampai”. Zakri menamatkan perbualannya. Dia bangun dari duduknya.
“abang kena pergi sekarang”. Zakri memberitahu Aisyah.
“Pa, Ma…Zakri pergi dulu”. Zakri meminta diri. Aisyah mengiringinnya sampai ke pintu depan.
“hati-hati ya abang”. Aisyah berpesan. Zakri menganggukkan kepalanya. Dia menarik Aisyah mendekatinya. Kucupan hangat di dahi diberikan kepada Aisyah. “I love U”. “I love U to”. Aisyah membalas. Zakri terus berlalu pergi dengan keretanya.

Mereka mengekori Rohaya yang sedang menuju ke suatu tempat. Rohaya sangat mencurigakan kerena dia telah membeli tertalu banyak makanan dan makanan tersebut untuk satu kuantiti orang yang ramai. Tanpa pengetahuan Rohaya, dia telah diekori. Sampai di satu bangunan lama, Royaha memberhentikan kenderaannya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum berlalu masuk. Dia tidak mahu dia diekori. Itu adalah pesanan Ranggo kepadanya. Zakri dan pasukanya memerhatikan daripada jauh. Selepas Rohaya masuk, mereka terus menyusul masuk mengekori langkah Rohaya. Mereka sangat pasti yang Ranggo dan konco-konco sedang bersembunyi di sini. Zakri tersenyum bila telahan mereka betul. Terbukti yang Ranggo sememangnya bersembunyi di bangunan lama itu. Zakri memberi arahan untuk menyerbu. Jalil, Ranggo dan konco-konconya tidak sempat melarikan diri. Mereka semua ditahan dan dibawa ke Balai. Zakri sempat membelasah Jalil sehingga lembik. Dia sangat berdendam dengan Jalil kerana kes bunuh keluarganya. Ranggo juga teruk dibelasah.
Akhirnya kes 15 tahun lepas terungkap semula. Terbukti yang kes tersebut merupakan kes bunuh dan bukannya kes kebakaran yang tidak disengajakan. Mereka semua dijatuhkan penjara seumur hidup. Hanya Syahil yang dikurangkan hukumannya kerana kerjasamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan