MINI NOVEL: SI SASA DAN SI PEMALU….part 6
Kini
sudah masuk dua bulan dia bekerja dengan Datuk Ahmad. Walaupun misi melindungi
Datuk Ahmad sudah selesai, Zakri meminta kebenaran untuk terus berkhidmat
dengan Datuk Ahmad untuk menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya 15 tahun
lepas. Permintaannya diluluskan oleh pihak atasan atas pujukan Uncle Azman.
Kini dia sedang memerhatikan salah seorang pekerja Ombak yang sangat
mencurigakan iaitu Syahil. Semasa sedang menyiasat dia sering melihat Syahil
melepak di satu kelab malam dan paling mencurigakan, Syahil sering melepak
bersama dengan kawan-kawannya yang jelas seperti ganster. Memang tidak sesuai
dengan dia sebagai seorang pegawai yang berjawatan tinggi di salah satu
syarikat yang megah di Malaysia. Namun sampai ke hari ni, Syahil masih lagi
belum menunjukkan apa-apa yang membolehkan dia mendapatkan bukti kesalahan.
Kelihatan dua orang lelaki yang sedang duduk
berhadapan. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu yang sangat serius.
“korang ni buat kerja ke tak…dah 15 tahun berlalu, masih lagi tak jumpa dengan
budak tu. Tak kan budak tu sorang pun korang tak boleh nak handle. Apa guna aku bayar korang kalau sampai sekarang pun masih
tak selesai lagi masalah ni”. Salah seorang daripada mereka kelihatan tegang
sambil marah-marah.
“kau sabar sikit lagi boleh tak Lil. Aku ada
maklumat baru untuk kau. Kau pasti suka tapi sebelum tu kau kena buat sesuatu
kat syarikat tu. Biar jatuh sikit, biar orang yang kerja kat situ mula rasa
tergugat kerja kat situ. Baru lah kau boleh teruskan sasaran kau. Kau gunakan
kretibiliti kau untuk menunjukkan kau ni seorang ketua yang baik dan boleh
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat”. Jalil tersenyum mendengar
cadangan dari Ranggo. Ranggo adalah kawannya dan juga merupakan penjenayah yang
melakukan keganasan namun sampai ke hari ini pihak polis tidak boleh
menangkapnya kerana setiap kerja yang dilakukan olehnya sangat bersih dan tidak
pernah meninggalkan sebarang bukti. Tambah-tambah lagi pengaruh yang
dimilikinya.
“tapi apa yang perlu aku lakukan?”. Jalil bertanya.
“apa guna aku bagi anak buah aku yang paling bagus
tu kerja kat syarikat dengan kau. Tu fungsi dia. Kau bagi jer arahan dia tahu
lah apa yang dia perlu buat”. Ranggo menjeling Jalil yang dirasakan agak bodah.
Macam mana nak handle syarikat besar kalau benda macam ni pun tak tahu nak buat
macam mana.
“ok…nanti aku bincang dengan dia. Apa maklumat baru
yang kau dapat tu…cepat la cakap”. Jalil tidak sabar untuk mendengar maklumat
yang penting sangat seperti yang di katakan oleh Ranggo tadi.
Ranggo tersenyum ke arah Jalil. “kalau kau nak tahu
15 tahun lepas, adik ipar kau sempat melahirkan anak yang dikandungkannya
sebelum dia meninggal”. Jalil yang mendengar maklumat tersebut itu terus
berdiri. Dia terkejut.
“sempat lahir. Habis tu kat mana dia sekarang ni.
Kau tahu ker?”.
“sekarang ni anak buah aku sedang menyiasat. Kau
jangan risau. Dalam masa terdekat ni kita akan jumpa dia. Dia sedang
disembunyi. Maknanya ada pihak yang tahu kita sedang memburu waris Hamidi
sekarang ni”.
“kita kena cari dia cepat-cepat. Dah la abangnya pun
kita tak jumpa lagi, ni timbul pulak adik. Masalah betul la”. Jalil merungut.
Ranggo hanya
menganggukan kepalanya. Dia pun akan ada masalah kalau budak itu dijumpai oleh
pihak berkuasa. Budak tu mungkin sudah lihat muka anak buahnya yang telah
membunuh keluarganya 15 tahun lepas. Ini akan menjadi masalah kepada geng dia.
“Yam panggil Zack masuk bilik saya kejap”. Datuk
Ahmad memberi arahan kepada Kak Yan melalui interkomnya. “Baik Datuk”.
“Zack Datuk nak Jumpa. Bunyi suara macam risau jer.
Kau cakap la elok-elok dengan Datuk. Sejak dua menjak ni dia nampak risau
sangat. Dah dua projek kita terlepas kat tangan orang lain. Serabut la tu”. Kak
Yam memberitahu tentang perasaan bimbangnya kepada Zakri. Zakri menganggukkan
kepalanya. Zakri sendiri tahu tentang perkara ini. Dia sekarang pun sedang
menyiasat tentang perkara ni.
“ya Uncle…ada apa nak jumpa saya?”. Zakri bertanya
sambil duduk berhadapan dengan Datuk Ahmad.
“Syahil…..”.
“kenapa dengan Syahil Uncle?”.
“saya dia ada kaitan dengan kes projek kita ni. Dah
dua kali projek kita kena rampas. Dan tadi kali ketiga Kamil datang jumpa saya.
Kali ni lebih berat. Projek kita di plagiat. Ada yang tiru konsep kita sebelun
kita sempat membuat pembentangan lagi. Dan menurut Kamil hanya dia dan Syahil
yang tahu tentang konsep tersebut. Saya awak siasat Syahil tapi jangan sampai
dia tahu kita syak dia. Buat macam biasa”.
“baik Uncle. Saya akan buat macam yang Uncle suruh.
Ada apa-apa lagi ke Uncle. Saya kena balik ambik Datin. Nak ke pasar katanya”.
Zakri bertanya. Datuk Ahmad tersenyum. “tak ada apa-apa dah….pergi lah. Kan
merajuk mak Datin kamu tu tunggu lama”. Datuk Ahmad berjenaka. Zakri tersenyum
dan terus berlalu.
Syahil sudah seminggu tidak masuk kerja. Mungkin dia
sudah tahu yang dia sekarang ni sedang di awasi. Ini merumitkan lagi kerja
Zakri. Dia terlepas Syahil. Dia pasti yang Syahil ada kaitan dengan kes bunuh
15 tahun lepas. Dan sekarang Syahil menghilang. Ini akan merumitkan lagi
siasatan Zakri.
“Zack…saya nak minta tolong ni. Aisyah telefon tadi,
katanya kereta dia rosak tengah jalan. Takut sangat bunyinya sampai
menangis-nangis”. Datin berkata dengan kalut. Zakri yang sedang berbual dengan
dengan Datuk Ahmad selepas makan malam tadi terus tersentak. Mana taknya buah
hari dalam hati dalam masalah mestilah dia terkejut.
“baik Datin saya pergi sekarang. Kat mana Datin?”.
Zakri bertanya kalut.
“kat parking butik dia. Katanya dia parking jauh
sikit hari sebab tak ada parking. Saya risau la dah la malam ni”. Datin
menyatakan rasa tidak sedap hatinya.
“saya pergi dulu ya….Datin, Uncle”. Zakri meminta
diri dan terus berlari ke arah kereta dan terus meluncur pergi.
Sampai saja di kawan
yang berdekatan dengan butik Aisyah, Zakri terus melilau mencari kereta Aisyah.
Namun tidak kelihatan. Dia membawa kereta jauh sedikit dari butik tersebut.
Dari jauh dia ternampak kereta Aisyah. Memang jauh dia parking dari butiknya.
Dan yang paling mengejutkan Zakri hanya kereta Aisyah yang terparking disitu.
Patutlah takut sangat.
Zakri keluar dari
kereta dan terus menuju ke arah kereta Aisyah. Dia mengetuk cermin kereta.
Aisyah yang terkejut terus membuka pintu keretanya. Setelah itu dia terus
menerpa ke arah Zakri dan memeluknya. Zakri yang tergamam dengan pelukan
tersebut hanya kaku. Dia dapat rasa yang badan Aisyah terketar-ketar. Mungkin
Aisyah masih lagi dalam ketakutan. Zakri membalas pelukan Aisyah sambil
menenangkannya.
“isssss…..tak ada apa-apa lah Chah. Abang ada ni.
Tenang ya”. Zakri cuba untuk pujuk Aisyah.
“Chah takut”. Aisyah bersuara perlahan. Semakin
kemas pelukannya.
“astakfirullahalazim….apa yang kamu berdua buat ni.
Tak tahu dosa pahala ker?”. Zakri dan Aisyah terus melepaskan pelukan bila
terkejut dengan teguran itu. Mereka berpaling dan paling terkejut bila melihat
beberapa orang lelaki yang memakai kopiah dan songkok. Zakri yang melihat
keadaan lelaki-lelaki tersebut sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi
selepas ini.
“Encik-encik semua jangan salah faham. Saya cuma nak
tenangkan dia. Dia dalam ketakutan tadi”. Zakri cuba menerangkan perkara yang
sebenar. Aisyah mengiyakan kata-kata dari Zakri dengan menganggukkan kepala
dia.
“Kami dari JAIS. Keadaan kamu berdua sangat
mencurigakan. Kalau kamu berdua tidak ada hubungan yang sah, kamu kena ikut
kami untuk siasatan yang lebih lanjut”. Zakri dan Aisyah yang mendengar kata-kata
dari salah seorang dari mereka terus terdiam. Mereka telah salah faham.
“macam ni Encik, Saya ni Cuma seorang pemandu dan ni
pula anak majikan saya. Kalau nak bawa kami ke pejabat encik semua akan menjadi
masalah buat majikan saya untuk ke sana sebab dia tak boleh bawa kereta. Apa
kata kita bincang kat rumah majikan saya. Saya rasa lebih baik dan lebih senang
saya nak terangkan perkara yang sebenar”. Zakri cuba untuk berbincang dengan
mereka. Mereka melihat sesama mereka. Mereka menganggukkan kepala.
Zakri naik kereta bersama Aisyah. Aisyah dari tadi
lagi menangis. “Chah minta maaf, sebab Chah abang terbabit sama. Sedangkan
abang nak tolong Chah jer”. Aisyah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
Zakri
berpaling ke arah Aisyah yang duduk di sebelahnya. “tak ada apa lah Chah. Bukan
Salah Chah pun. Dah diorang nak muncul time tu, nak buat macam mana. Dah la
nangis tu”. Zakri memujuk Aisyah yang sejak dari tadi lagi menangis.
Zakri membuka pintu dan menjemput orang-orang JAIS
masuk. Aisyah yang masih lagi menangis terus berlari ke arah mamanya yang
berada di runag tamu. Datin Salmah terkejut dengan keadaan itu. Tambah lagi
dengan kehadiran para-para ustaz ke rumahnya pada malam-malam buta ni.
Datuk Ahmad bangun bersalam dengam mereka semua.
Selepas semua duduk. Zakri menerangkan perkara yang berlaku sebentar tadi
kepada Datuk Dan Datin. Mereka berdua mengeluh.
“macam ni lah Datuk, Datin. Kalau tak nak naik turun
mahkamah, Datuk dan Datin kena kawinkan mereka. Ni saja cara penyelesaiannya.
Kalau tidak kami akan tindakan undang-undang”. Zakri yang mendengar hanya
mengeluh. Masalah timbul. Kalau macam ni identitinya akan terbongkar sebelum
sempat dia menyelesaikan kes 15 tahun lepas. Tapi tak kan dia tak nak
bertanggungjawab. Dia perlu bertindak bijak.
“Macam ni la Datuk, Datin. Saya akan
bertanggungjawab. Tu pun kalau Datuk dan Datin setuju untuk jadikan saya yang
merupakan seorang pemandu ni sebagai menantu”. Zakri membuat keputusan. Dia
tidak boleh mementingkan diri sendiri. Maruah Aisyah harus dijaga.
“Zack saya tak pernah memilih orang untuk menjadi
menatu saya. Kalau ini keputusan awak saya setuju. Saya pun dah lama kenal awak
dan tahu hati budi awak macam mana. Chah….macam mana?”. Datuk Ahmad bertanya
kepada Aisyah.
“Chah ikut jer pa kalau ini untuk kebaikan semua.
Chah minta maaf dah malukan Papa. Chah yang salah, masa tu Chah yang peluk
abang Zack. Chah takut sangat masa tu. Chah tak sengaja”. Aisyah kembali
menangis.
“saya suka kan Chah Datuk, Datin. Bukan setakat suka
tapi cinta”. Pengakuan dari Zakri membuatkan Aisyah tersentak. Datuk dan Datin
hanya tersenyum. Dia memang sudah agak selama ni yang Zack sukakan Aisyah.
“tapi sebelum itu Datuk dan Datin perlu tahu sesuatu pasal saya. Boleh semua
tunggu sekejap, kejap lagi Uncle Azman dengan Bonda Sarah sampai. Mereka akan
ceritakan semuanya. Saya tak boleh nak terangkan seorang diri”. Semua pelik
mendengar penerangan dari Zakri. Belum sempat mereka berkata, kedengaran salam
diberi dari luar.
“assalamualaikum….”. Uncle Azman dan Bonda Sarah
masuk beriringan. Mereka berasa pelik kerana raami yang ada dekat situ. Tadi
dia menerima mesej dari Zakri yang mengatakan ada masalah besar yang berlaku
dan memintanya datang ke rumah Datuk Ahmad kadar segera.
Bonda Sarah duduk di samping Zakri. Manakala Uncle Azman
pula duduk berhimpit di sebelah Bonda Sarah. “dah kau ni kenapa, banyak-banyak
tempat kat ruang tamu ni tempat sempit ni jugak kau nak himpit”. Bonda Sarah
menolak badan Uncle Azman sehingga Uncle Azman terpaksa berdiri. Dia menjeling
Bonda Sarah. Jual mahal betul. Bukan luak pun duduk sebelah dia. Ajak kawin tak
nak. Semua yang ada kat situ tersenyum melihat pasangat itu. Dah tua-tua pun
bergaduh macam budak-budak.
Uncle Azman ambil tempat duduk di sebelah Datuk
Ahmad. “apa yang berlaku ni…? Zakri kata ada masalah besar yang berlaku sampai
minta aku pergi ambik rimau tu sekali”. Uncle Azman bertanya. Kata-katanya di
sambut dengan ketawa dari semua yang ada di situ kecuali Bonda Sarah yang
menjeling tajam. Sampai hati kata kita singa. Tak jadi nak terima lamaran. Kena
fikir sekali lagi. Huh.
Zakri berdehem dan
terus menceritkana perkara yang sebenar. Uncle Azman dan Bonda Sarah yang
mendengar hanya mampu mengeluh. Dia memandang ke arah Zakri dan kemudian
beralih pula kearah Aisyah. Nampaknya identiti Zakri perlu didedahlan hari ini
tapi tanpa kehadiran orang luar. Uncle Azman memberi isyarat kepasa Zakri
tentang orang-orang JAIS. Zakri menganggukkan kepalanya memberikan kebenaran.
“huh….Mad kau kena tahu sesuatu pasal Zakri. Tapi
apa yang aku cerita ni biar lah sampai di sini saja. Lepas pada malam kita buat
macam biasa”. Uncle Azman memulakan mukadimahnya. Datuk Ahmad yang tidak tahu
apa-apa hanya berkerut kening.
“Zack ni sebenarnya orang yang kau tunggu-tunggu
sejak 10 tahun lalu. Zakri Daniel”. Datuk Ahmad dan Datin Salmah tersentak
apabila mendengar kenyataan dari Uncle Azman. Mereka serentak berpaling ke arah
Zakri. Bonda Sarah menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Uncle Azman.
“biar aku terang secara detail. 15 tahun lepas aku
yang selamatkan Zakri daripada penjahat yang membunuh keluarganya. Dia
merupakan saksi utama kes tersebut. Aku minta bantuan kawan aku untuk
melindungi Zakri. Zakri dibawa ke Amerika dan tinggal kat sana sehinggalah lima
bulan lepas dia datang untuk misi dia iaitu melindungi kau daripada pengganas.
Dia Pegawai Polis daripada pasukan Khas. Dia lebih kepada Perisik. Dia
melakukan undercover untuk melindungi
kau. Dia ada misi lain sebebarnya. Dia sekarang sedang menyiasat kes bunuh
Papa, Mama dan Adik dia 15 tahun lepas. Dan kemungkinan mastermind dia orang dalam. Aku minta maaf sebab rahsiakan hal ini
daripada kau. Sebenarnya ini untuk keselamatan Zakri dan juga adik Zikri
sendiri. Mereka mungkin dalam bahaya kalau mereka dapat dikesan oleh penjenayah
tu”. Uncle Azman menerangkan perkara sebenar.
“saya minta maaf Datuk, Datin. Saya tak ada pilihan.
Saya ingatkan selepas selesai kes ni, baru saya akan terangkan perkara sebenar.
Saya tak sangka perkara ni akan berlaku”. Zakri memandang ke arah Aisyah yang
jelas kelihatan terkejut.
“adik Zakri….apa maksud kau dengan adik Zakri Man?”.
Datuk Ahmad bersuara.
“Zahra. Adik Zakri yang aku jaga daripada kecil
lagi. Sebelum arwah Anita meninggal dia selamat melahirkan anaknya. Man mintak
aku yang jaga untuk keselamatan Zahra. Sampai ke hari orang luar tak tahu yang
Zahra tu sebenarkan pewaris kepada Ombak”. Bonda menjawab pertanyaan Datuk
Ahmad.
Datuk Ahmad menoleh kepada Zakri dan dia tersenyum. “Saya
tak sangka yang orang yang saya tunggu salama ni ada depan mata saya. Yang
selalu melindungi saya. Jadi awaklah ya yang tolong kami masa diserang
pengganas dulu tu ya?”. Datuk Ahmad bertanya kepada Zakri. Zakri tersenyum
sumbing. Datuk Ahmad ketawa kuat.
“saya dah agak. Saya cam susuk tubuh awak Zack. Awak
terbalikkan jaket awak, awak pakai topi, awak pakai kaca mata hitam tapi kasut
awak tak tukar. Saya cam kasut awak”. Bertambah lebar senyuman Zakri apabila
mendengar kata-kata daripada Datuk Ahmad.
“macam mana ni….jadi ke nak kawin. Kalau jadi kita
siapkan malam ni terus. Lepas tu saya boleh terus tulis laporan”. Salah seorang
daripada JAIS bersuara. Dia tersenyum.
“malam ni terus ke Ustaz..?”. Zakri bertanya
terkejut.
“ye la…lagi cepat lagi bagus. Sebab saya kena tulis
laporan. Kes kamu ni dah jadi kes tangkap khalwat. Jadi kena proses secepat
yang mungkin. Kenapa kamu tak nak kawin ke…?”. Ustaz bertanya lanjut kepada
Zakri.
“ehhh…nak…”.
Zakri menjawab dengan cepat. Semua yang ada di situ terus ketawa. Aisyah yang
terkejut dengan kelakuan Zakri terus merah mukanya. Dia malu degan sifat
gelojoh Zakri.
“kalau macam tu kita mulakan sekarang lah. Wali ada,
sakni pun ada ni. Kita boleh mula sekarang”. Aisyah sudah mula rasa berdebar.
Selepas selesai saja upacara akad nikah, ustaz dari
JAIS minta diri. Uncle Azman sempat meminta Ustaz-ustaz tersebut supaya tidak
menceritakan apa yang berlaku tadi kepada orang lain. Mereka faham dan
bersetuju.
“lepas saja kes ni selesai, baru kita buat majlis
ya”. Datin Salmah memberikan pendapatnya. Semua bersetuju kerana buat masa
sekarang apa yang penting penjenayah perlu ditangkap sebelum banyak lagi benda
yang buruk berlaku.
“tapi korang berdua kena tahan diri. Jangan nak gelojoh.
Kan tak pasal-pasal bersanding bertiga pulak”. Bonda Sarah mengenakan Zakri dan
Aisyah. Zakri hanya manpu tersenyum sambil memandang ke arah Aisyah.
“tengok la dulu Bonda. Kalau Zakri dapat
tahan….hahahaha…”. Zakri menjawab dengan nakal. Semua ketawa dengan kata-kata
Zakri. Hanya Aisyah yang tertuduk malu. Dia sempat memberikan jelingan tajam
kepada Zakri. Zakri membalas dengan kenyitan mata. Bertambah malu Aisyah bila
perlakuan mereka diperhatikan oleh orang tua mereka. Dia terus berdiri. “Chah
masuk bilik dulu”. Selepas berkata Aisyah terus berkari menaiki tangga untuk ke
biliknya.
“hmmmm…Sarah, mereka dah selesai, kita bila lagi?”.
Bonda Sarah menjeling Uncle Azman yang sedang tersenyum sumbing. “dah start
dah…geli la aku Man. Dah aku nak balik. Malas la nak layan kau”. Bonda Sarah
terus bangun dan bersalaman dengan Datin Salmah dan Zikri. Uncle Azman
mencebikkan bibirnya. Jual mahal sangat. Aku kawin dengan orang lain nanti
padan muka. Mereka berdua terus berlalu meninggalkan rumah Datuk Ahmad. Datuk
Ahmad dan Datin Salmah berlalu ke bilik mereka manakala Zakri pula ke arah
bilik Aisyah. Sebelum masuk ke dalam bilik, Datuk Ahmad sempat berpesan kepada
Zakri supaya jangan nakal-nakal. Zakri membalas kata-kata Datuk Ahmad dengan
senyuman nakal.
Zakri masuk dan terus tutup pintu. Pada masa yang
sama Aisyah keluar dari bilik air. Dia kelihatan baru saja lepas mandi. Aisyah
yang melihat Zakri terus pucat mukanya. Dia kaku dan tak tahu nak buat apa.
Semakin Zakri mendekat semakin dia gelabah. Dia mengundur kebelakang bila Zakri
semakin menghampirinya sehinggalah dia tersandar di almari. Zakri mendekati
Asyah dan mengepung Aisyah dengan kedua belah tangannya. Zakri suka bila dapat
lihat Aisyah yang kalut dan gelabah. Aisyah terpaksa mendongakkan kepalanya untuk
melihat Zakri yang sememangnya tinggi.
“abang nak apa….? jauh la sikit…”. Aisyah yang sudah
merah mukanya bertanya. Dia tak tahan untuk berada dalam keadaan itu terlebih
lama lagi. Dada Zakri ditolak agar menjauh darinya. Zakri membelai wajah
Aisyah. Pipi merah Aisyah dielus-elusnya dengan lembut. Geram sangat la tu.
“abang nak Chah…….”. Zakri berkata meleret. Panjang nama Aisyah ditariknya.
Aisyah memotong kata-kata Zakri. “abang
jangan nak macam-macam eh…Bonda pesan suruh sabar kan…jagan gelojoh…”. Zakri
ketawa kuat apabila Aisyah memotong percakapannya.
“abang tak habis cakap lagi, sayang dah potong.
Abang nak Chah bagi tuala tu jer…nak pinjam…nak mandi. Belengas lah”.
Aisyah terus menghulurkan tuala yang digunakan
kepada Zakri. Zakri menyambut. Sebelum dia masuk bilik air dia sempat tunduk
mengucup leher putih isterinya. Dari tadi lagi leher tu seperti
memanggil-manggilnya. “hmmmm…wangi”. Aisyah tergaman dengan perlakuaan Zakri.
Dia hanya kaku melihat Zakri berlalu masuk ke bilik air. Lepas Zakri masuk
terus dia melepaskan nafas dengan kuat.
“apa aku nak buat lepas ni…? aku malu”. Dia berulang
alik dalam ruang bilik tidurnya. Bila dia dengar bunyi berhenti dia terus
berlari naik ke atas katil dan membungkus dirinya dalam selimut. Zakri yang
keluar tersenyum mlihat telatah isterinya. Takut sangat aku terkam dia.
Selepas mengenakan baju dia terus berlalu kea rah
katil dan berbaring di sebelah Aisyah. Dia sempat mengambil bajunya tadi
sebelum masuk ke bilik. Aisyah yang terasa katilnya bergerak terus terkedu. Dia
kaku tak bergerak. Lebih memeranjatkan bila selimutnya diselak. Tiba-tiba dia
terasa pinggang dia dipeluk. Dan dia dapat rasakan yang Zakri sekarang sangat
dekat dengannya. Dia dapat rasakan nafas hangat Zakri di lehernya diiringi
dengan satu kucupan hangat dari Zakri.
“tidur lah…abang janji tak buat apa-apa…abang ingat
pesan Bonda dan Mama tadi”. Aisyah yang mendengar kata-kata dari Zakri terus
berpaling ke arah Zakri. Wajah mereka sangat rapat sampaikan Aisyah dapat
rasakan nafas hangat Zakri pada mukanya. Zakri tersenyum. Dia mencium ubun-ubun
Aisyah. Lama. Akhirnya Aisyah terlena dalam pelukan kemas Zakri. Tidurnya
menjadi lena daripada biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan